Bunyi telefon berdering mengejutkan Erin yang sedang tidur. Dicapai telefonnya yang terletak atas meja kemudian letak telefon di telinga.
"Hello Zuss? Ya? Akak dekat rumah majikan ni."
Michelle terkebil-kebil melihat Erin menelefon Zuss. Tidak tahulah apa yang dibualkan tapi Michelle memang suka ganggu Erin waktu tengah telefon orang.
Michelle bangun sedikit lalu dia baring atas peha Erin secara meniarap. Tangan Erin secara refleks terus belai kepala Michelle.
"Boleh. Nanti akak send location. Sorry...akak penat sangat. Tertidur. Hm. Okey, bye Zuss. "
Panggilan ditamatkan. Erin tolak Michelle ketepi untuk sambung tidur.
"Zuss nak apa?" Tanya Michelle.
"Nak datang rumah. Katanya cuti jadi dia nak tidur rumah I. Tapi I kat sini ni jadi I bagi location kat sini jelah."
"I see. Mikey pun nanti nak tidur sini. Dia dah penat tidur hotel."
"I see. Kita tidur dulu. Adik-adik settle nanti." Erin mengusap pipi Michelle lalu menarik selimut lebih atas. Ngantuknya belum hilang. Bagi dia hilangkan mengantuk dahulu.
*****************
Erin menghisap popsicle perisa nenas itu didapur. Sementara menunggu adiknya dan adik Michelle, dia makan dulu. Tiba-tiba datang Michelle buka mulut mahu rasa juga."Nak sikit."
"I licked it so it's mine only." Balas Erin. Dia tidak mahulah Michelle rasa apa yang dia sudah jilat. Geli tahu tak?
"I licked you so you're mine?"
Erin tersenyum. Dagu Michelle dia sentuh. "Yes, I'm yours. Tapi betul, I dah jilat yang ni jadi you pergilah ambil lain."
"Taknak. Nanti gemuk makan semua."
"Mengadanya. Makan sebatang je. Ish. Ambillah terus." Erin menghulurkan aiskrimnya kepada Michelle namun Michelle menolak.
"I nak rasa sikit je."
"Fine."
Michelle menghisap sedikit aiskrim itu kemudian Erin sambung hisap aiskrim. Benda yang mudah disusahkan. Tidak tahu siapa yang complicated sekarang ni.
Bila sudah tinggal sikit, Erin bagi terus dekat Michelle. Bahagia pula Michelle makan. Jarang dia nak makan aiskrim.
Sambil dia makan, sambil Erin tenung dia. Dari muka turun ke dada. Dari luar pun boleh nampak bertapa cantiknya boobs Michelle. Tegang. Boobs Erin lain. Boobs Erin besar dan kendur sedikit.
"Agak-agak boobs I boleh ke jadi macam boobs you?"
"Khoff! Khoof! Uhuk!" Terkejut Michelle ditanya begitu. "Why? Kenapa tengok boobs I?"
"I don't know. I'm a lesbian lah sayang. I tengok boobs semua orang." Kata Erin lalu pandang ke hadapan semula. Nak buat lebih-lebih tak boleh. Dekat sini ramai pekerja. Walaupun Erin nampak macam minah entah apa-apa tapi dia tahu malu.
"I lapar. Chef, you ada apa?" Erin turun dari kerusi dan masuk ke bahagian tempat memasak. Michelle perhati saja Erin dari belakang. Cantik betul bakal isteri dia ni.
"Michelle!" Suara Mikey kedengaran hingga ke dapur. Bergegar rumah dengan tapak kakinya dan sedar-sedar saja dia sudah duduk disebelah Michelle. "Akak, nak minta nombor Cik Ros boleh? She's so pretty!"
Tak pernah-pernah Mikey kelihatan sebahagia ini. Hairan Michelle dibuatnya. Erin yang sudah mengambil sepinggan nasi berlaukkan ayam masak merah berjalan kearah Michelle sambil ketawa kecil.
"He's in love~" Kata Erin lalu duduk disebelah Michelle.
Terkejut Michelle dibuatnya. Dirapatkan sedikit tubuhnya kearah Erin. "Trust me. Relationship ni complicated dan susah gila."
Erin menepuk bahu Michelle. Itu pula yang dia kata? Bukannya nak puji hubungan mereka yang buat masa ini masih tiada konflik.
"Just give me Cik Ros's number. I need it."
"I can't do that. Itu privasi pekerja. Kalau nak kena minta sendiri." Balas Michelle.
"Dah tapi dia taknak bagi."
"Then ajak dia minum, bagi dia mabuk sampai dia sendiri minta bawa pergi hotel and then-"
"Idea apa you bagi ni? Nak dia rogol orang ke apa?" Erin menepuk kepala Michelle pula. Geram dia dengan idea Michelle entah apa-apa. "Mikey, kalau nak sangat tackle jelah dia sampai dia nak. You first impression pun selekeh, tak bijak. I'll bet you RM10,000. Kalau you berjaya dapatkan Cik Ros dengan bantuan sendiri then the money is yours."
Pantang Mikey dengar perkataan duit dan bet. Mikey terus berdiri dan angguk kepala. "Alright, saya terima cabaran akak!"
"That's my boy."
"Cik Ros!!" Mikey berlari semula ke ruang tamu. Michelle terus berpaling kearah Erin sambil gosok peha dia.
"Duit siapa RM10,000 tu?"
"You. I'm your girlfriend. Dengar cakap I."
"As I should. Jom naik bilik?" Michelle menarik kerusi Erin lebih rapat. Mungkin Michelle buta, tak nampak yang Erin tengah makan.
"I can lick you over and over again because you're mine." Bisik Michelle di telinga Erin. Ayam masak merah dah bertukar ke wajah Erin jadi muka masak merah. Erin suka bila Michelle goda macamni.
"I pergi basuh pinggan kejap." Erin berdiri dan berjalan ke sinki. Michelle senyum. Kepalanya sudah fikir yang bukan-bukan tidak sabar untuk hari ini.
She wants her.
"AKAK!" Zuss berlari dengan comelnya ke dapur. Dia peluk Michelle dulu sebab paling dekat.
Ah, Michelle lupa. Ada seorang lagi.
YOU ARE READING
The Royals: Watson ✔️
RomantikMichelle De'Watson terima saja apabila Ariana tidak memilihnya. Daripada Ariana jugalah dia belajar bahawa cinta itu boleh hadir namun dia masih belum jumpa empunya diri untuk bersamanya. Disebabkan ibunya sangat berharap agar Michelle bercinta den...