Michelle membalut tangannya sendiri selepas dijahit. Besar juga lukanya. Lepas jahit, dia biarkan saja begitu untuk dia pergi mandi. Selepas kering, baru dia balut. Dapatlah dia tukar baju. Penat bermain darah.
Lama gila dia tak main darah. Tak sangka kalini dia main darah kerana melindungi seorang perempuan yang amat dia sayang. Michelle juga tidak tahu apa sudah jadi dalam bilik pembedahan. Terlalu lama Michelle ambil masa untuk rawat tangan sendiri dan sediakan bodyguard dihadapan bilik pembedahan.
Michelle hanya menunggu di wad Erin. Kepalanya serabut dengan Erin. Dia mahu Erin selamat namun dia tak boleh pergi ke bilik pembedahan sekarang. Dia terlalu penat.
Pintu wad dibuka. Dua orang jururawat menolak sebuah katil lain ke dalam dimana Erin berada diatasnya sedang melilau. Namun matanya lebih besar dari kebiasaan.
"Oh my god, hot mommy." Kata Erin. Michelle senyum. Selamat. Erin selamat.
"Awak. Awak nama apa? Saya...saya Natasya." Tanya Erin kepada Michelle. Sudah tentu ianya pengaruh anesthesia. Dia jadi mabuk dan comel begini.
"Michelle." Balas Michelle. Dia lihat saja Erin yang dipindahkan ke katil lain. Comel. Michelle sempat berikan satu ciuman di pipi. Ternganga Erin dibuatnya.
"...awak cium saya?"
"Iya."
"Jadi awak kekasih saya?"
"Yes!"
"Ahaha!" Erin peluk kepala Michelle sekuat hati. Dia masih lumpuh sekejap kerana anesthesia tapi entah macammana tangan dia dapat gerakkan. Erin goncang kepala Michelle kiri dan kanan tanpa dia sedar.
"I'm recording. Go on. Nak tunjuk dekat Erin bila dia sedar nanti." Ariana merakam situasa mereka berdua. Michelle senyum. Dia balas peluk Erin dan peluk lebih kuat.
Erin.
She's a fighter. Michelle tahu Erin takkan khianat dia macamni. Erin ada sebab kenapa dia buat benda ni. Erin tak jahat.
"I'm sure Erin will love this." Kata Ariana.
"ERIN!!"
"KAKAK!!"
Maliha, Juana dan Zuss marempuh masuk ke dalam. Dengan keadaan Erin yang masih memeluk Michelle, mereka bertiga terus peluk Erin dari pelbagai arah. Terkejut Erin dibuatnya. Michelle ni yang nak tercabut kepala dipeluk begini.
"Okey. I nak peluk juga. Sayang, you pegangkan." Ariana hulur kameranya kepada Jasha disebelah yang muncul dengan makan. Tergesa-gesa Jasha letak makanan lalu pegangkan kamera. Ariana peluk mereka erat.
"Nak juga!" Jasha meletakkan kamera diatas meja lalu turut memeluk mereka. Mereka boleh ketawa. Tapi mereka lepaskan bila nampak muka Michelle sudah biru.
"She's blue!"
"CPR!"
"Zuss tak terlibat!" Zuss berlari keluar dari wad. Takut dia andai mereka sudah terbunuh Michelle. Lebih-lebih lagi apabila melihat Michelle yanh longlai begitu.
Aduhai.
Yang penting, Erin selamat. Itu saja sudah cukup untuk buat Michelle rasa lega.
*******************
Erin senyum apabila melihat video yang dihantar oleh Ariana dalam telefon. Waktu itu dia baru lepas melakukan pembedahan dan dalam pengaruh anesthesia. Nasib baik Ariana rakam kalau tidak Erin akan jadi curious sebab nak tahu macammana rupa dia masa mabuk.It's a great memory.
Sudah seminggu berlalu, Erin kini sudah boleh pulang ke rumah dan dapatkan rawatan lanjut di rumah saja. Michelle tak benarkan Erin balik rumah dia sebab kalau duduk sini lagi ramai boleh jaga dia yang masih dalam proses penyembuhan.
Michelle yang hanya berdiri melihat senyuman Erin dari tadi kini duduk disebelah Erin. Dia merapatkan tubuhnya ke tubuh Erin. "You cantik gila dalam video tu tau?"
"I know. Boleh nampak bibir I dah tak biru." Erin senyum. Telefonnya dia turunkan dan pandang tepat ke mata Michelle.
Michelle mengusap kepala Erin. Suka dia lihat Erin yang positif begini. Dia akan jaga Erin selagi nyawa dikandung badan.
"Boleh I tanya something?" Erin memulakan soalan. Michelle angguk kepala.
"Tanya apa tu sayang?"
"Siapa Haque?"
Michelle tersentak. As usual, Erin. Dia sentiasa tahu walaupun masa tu dia tidak sedar. Tak tahu bagaimana dia buat tapi memang Erin ada darah keluarga Hildegard. Darah perisik dan pahlawan.
"Kenapa nak tahu?"
"Kenapa taknak beritahu?"
Michelle kalah. Dia tundukkan kepalanya ke bawah cuba mencari ayat. Akhirnya dia lepaskan keluhan berat.
"Dulu kami ada 10 keluarga yang digelar The Royals. 1 keluarga daripada kami telah lenyap dek ritual pembunuhan besar-besaran dan dia adalah ketua bagi kami semua. Dia yang paling adil namun ajaran sesat memakan diri. Haque bukan nama dia tapi nama keluarga. Nama dia adalah Remi. Remi Haque. Mereka berpisah sebab ibu bapa Remi mati jadi anak-anak dia fikir kami bunuh mereka. Tu yang diorang keluar tu."
"Answered." Erin sambung main telefonnya. Itu saja yang dia mahu tahu. Bila dia sudah tanya begitu, terbitlah sejuta persoalan daripada Michelle.
"Macammana you tahu ada orang nama Haque?"
"My instinct."
Michelle tidak tanya lebih. Kalau dia tanya, Erin akan berdalih lagi dan lagi. Yang penting, Erin ada dekat sebelah dia.
Michelle lentokkan kepala di bahu Erin dan melihat kearah skrin telefonnya. "Nak tengok juga. You tengok apa?"
"Sibuk."
"Erin~"
-TAMAT-
YOU ARE READING
The Royals: Watson ✔️
Storie d'amoreMichelle De'Watson terima saja apabila Ariana tidak memilihnya. Daripada Ariana jugalah dia belajar bahawa cinta itu boleh hadir namun dia masih belum jumpa empunya diri untuk bersamanya. Disebabkan ibunya sangat berharap agar Michelle bercinta den...