BAB 7: The Gym

604 27 0
                                    

Michelle menolak pintu bilik gym itu. Dia masuk ke dalam bilik gym dengan tuala kecil yang disangkut di leher serta sebotol air lemon panas di tangan. Baru sahaja hendak buka selipar, dia sudah melihat Erin yang sedang mengelap alatan senam.

"Hey, Michelle. You changed the password." Kata Erin. Michelle angguk kepala. Dia tukar password. Dia masukkan tarikh lahir Erin.

"What are you doing here?"

"Bersihkan untuk you. You're early. Selalu pukul 6 baru datang. Ni baru pukul 5.30."

"I bangun awal. Nak pergi kerja awal."

"Ouh. Come, sit here and breakfast with me." Erin tepuk lantai di sebelahnya. Michelle turutkan sahaja dan duduk disebelah Erin. Erin buka satu bekal dimana isinya adalah pancakes nutella dan buah-buahan.

"I nak you rasa pancakes yang I buat."

"Erin, that's calories."

"I know. So?"

"You know my past."

"Sayang..." Erin mengusap pipi Michelle lembut. Kulit Michelle memang semula jadi gelap malah dia lebih gelap daripada adik-adik lelakinya. "I love you sayang. I love you just the way you are. Bertahun-tahun you diet. Tak penat? I tahu you nak makan pancakes ni so makanlah. You dah cukup sempurna bagi I."

"Tapi..."

"Makan satu je lepastu exercise lah. Diet ni jangan sampai berlapar sayang. Ni ada buah. Buka mulut."

Michelle mengeluh. Dia buka mulutnya lalu disuap oleh Erin. Erin senyum melihat Michelle makan. Suka dia tengok Michelle makan. Kalaulah Michelle dapat nikmati lebih lagi apabila makan.

"By the way, nak bagitahu. I dah start sambung degree." Kata Erin.

"Really? Kelas dah mula?"

"Dah. Tapi I...buat keputusan nak berhenti."

"Kenapa?"

"Takde guna lagipun. I akan berkahwin dengan anak orang kaya kan? Kan? "

"Aish, you ni. Ilmu tu penting tahu?"

"Ya. I boleh timba ilmu kat mana-mana pun tapi untuk luangkan masa dengan you susah jadi I kena luangkan masa betul-betul."

Michelle faham. Erin mesti perlukan perhatian daripada dia. Asalkan bukan yang pelik-pelik sudahlah.

Selesai makan, Michelle teruskan dengan senaman ringan sebelum dia mula lakukan senaman berat sikit. Michelle duduk meniarap atas yoga mat kemudian mula lakukan tekan tubi.

Sengaja mahu mengganggu Michelle. Erin duduk belakang tubuh Michelle dan dia mula diangkat dan diturunkan beberapa kali. Seronok juga buat begini. "More pressure, more pressure! More energy! Go sayang!"

Michelle ketawa. Lama dia tekan tubi sampai Erin pun mula rasa bosan. Erin baring atas tubuh Michelle. "I berat ke sayang?"

"Tak. You're around...39KG?"

"Wow, I'm impressed but no. I'm 37KG."

"I swear you lagi berat sebelum ni. Berat you turun mendadak betul. Kenapa? Sebelum ni you elok je makan banyak kan?"

"Yes."

"Kenapa?"

"From 49KG to 37KG is crazy right? Aha."

"Why? You depressed ke apa?"

"Takdelah. Sebab jarang makan kot sekarang."

"I see. Just don't be like me."

Erin ketawa kecil. Suka bila si 'adik' memberikan nasihat. "We're different, Michelle. Different."

"... yelah."

"Tapi boleh I pinjam duit?"

"Kalau pinjam kena pulangkan balik."

"I mean, nak duit."

"Ambillah."

*******************
Michelle duduk diatas kerusi pejabat rumahnya sambil menongkat pipi. Dia perhati je notification dari email masuk tidak berhenti menandakan Erin sedang sakan shopping.

Sekejap RM20, sekejap RM60, sekejap RM250, sekejap lagi 2500. Entah apa yang dibelinya pun Michelle tidak tahu namun tidak pula Michelle mahu bertanya. Biarlah dia borong sakan. Bukan selalu pun Erin keluar berjalan dan shopping. Hujung minggu saja dia begini.

Namun notifications yang masuk buat Michelle tak fokus. Bila fikir balik Erin tak pernah tunjuk apa yang dia beli. Mungkin sudah bawa ke rumah tapi bila Michelle datang rumah, tiada satu pun barangan mewah yang Erin beli.

Ke mana duit itu pergi?

Haritu dah mabuk. Tak sangka juga Erin boleh mabuk.

KLAK!

Pintu pejabat dibuka. Erin muncul di muka pintu tanpa sebarang senyuman. Erin buka selempang merah di lehernya kemudian dia terus berjalan kearah Michelle dan naik atas peha Michelle.

"Erin?"

Selalu macamni lepas balik shopping. Erin akan jadi mabuk atau muram.

Erin peluk tubuh Michelle erat dan pejamkan mata. "I nak teman you buat kerja boleh?"

"Boleh..."

"Alang-alang I boleh tidur atas bahu you. "

Michelle sudah bertaut dahi. Perangai Erin harini pelik sungguh!

The Royals: Watson ✔️Where stories live. Discover now