Hukuman

1.1K 66 14
                                    

Qysarra mencelik matanya dan segera bangun dengan tergesa gesa. Kenapa? Sebab dia sudah terlewat untuk ke akademi.

Dia terlalu letih semalam sampai dia tertidur lebih masa. Qysarra terus keluar dari biliknya setelah selesai melakukan runting hariannya.

"Qysarra--" panggilan Qymai diabaikan oleh Qysarra.

Dia hanya berfikir satu perkara sahaja iaitu Royal Academy. Tanpa berfikir panjang, dia terus berlari keluar dari istana dengan sepantas yang mungkin kerana takut dirinya akan didenda kerana lewat sampai ke akademi.

Royal Academy sangat mementingkan disiplin, jadi dia perlu cepat. Dia tidak mahu mendapat sebarang hukuman lagi. Dia sudah takut setelah mendapat hukuman setimpal dari Professor Nami.

Baru sahaja Qysarra sampai di pagar akademi, pagar tersebut sudah tertutup rapat tepat pada dia melangkah ke akademi.

Qysarra memandang pengawal yang menjaga akademi tersebut dengan wajah kasihan.

"Tolonglah buka pagar ni tuan. Saya baru sampai. Saya--"

"Siapa suruh anda datang lewat. Anda sepatutnya datang sebelum pagar tertutup." Ujar pengawal itu dengan datar dan serius.

Baru sahaja Qysarra ingin berkata lebih, sebuah kereta mewah yang diyakini kereta kerajaan membunyikan 'hon'.

Terkejut Qysarra dibuatnya. Pengawal tersebut terus membukakan pagar kepada kereta itu. Semasa kereta itu ingin masuk, kereta itu berhenti tepat di tepi Qysarra.

Tingkap kereta itu terbuka dan terlihat susutubuh Polina yang tengah tersenyum sinis ke arahnya.

"Puteri Polina? Sepatutnya awak juga kena berada di luar kerana lewat." Ujar Qysarra dengan sedikit geram.

Polina ketawa sinis dan menggeleng gelenb kepalanya.

"Aku? Kau sedar tak aku siapa? Aku seorang puteri raja dan kau orang bawahan yang sangat miskin. Hanya kerabat diraja sahaja yang boleh masuk walaupun terlewat. Kau sebagai rakyat miskin sahaja yang didenda. Harap maklum."

Dan setelah itu Polina terus menutup tingkap kereta dan kereta tersebut memasuki lingkungan akademi.

Qysarra menggengam tangannya dengan geram.

"Tuan. Itu tidak adil. Dia lebih lewat daripada saya dan sepatutnya dia juga perlu didenda." Ujar Qysarra dengan tegas.

"Maaf. Tapi ini adalah undang2 Royal Academy. Kalau tidak suka silakan pindah ke Non-Royal Academy." Balas Pengawal itu dengan serius.

"Tapi--"

"Sila tunggu Professor Nami datang. Dia yang akan uruskan anda." Ujar pengawal itu lantas pergi dari situ dan berjaya membuatkan Qysarra mengeluh berat.

Jantung Qysarra mulai berdebar menunggu kedatangan Professor Nami.

"Kau lagi nerd? Kau ni tak habis2 buat masalah ya. Aku betul2 geram dengan kau!!"

Terkejut Qysarra apabila Professor Nami sudah ada di hadapannya.

'Cepatnya dia datang.'

"Ikut aku. Aku akan kurung kau dalam bilik selama sehari suntuk!"

Qysarra lega kerana dia tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Sekurang kurangnya dia hanya dikurung.

Itu sudah cukup baginya daripada terkena hukuman seperti semalam.

---

Maria dengan sedih duduk di bangku halaman sekolah. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi padanya nanti. Dia akan dikahwinkan dengan Andrey, orang yang tidak dicintainya.

The Real Queen Of KingsWhere stories live. Discover now