"Silakan Putera." Ujar Qysarra dengan senyuman manis.
"Kalau boleh saya nak tahu, di manakah tuanku belajar? Adakah di istana sahaja ataupun di Royal Academy? Soalan ini memang saya sangat ingin tujukan dari semalam lagi. Harap tuanku sudi menjawabnya." Ujarnya dengan lembut.
Qysarra tersenyum sedetik dan wajahnya mula menjadi tegas. Semua kerabat diraja boleh merasai aura tidak baik yang dikeluarkan oleh Qysarra.
"Kalau kalian ingin tahu. Beta sebenarnya belajar di Royal Academy."
Jawapan dari Qysarra membuatkan agak ramai yang terkejut kerana ada yang tidak mengetahui Qysarra belajar di sana tanpa pengetahuan yang lain.
"Tapi malangnya..apa yang beta rasakan sebelum masuk sangat terbalik dengan apa yang beta hadapi semasa beta belajar! Putera ke puteri ke professor ke semua sama sahaja perangai! Buruk! Kotor! Tidak berfaedah! Jijik beta dengan semua yang ada di sana! Tapi beta sangat bernasib baik kerana mempunyai beberapa putera dan puteri yang baik dengan beta walaupun mereka tidak kenal siapa beta." Marah Qysarra dengan lantang.
Kemarahan daripada Qysarra membuatkan semua kerabat agak ketakutan. Ini pertama kalinya mereka melihat ratu mereka marah sebegini rupanya.
"Mereka sangat sombong dan tidak bertolak ansur! Beta tidak kira lagi! Kerajaan Dark!" Panggil Qysarra dengan geram.
Raja dari Kerajaan Dark terus mengadap Qysarra dengan penuh kehormatan.
"Salam hormat tuanku." Ujarnya sambil menunduk hormat.
"Beta arahkan kamu untuk memecat semua professor termasuk pengetua di Royal Academy dan ambilkan yang lebih tegas dan lebih adil untuk Royal Academy. Boleh?" Pinta Qysarra dengan datar.
"Sudah tentu tuanku. Esok saya akan terus laksanakan semua perintah tuanku. Saya takkan mengecewakan tuanku." Ujarnya sambil mengundur diri.
Bekas Raja Kerajaan Ice dan Raja Shi bangun dari singgahsana mereka dan menenangkan Qysarra yang sedang marah dan panas hati.
"Sabar anakanda. Jangan terlalu memikirkannya. Ini akan menjejaskan majlis anakanda." Pujuk Ayahnya dengan lembut.
Qysarra menghembus nafasnya dan mengangguk faham. Beberapa saat selepas itu, dia terus memandang semua tetamu lagi dan menyuruh mereka menyambung persoalan yang ada di minda mereka.
"Silakan kepada yang ingin bertanya lagi. Maafkan beta. Beta hanya kecewa dengan Royal Academy." Ujar Qysarra dengan nada yang tegas.
Mereka mengangguk memahami perkataan yang disampaikan kepada mereka. Jujurnya kesemua putera dan puteri yang ada agak ketakutan kerana keluarga mereka memandang tajam ke arah diri mereka kecuali Andrey dan keluarga Shinna tentunya.
Seorang raja daripada Kerajaan Fairy mengadap Qysarra dengan tunduk hormat sebelum bertanya.
"Adakah tuanku sudah memikirkan tentang masa depan tuanku? Maksud saya dengan pasangan tuanku. Maafkan saya jika terlalu mendadak bertanya. Saya hanya inginkan kepastian sahaja." Ujarnya dengan baik.
Qysarra tersenyum dengan soalan raja tersebut. Serta merta hatinya melembut dan memandang sekilas ke arah kekasihnya yang di bawah yang turut memandangnya.
"Memang tipulah kalau beta tidak memikirkan tentang itu. Lagipun..beta memang sudah fikir benda ini sejak lama. Tidak mungkin beta ingin keseorangan sahaja kan?" Soal Qysarra dengan nada gurauan.
Raja itu tersenyum dan mengangguk.
