Raja Gray memandang Andrey dengan sayu. Dia memandang Andrey sahaja memandangkan Andrey ada dengan Guko. Dia tidak mahu mengganggu waktu mereka.
Guko yang kebetulan ternampak Raja Gray terus meminta diri kepada Andrey untuk keluar. Setelah Andrey mengangguk, dia terus keluar dari bilik Andrey.
"Macam mana keadaan Andrey sekarang?" Soal Raja Gray kepada Guko yang berhenti di hadapannya.
Guko tersenyum hambar. Sebenarnya, dia masih tidak dapat lupakan apa yang Raja Gray lakukan hari tu, tapi disebabkan Raja Gray adalah keluarganya juga, dia akan melupakannya.
"Masih sama uncle. Andrey masih bersedih. Saya minta diri dulu ya, uncle Gray."
Raja Gray mengangguk dan memandang Guko yang sudah pergi masuk ke dalam biliknya. Raja Gray terus memasuki bilik Andrey dan berdiri di samping Andrey.
Andrey terkejut kecil melihat Raja Gray muncul secara tiba2. Dia betul2 tidak perasan yang ayahandanya memasuki biliknya.
"Maafkan ayahanda ya. Disebabkan ego ayahanda, semuanya jadi macam ni." Mohon Raja Gray dengan penuh rasa bersalah di hatinya.
Andrey memandang Raja Gray dengan senyuman kecil. Dia tahu bahawa ayahandanya betul2 menyesal. Hampir setiap hari dia meminta maaf atas perbuatannya walaupun Andrey sudah memaafkan keluarganya.
"Ayahanda. Bukankah anakanda sudah cakap yang anakanda sudah maafkan ayahanda. Jadi, jangan meminta maaf lagi." Ujar Andrey dengan baik.
"Tapi tetap sahaja ayahanda rasa bersalah. Ayahanda akan turut mencari Qysarra. Itu janji ayahanda kepada kamu." Ujarnya denban bersungguh sungguh.
Andrey hanya mengangguk. Dia sebenarnya tidak mahu menyusahkan ayahandanya untuk mencari Qysarra, sebab dia mahu beri Qysarra ruang.
Tapi tetap sahaja ayahandanya takkan mahu mendengar cakapnya. Ayahanda tetap akan mencari Qysarra dan meminta maaf walaupun terpaksa berlutut.
"Ayahanda."
"Ya?"
"Ratu datang tak nanti?" Soal Andrey dengan risau.
Mana tak risaunya kalau Ratu Kerajaan Ice adalah tetamu paling penting di majlisnya nanti. Jika tiada Ratu, tiadalah perasmian. Majlis itu akan automatik gagal.
"Ayahanda harap Ratu dapat hadirkan diri."
Setelah itu, Andrey dan Raja Gray hanya diam membisu dan memandang ke luar menikmati angin malam.
Mereka sibuk dengan fikiran masing2.
---
"Anakanda taknak."
Raja Shi menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila jawapan Qysarra tetap 'tidak'. Qymai memandang Raja Shi dengan pandangan 'see?'
Kalau readers nak tahu apa yang dikatakan oleh Raja Shi sampai Qysarra tidak mahu, ianya adalah mengikut Raja Shi ke Kerajaan Nature.
Kerajaan Nature mengundang Kerajaan Ice dan Kerajaan Earth untuk bergabung dengan mereka ke majlis kenaikan pangkat tentera istana kerajaan mereka. Sebenarnya mereka turut mengundang Kerajaan Fire, tetapi disebabkan kesibukan Kerajaan Fire untuk majlis akan datang, jadi Kerajaan Fire tidak akan dapat hadir.
Jangan pelik jika Kerajaan Nature hanya mengundang tiga buah kerajaan sahaja. Kerajaan Ice, Fire dan Earth mempunyai tentera yang terkuat di antara kerajaan yang lain. Jadi, untuk menyemangatkan lagi tentera mereka, mereka mengundang kerajaan2 tersebut.
