Erin kekal merenung Michelle menantikan jawapan. Menunggu juga Michelle habiskan pisang dia supaya Michelle dapat bercakap tanpa tersekat. Namun bila lama sangat Michelle diam, Erin asak dia lagi.
"Michelle, answer me!"
"You turned me on."
"Euw, what do you mean by turned you on?"
"I don't know. Cara you layan I buat I turn on. Look at you, Erin. You're so pretty. Ego you buat I nak you lagi dan lagi."
"Ahhh..."
"I love your boldness. It makes you more attractive."
"I see." Baik dia tak payah tanya dah kalau itu jawapannya. Comel juga bila Michelle jawab macamtu.
"Wanginya you." Kata Michelle perlahan. Leher jinjang Erin ditenung lama. Sudahlah wangi, cantik pula. Makin tak keruan Michelle dibuatnya.
"I baru mandi. Memanglah."
"...maybe we could....?" Michelle merapatkan mukanya ke muka Erin. Erin hanya diamkan diri. Saat ini dia tidak kisah langsung andai Michelle mahu buat apa pun kepada dia.
Bibir mereka berdua bertemu namun hanya sekilas sebelum telefon Erin berbunyi. Erin terus ambil telefonnya dan melihat gerangan yang telefon.
Zuss.
"Put that down first. I want you." Pujuk Michelle lalu digenggam pergelangan Erin. Erin ketawa kecil dan menolak muka Michelle.
"It's my brother. Sekejap."
"Brother? You ada...brother?"
"Yes, my cute little brother. Hello Zuss?" Erin berdiri. Dia berjalan ke muka pintu sambil cekak pinggang. Masam muka Michelle. Boleh pula adik lelaki dia telefon waktu ni. Waktu lain tak boleh ke? Dan sejak bila pula Erin ni ada adik lelaki? Ingatkan Erin ni loner!
"Zuss cari rumah nombor 17. Rumah akak dekat sini. Warna putih, pagar hitam."
Ini maknanya Zuss akan datang ke sini. Michelle memang tidak mahu tunggu. Sebelum Zuss sampai ke sini, baik dia teruskan sahaja.
Michelle berdiri. Dia berdiri dibelakang Erin lalu dikucup lehernya geram. "Put that down first, Erin. We need to talk."
"Aaaa...ha. Nanti apa-apa call akak balik." Pesan Erin lalu mematikan panggilan. Dia berpaling ke belakang sekaligus pinggangnya ditarik Michelle agar lebih dekat.
"I hate you, Michelle."
"...but I love you. We're going to get married. Nak lebihkan adik daripada isteri sendiri?"
"Yes."
"Why?"
"He's the only person I have." Kata Erin. Ayatnya sungguh buat Michelle serba-salah. Namun Michelle sudah tidak tahu mahu beri reaksi bagaimana. Patutkah dia lepaskan pinggang Erin? Tapi dia mahu teruskan.
"KAKAK!!!"
"Ha tu. Dah sampai. Tunggu I kenalkan you dekat adik tercinta I, Zuss." Kata Erin seraya membuka pintu. Michelle mengeluh. Dia dengan sengaja memasang muka bengis saat Erin buka pintu. Baru Zuss tahu dengan siapa kakak dia akan berkahwin.
"Kakak! Hai! Zuss belikan donut!" Kata Zuss sambil melambai kearah Erin dengan bahagianya.
Saat itu hanya Tuhan saja yang tahu perasaan Michelle. Rasa bersalah yang teramat apabila melihat Zuss, seorang pemegang kad OKU Syndrome Down sedang tersenyum bahagia dekat Erin.
Mereka berdua saling berpelukan. Kelihatan seakan-akan Erin sedang menunjuk kearah Michelle dan mata Zuss juga meliar kepada Michelle.
Dengan malu-malunya Zuss berjalan kearah Michelle dan hulurkan donut kepadanya. "Kakak nak satu? Zuss yang beli guna duit gaji Zuss."
"Terima kasih..." Michelle ambil sebiji donut. Erin di belakang sudah menggelakkan Michelle. Dia tahu Michelle rasa bersalah. Lain kali siasat sebelum kata apa-apa!
"Zuss kerja apa?" Tanya Michelle. Suaranya mula lembut. Kalini Erin yang ternganga bila Michelle sebenarnya boleh cakap selembut sutera. Dia tak pernah gunakan suara itu pun kepada Erin!
"Zuss kerja sebagai pelayan kafe dekat Bistor Cafe." Kata Zuss. Michelle angguk faham. Donut itu dia gigit. Lagi hairan Erin dibuatnya melihat Michelle yang tiba-tiba mengalirkan air mata.
"Yang you ni dah kenapa pula?"
"Dah lama I tak makan donut. Diet."
"Ah." Erin berpeluk tubuh. Sampai begitu sekali Michelle jaga badan sehinggakan bila dapat makan donut dia boleh menangis.
Zuss buka selipar dan masuk ke dalam rumah. Erin turut buka selipar dan sambil berjalan, Michelle bertanya.
"Takpe ke biarkan dia kerja?"
"Bistro Cafe tu pekerja dia semua syndrome down dan OKU. Yang beli kat situ dah tahu dah kena buat apa jadi takde konflik. Owner kedai tu Wael Al-Rizq ada anak syndrome down. Sebab itulah."
"Ouh..."
Erin mengerling kearah Michelle. Michelle makan sikit-sikit donut tu tidak mahu habis. Melihatkan Michelle buat Erin rasa mahu tahu.
"Michelle, can we have a deep talk this week?"
"Yeah, sure. Bila?"
"I don't know. Weekend you free?"
"Of course. I'll cancel all the plans for you sayang."
"Alright. Sekarang you nak makan? Zuss ada request nak makan ayam kurma."
"Boleh. Lama juga tak makan ayam kurma."
"Jangan nangis tau?"
Michelle senyum malu. Dia pun tak tahu macammana dia boleh ternangis tadi. Nampaknya beginilah perasaan body builders bila dapat makan sedap.
YOU ARE READING
The Royals: Watson ✔️
RomanceMichelle De'Watson terima saja apabila Ariana tidak memilihnya. Daripada Ariana jugalah dia belajar bahawa cinta itu boleh hadir namun dia masih belum jumpa empunya diri untuk bersamanya. Disebabkan ibunya sangat berharap agar Michelle bercinta den...