"Betul apa yang tuanku cakap. Kalau boleh saya tahu adakah tuanku sudah ada pilihan tuanku sendiri? Jika ya, boleh kami mengenalnya?" Soalnya lagi.
Shinna yang ada di bawah sudah menggigit kukunya kerana takut dengan jawapan yang akan diberikan oleh Qysarra. Dia tidak menyangka secepat itu orang bertanya tentang hal peribadi Qysarra.
Mana tak bertanyanya, mereka sudah mengetahui sebilangan banyak hal tentang Qysarra sebelum ini kecuali hal peribadi.
Qysarra mengangguk menjawab persoalan daripada raja tersebut. Semua agak terkejut kerana mereka tidak menyangka ada yang berani mendekati ratu mereka sebelum rasmi lagi dan mereka kagum dengan keberanian yang ada pada pasangan ratu mereka.
Keluarga Qysarra? Mereka turut terkejut kerana tidak menyangka dalam diam Qysarra mempunyai pilihan hatinya sebelum ini.
"Sanggup dia tak bagitahu kakaknya sendiri." Gumam Qymai dengan agak kecewa tetapi dalam diam dia gembira kerana sekurang kurangnya adiknya ada yang menjaga selain keluarganya sendiri.
"Pasangan saya juga dikenali ramai orang. Cuma kami merahsiakannya, atau lebih tepat saya sendiri yang merahsiakannya. Dan dia...ada di sini dan bersama dengan kalian di bawah sana." Ujar Qysarra dengan lantang dan berani.
Semua kerabat diraja mulai memandang antara satu sama lain. Mereka tidak menyangka pasangan ratu mereka turut berada di sini...
Itu bermakna pasangan ratu semestinya....
"Adakah dia seorang raja ataupun putera?" Soal salah satu tetamu Qysarra.
"Dia..seorang raja."
Jawapan daripada Qysarra membuatkan semua memerhati semua raja yang ada. Tidak kira muda mahupun tua. Sudah tentunya raja yang belum berkahwin termasuk Andrey sendiri.
Andrey menyentuh jantungnya yang berdegup kencang sambil memandang ratunya yang masih berada di atas.
'Jantung ni..makin berdegup kencang. Aku..nak kenal seperti apa rupa ratu sampai dia perlu menutup wajahnya dari dulu lagi.' bisik hati Andrey.
"Ada lagi ke yang ingin menanyakan soalan?" Soal Qysarra dengan tegas.
Mulut mereka sangat gatal ingin menanyakan nama pasangan ratu mereka tetapi mereka tidak sanggup pula atas dasar hormat.
"Saya tuanku."
Mata Qysarra sayu melihat Andrey yang menunduk hormat kepadanya. Dia tersenyum melihat Andrey masih memakai rantai pemberiannya baru-baru ini.
"Silakan."
Andrey menghembus nafasnya dengan berat supaya tidak terlalu gemuruh mengadap ratunya.
"Bolehkah..tuanku melepaskan topeng muka supaya kami dapat melihat keindahan yang ada pada wajah tuanku?" Soal Andrey dengan berani.
Jantung Qysarra mula berdebar...
'Saya rasa..ini sudah masanya.' bisik hati Qysarra.
Semua berdebar menanti jawapan daripada Qysarra.
"Sudah tentu. Beta akan tunaikan semua permintaan kamu." Ujar Qysarra sambil perlahan lahan melepaskan topeng mukanya.
Semua menanti dengan penuh debaran dan melihat bagaimana Qysarra mencabut topengnya dengan penuh berhati hati.
Setelah beberapa saat, topengnya mula terjatuh ke bawah seperti slow motion dan membuatkan kesemua orang terkejut melihat wajahnya termasuk para putera dan puteri di bawah sana.
Lebih2 lagi Andrey. Mata Andrey mula bergendang dengan air matanya. Hanya menunggu sesaat untuk jatuh di pipinya.
"Sa-sayang.."
Tbc...
YOU ARE READING
The Real Queen Of Kings
FantasyMengisahkan tentang seorang ratu sebenar yang menyamar menjadi rakyat biasa. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini*) Top Ranking: ✔60 in Magic ✔74 in Story ✔89 in...