"Kali ni sahaja. Kerajaan mereka sangat berharap anakanda hadir ke sana. Sudah beberapa kali kamu tolak undangan majlis mereka. Kasihanilah mereka ya?" Pujuk Raja Shi dengan lembut.
Qysarra mula berfikir mencari idea yang bernas.
"Baik. Anakanda akan ikut, tapi dengan satu syarat--"
Raja Shi dan Qymai menunggu kata2 dari Qysarra dengan tidak sabar.
"--anakanda nak berlatih pedang selepas hadiri majlis tu."
Kata2 dari Qysarra terus membuatkan Raja Shi tersentak. Dia sudah trauma melihat Qysarra terluka dan Qysarra meminta perkara yang membuatnya trauma pula.
"Anakanda..anakanda boleh minta apa2 sahaja dari ayahanda. Kecuali yang tu." Ujar Raja Shi dengan serius.
Qymai memandang risau ke arah Raja Shi. Qymai tahu bahawa keputusan Qysarra tetap bulat dengan kata2nya.
"Anakanda rasa ayahanda Shi kenal anakanda macam mana. Lagipun anakanda sudah besar dan mampu jaga diri. Ayahanda Shi tidak perlu risaukan anakanda pun. Jadi?" Soal Qysarra dengan tidak kalah seriusnya.
Raja Shi mengeluh. Dia tahu keputusan Qysarra sudah muktamat dan bulat. Tidak akan berjaya memujuknya jika keputusannya sudah bulat.
"Ba-baiklah. Ayahanda setuju." Ujarnya dengan tidak semangat.
Qysarra yang serius terus tersenyum cerah, manakala Qymai menggeleng kepalanya.
---
Di Royal Academy pula, semua pelajar di dalam kelas yang pernah diduduki oleh Qysarra terus sahaja berbincang.
"Kau perasan tak? Budak nerd tu sudah berhari hari tak ada." Ujar salah satu putera.
Puteri2 yang ada di situ terus mencebik tidak suka apabila putera itu bercakap mengenai Qysarra.
"Alah! Budak nerd tu mesti malu sebab dia kan miskin. Lainlah seperti kita. Cantik dan paling penting keturunan diraja." Ujar salah satu puteri tersebut dengan bangganya.
Yang lain mengangguk setuju. Lagipun mereka lagi suka kalau Qysarra tidak ada di kelas mereka. Bagi mereka, Qysarra adalah parasit.
Mereka mulai senyap kerana masing2 membuat kerja. Ada yang menghias kuku, ada yang menulis, ada yang bermekap, dan ada juga yang bermain game.
Mereka mulai kecoh apabila Polina mulai bercakap dengan gayanya.
"Kalian sudah mendapat surat undangan dari Kerajaan Fire? Aku tidak sabar untuk melihat Putera Andrey jadi Raja. Akan ku pakai cantik2 supaya Putera Andrey hanya memandang aku sahaja." Ujar Polina dengan mengibas wajahnya dengan kipas kecil yang ada di tangannya.
Mereka melihat kad undangan itu dengan gembira.
"Aku pun dah dapat."
"Aku belum dapat lagi. Mungkin esok akan sampai sebab kerajaan aku jauh dari Kerajaan Fire."
"Aku pun sama."
Dan pelbagai kata2 lagi yang mereka cakapkan. Mereka betul2 tidak sabar untuk majlis itu. Mereka berharap Andrey akan memilih mereka untuk menari.
Ya. Menari. Raja baru akan memilih satu orang untuk menari bersamanya setelah sudah diumumkan menjadi Raja. Dan Raja baru itu tidak boleh memilih sembarangan orang itu diajak menari.
Sebab itulah para puteri akan berlumba lumba untuk mencantikkan diri agar Andrey memilih salah satu dari mereka.
Tbc...
YOU ARE READING
The Real Queen Of Kings
FantasyMengisahkan tentang seorang ratu sebenar yang menyamar menjadi rakyat biasa. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini*) Top Ranking: ✔60 in Magic ✔74 in Story ✔89 in...