Michelle mendongakkan kepala keatas. Syarikat kedua miliknya akan dibuka dalam masa 2 Tahun. Sekarang masih lagi dalam pembinaan. Apabila bangunan ini siap, Michelle akan mula wasiatkan kepada Erin dan anak-anaknya.
"Michelle."
Michelle berpaling ke kiri. Itulah Ariana. Ariana juga salah satu yang membantu Michelle membina syarikat kedua. Nampak saja Ariana tu begitu tapi ilmu dia banyak di dada. Nak pula dia sekarang memang kaya, senang betul dia tambah pendapatan.
"Hm?"
"Can I go home now? Today is our anniversary and I don't want to waste more time here." Tanya Ariana. Anniversary. Anniversary dengan Jasha sudah tentu. Siapa lagi? Sedar tidak sedar sudah setahun rupanya mereka berdua kahwin.
"Pergilah."
"Alright. Anything just call me."
"Eh, kejap. Boleh tak nak tanya something?"
"What?"
"Biasa perempuan suka hadiah macammana eh?" Tanya Michelle. Berkerut dahi Ariana. Dipandang Michelle atas bawah.
"Habis kau tu jantan ke Michelle?" Colin di tingkat atas bertanya. Dia dengar segala perbualan. Ayat Colin juga buat Ariana ketawa.
Colin, anak sulung keluarga Vox.
"Aku tak macam perempuan pun. Aku tak suka bunga, tak makan coklat. Jadi aku tak tahu nak bagi hadiah apa dekat Erin."
"Ah, Erin. Dia ada mengadu yang kau buat dia kuat sangat masa bersama sampai gigil lutut nak jalan. Slow lah sikit." Pesan Ariana lalu ditepuk bahu Michelle. Michelle hanya gosok kepala. Erin bagitahu Ariana rupanya...
"Sorry."
"Perempuan suka surprise, Michelle. Beli je jangan bagitahu. Kau bagi gula-gula pun dia hargai, Michelle." Kata Colin sambil hembuskan nafas rokok. Michelle mengeluh. Surprise? Dia mana reti nak surprise orang. Surprise macammana ni?
"Asalkan hadiah daripada you dia terima je. Jangan fikir sangat. Beli je jam ke cincin ke lepastu kata surprise. Buat dia terkejut. Ni kau buat surprise ni kenapa? Week anniversary ke macammana?" Kata Ariana
"Takdelah. Saja." Michelle merenung ke tiang. Surprise. Surprise macammana yang dia boleh buat?
*********************
Michelle mundar-mandir sendiri didapur. Yang melihat pun penat sampai mereka tarik kerusi untuk duduk. Sambil pegang kotak hadiah di tangan pula tu.Dia sebenarnya tak tahu macammana nak surprise orang. Kena letak jeke? Kalau Erin cari macammana? Kalau Michelle letak je, dia nak sorok dekat mana? Bawah meja? Macam bodoh je?
"Sayang, malam ni I balik rumah I. Risau pula rumah tu lama tak ada orang." Kata Erin yang turun ke bawah hanya memakai jaket baseball. Tersentak Michelle dibuatnya. Alamak, dia tak sempat buat apa pun!
"Is that for me?" Tanya Erin hairan sambil ikat rambutnya. Michelle angguk kepala perlahan. Bantai jelah. Nanti Erin buka juga kotaknya.
Michelle letak atas meja di dapur. "I beli untuk you."
"Kenapa? Birthday I ke harini? Baru bulan 1."
"Bukan. Ni...I bagi saja je. Dengar cerita perempuan suka hadiah." Kata Michelle malu-malu. Erin ketawa. Tali reben dia tarik untuk buka kotak.
"Cerita siapa you dengar perempuan suka hadiah? Memang pun. Oh. Oh my god pandora." Erin melihat set perhiasan diri dari Pandora itu. Sumpah cantik gila.
Erin pakai terus cincin di jari dan rantai itu dia juga mahu pakai. "Can you pakaikan?"
"Of course." Michelle pakaikan rantai untuk Erin. Rambutnya yang panjang dia angkat kemudian turunkan setelah siap pasang. Rantai yang berlogo hati dan ada tulisan E&M itu Erin tenung lama.
"You memang sayang I." Kata Erin.
"Mestilah."
"Sebenarnya kan, sejak bila you suka I?" Tanya Erin hairan. Bila fikir balik, mereka berdua dah kenal sangat lama. Michelle angkat bahu.
"Tak ingatlah. Natural feelings. Suddenly, I like you."
"I see...eh, I pinjam kad kredit you. Esok I pulangkan. I nak balik rumah kejap. Bye baby." Erin mencium pipi Michelle. Michelle anggukkan kepala. Sudah biasa untuk Erin menghabiskan duit dia. Mungkin esok dia akan pergi sendiri ke rumah Erin untuk lihat apa yang dia beli.
YOU ARE READING
The Royals: Watson ✔️
RomanceMichelle De'Watson terima saja apabila Ariana tidak memilihnya. Daripada Ariana jugalah dia belajar bahawa cinta itu boleh hadir namun dia masih belum jumpa empunya diri untuk bersamanya. Disebabkan ibunya sangat berharap agar Michelle bercinta den...