Michelle menurunkan dokumen ke bawah bagi melihat adik kandungnya yang paling bongsu iaitu Mikey sedang berdiri dihadapannya. Dengan baju kemeja tak masuk habis dalam seluar, tali pinggang senget dan coat berterabur...
"Bonda halau kau keluar rumah ke Mike?" Tanya Michelle. Mikey berkerut sambil garu kepala.
"Ya...dia suruh kau ajar aku macammana nak kerja. Dia kata dia taknak aku balik rumah selagi aku tak hensem. Aku tak hensem ke Michelle?"
"Tak." Balas Michelle selamba. Kebetulan pula ketika itu Erin ada bersama sedang makan. Dia ikut Michelle ke pejabat sebab bosan duduk rumah. Lihat pemakaian Erin macam nak ke luar negara. Berbeza sungguh dengan Mikey yang mahu kerja ini.
"You handsome je tapi tulah...selekeh." Balas Erin cuba menyedapkan hati Mikey. Mikey mencebik. Dia tunduk ke bawah kemudian menguap. Jika beri dekat Erin memang takde harapan dah budak ni nak hidup.
"Engkau pergi turun jumpa Cik Ros lepastu suruh dia ajar kau kerja. Kata ngan dia aku suruh. Ni, ambil dokumen ni tolong check spelling. Ni je aku suruh kau buat. Check spelling!" Tegas Michelle lalu dilempar fail dokumen ke atas karpet. Mikey berkerut. Diambil dokumen tersebut lalu diperiksa isi kandungan didalam.
"Betul dah ni kak."
"Aku tumbuk muka kau kejap lagi. Check spelling pakai laptop, bingai. Pergi suruh Cik Ros ajar semua! Dia dekat Tingkat 3. Tak jumpa Tingkat 3, dia dekat Tingkat 5 buat air!" Marah Michelle. Mikey angguk dan turutkan saja. Erin lihat saja Mikey berlalu ke lif dan bila sudah sampai ke lif, dia keluarkan telefon, bersandar ke dinding dan sambung main game.
Nampaklah kenapa Michelle marah sangat. Macamtu je dia layan Michelle.
"Apa dah jadi dekat dia?" Tanya Erin. Rasanya dulu masa dia masih remaja dia sangat hensem dan bergaya. Bila sudah dewasa, begini pula dia.
"Ketagih video game. Biasalah. Tengok bawah mata dia gelap. Taknak keluar bilik. Kantoi 10 kali dah dia melancap dalam bilik. Belum lagi tengok dia ada koleksi majalah porno dalam bilik. Dengan tak mandinya, dengan makan dalam bilik tak reti nak kemas, pinggan mangkuk dalam bilik sampai berkulat. Bonda dah cuba marah dia, campak semua barang dia keluar tapi esoknya nampak dia baiki semuanya dan susun balik lepastu sepahkan balik. Entahlah apa nak jadi."
"Dia macamtu pun dia tak lawan balik eh?"
"Kalau dia tak lawan, dia takkan main game depan lif tadi. Dia takde tenaga langsung nak gaduh. Dia dengar, buat tapi hanya untuk elak gaduh. Lepastu dia sambung apa dia buat."
Baru Erin faham. Mereka 3 beradik. Mikey paling bongsu. Selama ni Erin tak pernah nampak Mikey. Nampak tapi jarang sebab dia memang sangat jarang keluar bilik. Hidup dia hanya terperap dalam bilik.
"Dia tu memang takde kawan ke?" Tanya Erin hairan. Michelle angkat bahu.
"She's 19 now. Dia boleh fikir sendiri. Sambung belajar taknak. Duduklah dia dekat sini kerja." Kata Michelle. Erin angguk faham. Makanan dia kunyah habis sebelum dia mahu balas namun tidak sempat dia balas, kerusinya ditarik oleh Michelle sehingga merapati Michelle.
Michelle buka mulut. "Nak sikit."
"This will make you go fat. Bukan you kata you diet?"
"...yes. Takpelah." Michelle sambung buat kerja. Tidak tahulah dia merajuk ke apa tapi comel juga Erin tengok.
"Michelle sayang."
"Yes?"
"Kalau I gemuk takpe ke?"
"Takpe. I love you just the way you are."
"Tapi kalau you sendiri yang gemuk, you kisah?"
"Yes."
"Why?"
"Dah biasa, sayang. I start diet dari I sekolah menengah lagi."
"I see." Erin bersandar ke belakang. "How bad did they bully you sayang?"
Michelle berpaling kearah Erin. Kejap. Erin tahu? "Macammana you tahu I dulu kena buli?"
"Family pictures tahun 2010. I was searching for you. 2 minutes I was searching where are you 'till I realized that the black and fat kid was you. Was it that bad? You're glowing up sayang. Nope. You've glown up!"
Michelle diam. Sambil sambung buat kerja,dia berkata.
"Too bad that I'm rarely smile."
YOU ARE READING
The Royals: Watson ✔️
RomanceMichelle De'Watson terima saja apabila Ariana tidak memilihnya. Daripada Ariana jugalah dia belajar bahawa cinta itu boleh hadir namun dia masih belum jumpa empunya diri untuk bersamanya. Disebabkan ibunya sangat berharap agar Michelle bercinta den...