BAB 3: The Pass

610 30 0
                                    

Michelle melepaskan pemegang chest fitness itu. Habis dia berpeluh main gym dari pukul 6 pagi. Lepas mandi dia terus main gym. Sekarang dah pukul 7. Dia patut tiba di pejabat pukul 8 nanti.

Michelle mengelap peluh di leher dan atas dada. Sesekali dia lepaskan lelah dengan bersandar ke belakang. Otot dia dah cukup besar. Apa lagi yang dia cuba buktikan dengan bangun pukul 6 pagi setiap hari?

Michelle mengeluh. Dia berdiri dan berjalan ke pintu masuk gym. Berkerut dahi dia bila nampak Erin sedang lena depan pintu. "Erin."

Erin buka mata. Dia dengan bantal peluknya tersenyum. "Finally, you keluar! I panggil dari tadi you tak sahut pun!"

"Bilik ni kalis bunyi. Why? Are you sick?" Tanya Michelle lalu duduk bertinggung disebelahnya. Dahi Erin dia sentuh risau andai Erin demam namun tidak.

"No. I lupa password bilik ni."

"010100"

"Ah, birthday you."

"Senang nak ingat. Tadi you letak nombor apa?"

"100594. My birthday. Ingatkan dah jadi girlfriend you nak letak birthday I dekat semua tempat." Balas Erin. Michelle senyap. Rambut Erin dia betulkan.

"I'll put your birthday if you want. Sekarang I nak pergi office dulu. Kenapa you cari I sampai sini?"

"Missing my girlfriend. Salah ke?"

"Tak. Tapi you rindu I?"

"You were flirting with me on Whatsapp. How can't I miss you sayang?"

Terasa seperti telinga Michelle berkepak bila dipanggil sayang. Siapa je tak kenal Erin dengan dia? Erin ada je benda nak buat dekat dia kalau Erin tak puas hati dengan Michelle. Macam dulu dia letak peanut butter dalam waffle Michelle sebab geram cuti tidak diluluskan.

"No one ever called you sayang right?" Tanya Erin yang sentiasa tahu masalah semua orang. Dia juga tahu yang Michelle tidak pernah dipanggil sayang oleh sesiapa pun sebab dia sendiri tak pernah bercinta.

"You're choosing the right person to be yours. I'll call you sayang if you want." Kata Erin lagi. Ayatnya buat Michelle kelu tidak terkata. Risau Michelle tergagap kalau dia mula bercakap. Aura Erin sungguh lain daripada lain!

"Sorry sebab tidur sini. I was so tired. Fikir nak tidur dalam sebabtu i siap-siap bawa bantal dan selimut tapi kunci. I cuba call number you tak dapat so I tidur sini."

"Ah, my phone was in silent." Michelle seluk poketnya dan buka skrin telefon. 12 Missed Calls dari Erin. "I'm so sorry. "

"It's fine. Sebab you dah buat I tidur kat sini, I nak you dukung I untuk turun."

"My pleasure." Michelle terus dukung Erin tanpa banyak soal. Erin senyum. Dia dibawa turun ke tingkat bawah kemudian dibaringkan diatas sofa. Pembantu rumah sudah berada dalam rumah untuk kemas rumah seperti biasa. Mereka tergamam melihat Erin yang didukung Michelle.

Comel.

Erin bangun. Dia tarik tangan Michelle dan dengan muka comel dia hulurkan tangan. "Michelle...erm...nak duit boleh?"

"Nak berapa?"

"Tak kisah asalkan ada duit."

Michelle keluarkan dompetnya. Sekeping kad kredit dia hulur kepada Erin. "Guna dengan berhemah."

Erin senyum lebar. "Terima kasih sayang."

"Sama-sama." Michelle berlalu naik ke tingkat atas. Hilang saja Michelle, Erin terus berpaling kearah trio squad dia iaitu Maliha dan Juana.

"Alright, makanan percuma untuk semua!"

The Royals: Watson ✔️Where stories live. Discover now