Erin turun dari mini cooper miliknya. Mini cooper ni semua pekerja dapat kalau dah 6 bulan kerja dekat sini sebagai penghargaan. Bila Erin dapat kereta ni dia terus ambil lesen kereta. Dua kali dia ambil lesen kereta sebab gagal masa ujian pertama.
Erin senyum. Dia jalan masuk ke dalam rumah agam kekasihnya hanya memakai t-shirt lusuh, seluar pendek dan selipar jamban saja. Dia bersandar ke pintu, tersenyum melihat trio skuad dia iaitu Maliha dan Juana sedang kemas rumah. "How?"
Maliha dan Juana berpaling kearah Erin. Mereka berdua ketawa melihat pakaian Erin.
"Kau nak jumpa girlfriend ke nak pergi minta makanan tepi jalan?"
"Pakaian macamnilah seksi. Oversized old t-shirt and old short...see? Aku pakai selipar yang aku pergi jamban tu siap ada mulut jerung." Kata Erin lalu ditunjukkan selipar bentuk jerung miliknya. Mereka berdua ketawa terbahak-bahak melihat Erin. Sumpah! Dia sorang je yang pelik dekat sini! Baju maid pun jauh lagi cantik daripada itu!
"Cantiknya you."
Erin berpaling kearah Michelle diatas tangga. Dia sedang berjalan turun. Sekali lihat, mereka berdua macam puteri dan hamba. Jauh sekali pemakaiannya.
"Thank you! You love it?"
"Yes. You're so pretty." Puji Michelle lagi. Dia berjalan kearah Erin dan memegang kedua-dua tangannya. "...I can't wait to introduce you to my mom."
"Me too."
"You tak takut?"
"Takut?"
"My mom."
"No. She's a human right? Apa dia jadi alien dah ke sekarang nak makan organ I?"
"No but you seem too calm about this."
"I can't feel overwhelm either, sayang."
Telinga Michelle seolah-olah berkepak apabila Erin memanggilnya sayang. Pertama kali dalam sejarah ada orang memanggilnya sayang seikhlas ini.
"By the way kenapa you datang ni? I dah cakap tak perlu kerja kan?"
"I nak tanya fasal kolej. Lagi cepat I uruskan fasal bendalah ni, lagi cepat I boleh tidur. Lagipun, you yang bayar."
"Tak payahlah. Balik rumah rehat. "
"Habistu you tak perlukan IC I? Surat beranak? Sijil Diploma? Sijil MUET tahun lepas? You tak perlukan I punya dokumen ke Michelle?"
"Aaa..."
"I dah bawa semuanya. I dah print, dah photostat. Sekarang tugas kita nak bayar dan print dokumen lain. Jom." Erin pegang tangan Michelle dan tarik dia ke dapur.
"Kenapa kita ke dapur?"
"I lapar."
******************
Michelle hanya berdiri di tepi tiang melihat Erin sedang sibuk print dokumen untuk masuk college dekat dapur. Dia cuba tolong tapi Erin jadi marah sebab Michelle tertumpahkan kopi atas kertasnya. Kena print balik. Berdirilah dia tepi tiang sebagai hukuman."Sekarang baru cik tahu macammana rasanya berdiri berjam-jam tunggu majikan siap kerja." Ujar Hobbit, pembantu peribadinya yang sedang makan disebelah. Michelle hanya berpeluk tubuh dan geleng kepala. Yelah, penat. Mungkin dia patut ubah sistem lepasni.
Wajah cantik Erin dia tenung lama. Selain perangai, muka Erin sangat attractive. Dia putih. Walaupun tak berapa nak kurus dan perut dia buncit, dia sangat cantik. Mata dia semula jadi lentik. Hidungnya semula jadi mancung. Bibirnya semulajadi pink.
"Nah. I takde penjaga so I suruh you sign as my wife." Kata Erin lalue menyerahkan dokumen kepada Michelle. Michelle mengusap mukanya.
"Wife?"
"Takkan girlfriend kot? Habistu kalau payah sangat buat je sebagai majikan. Senang."
"I'll take as a wife. Tapi kalau dia minta kad nikah...?"
"Then buat sebagai majikan!"
"Ouh." Blur sekejap Michelle. Tadi suruh buat sebagai wife, lepastu majikan, lepastu wife, majikan lagi. Sakit kepalanya. Akhirnua Michelle buat sebagai majikan saja. Air semua diketepikan daripada Michelle risau rosak lagi satu.
Selesai tandatangan semua tempat, Michelle angkat dokumen dan serahkan kepada Erin. "Done."
"Thank you! I nak kena hantar borang SPMP ni dekat kolej. Bye!" Erin mencium pipi Michelle dan berlari keluar dari dapur. Michelle hanya merenungnya. Keputusan dia untuk jadikan Erin sebagai kekasih memang tepat.
Erin ni independent sungguh. Suka dia tengok.
YOU ARE READING
The Royals: Watson ✔️
عاطفيةMichelle De'Watson terima saja apabila Ariana tidak memilihnya. Daripada Ariana jugalah dia belajar bahawa cinta itu boleh hadir namun dia masih belum jumpa empunya diri untuk bersamanya. Disebabkan ibunya sangat berharap agar Michelle bercinta den...