BAB 4: The Drunk

652 25 0
                                    

Erin berjalan masuk ke dalam rumah dalam keadaan mabuk. Nak hantar balik ke rumah dia sendiri tak boleh sebab dia keseorangan di rumah jadi trio squad menghantarnya ke rumah Michelle. Berkerut dahi Michelle nampak Erin mabuk.

"Hey baby." Erin senyum nakal. Michelle terus dukung Erin dan letak dia atas sofa.

"Why's she drunk?" Tanya Michelle. Tak pernah dia nampak Erin semabuk ini. Mabuk pun tak pernah nampak.

"Dia kata nak have fun." Balas Maliha. Michelle angguk kepala. Dihulurkan duit kepada Maliha dan Juana sebelum mereka pulang. Erin ketawa kecil. Wajah Michelle dia perhati dengan mata bulatnya.

"Wanna know about Michelle? She loves me."

"Of course I love you." Balas Michelle. Erin ketawa. Dia jatuhkan kepalanya di bahu Michelle.

"Entahlah. Dia tak pernah sentuh I. Dia tak nampak ke I tertunggu je bila dia nak sentuh I. Kan...Ariana?"

Ariana? So dia fikir Michelle ni Ariana? Luahan Erin buat Michelle tersenyum. Tubuh Erin dia baringkan atas sofa.

"Nanti dia nampaklah tu." Jadi Erin minta agar disentuh. Yelah, hubungan mana yang tak saling menyentuh? Erin mesti mahukan benda tu dan Michelle sering terlupa.

"Yelah tu." Balas Erin sebelum menutup mata. Lepas mabuk, tidur. Cliche. Tapi Michelle suka tengok Erin tidur. Diusap dahi Erin lembut sebelum dia bangun untuk ambilkan selimut dan bantal.

*****************
Dahi Erin saling bertaut apabila dia merasakan gatal di hidungnya. Mulanya dia cuba abaikan kerana dia terlalu mengantuk namun bila benda itu masuk lebih dalam, Erin terus bangun dan-

"HACHOOM!!" Erin terbersin dengan sangat kuat. Trio squad disebelahnya hanya tergelak melihat Erin yang terbersin.

"Eeei! Janganlah!" Marah Erin.

"Kau tidur tak sedar langsung! Kitaorang hulurlah bulu ayam ni dekat kau." Kata Juana. Erin geleng-geleng kepala. Dilap hingus yang meleleh kemudian lihat sekeliling.

"Eh, kenapa aku dekat sini?"

"Kitaorang bawa kau balik sini semalam. Takkan nak letak kau sorang kat rumah? Bahaya."

"Ah." Erin termenung sendiri. Dia mabuk ke semalam? Kali terakhir dia ingat adalah dia teguk arak dengan banyak. Lepastu lost. Tak tahu apa dah jadi. "... where's Michelle?"

"I'm here. You're underdressed." Michelle meletakkan selimut dibelakang tubuh Erin menutup tubuhnya yang terdedah. Erin senyum. Pantang nama disebut mesti ada.

"I'm going to my home nak tukar baju. Boleh hantarkan tak?" Tanya Erin. Michelle angguk kepala. Bila Erin bangun, Michelle pegangkan bahagian selimut yang gelebeh dibelakang supaya senang untuk Erin jalan.

"Bye guys. Jumpa nanti." Erin melambai kearah Maliha dan Juana sebelum keluar dari perkarangan rumah. Erin baru saja jalan sikit dia sudah berhenti dan duduk bertinggung depan seekor kucing. Mungkin kucing milik mana-mana pekerja kerana bulunya cantik dan ada kolar di leher.

"Hey Tom~" Erin membelai kepala kucing tersebut. Michelle pula membelai kepala Erin.

Erin loves cats but Michelle loves Erin.

"Ini kucing siapa?" Tanya Michelle hairan.

"Kucing Matthew. Dia selalu bawa kucing dia datang sini sebab takut berak dalam rumah."

"Habistu datang sini dia berak mana?"

"Tak tahu. Bukan I yang bersihkan tahi dia." Balas Erin. Dia berdiri semula dan teruskan jalan sehingga ke kereta Lamborghini Aventador milik Michelle. Erin pakai tali pinggang siap-siap. Bila dia pakai tali pinggang, ianya membelah buah dadanya.

Michelle perhati buah dada Erin kemudian dia angkat kepala pandang Erin. "Do you want me to touch you, Erin?"

"Dah kenapa tanya macamtu?" Berkerut dahi Erin. Sambil dia betulkan rambut, dia berbual dengan Michelle. Michelle terus masuk gear dan undur keretanya ke belakang.

"...takde apalah."

"Be natural, Michelle. Benda ni tak perlu tanya pun. Bila sampai masa mesti bercium punya. Takkan nak buat sekarang? Awkward lah. Sebab tu I kata be natural."

"Okey." Mujurlah Erin jauh lebih tua. Takdelah Michelle nak melawan. Michelle bawa keretanya ke rumah Erin yang terletak 20 minit dari sini. Jauh juga rumah dia. Kata Erin, dia suka je lambat-lambat pergi kerja. Waktu dalam kereta tu yang tenang.

"Masuklah dulu. I nak mandi." Kata Erin setelah mereka tiba di rumah Erin. Rumah Erin adalah rumah landed. Gaji Erin cukup untuk tampung hidupnya sebulan dalam rumah landed ni. Makanan pun free.

Michelle buka kasutnya. Dia masuk ke dalam dan duduk atas sofa. Dari luar, rumah ni nampak biasa je tapi bila masuk dalam sebiji macam kondo. Lawa betul Erin hias rumah ni jadi moden. Michelle yakin barangan dalam ni semuanya murah kerana tiada nama brand pada perabot.

Mungkin juga dari IKEA.

Selesai mandi, Erin keluar dari bilik mandi lengkap berseluar panjang, baju T-shirt pink dan tuala yang dibalut di kepala bagi mengeringkan rambut. Dia nampak sangat cantik di mata Michelle.

"Nak makan? I can cook something if you want. You dah makan ke belum?"

"Belum tapi...pisang tu pun cukup." Kata Michelle, menunjuk kearah pisang yang terlebih masak atas meja. Erin terus ambil sebiji pisang dan hulurkan ke Michelle.

"Taknak benda lain? Nasi ke? I can cook buttermilk chicken. The simplest dishes in the world served right with nasi."

"No, it's fine. Pisang pun dah kenyang." Kata Michelle lalu menggigit pisang tersebut. Erin turutkan sahaja. Dah offer taknak makan. Sukahati kau lau Michelle nak buat apa.

Erin duduk di sebelah Michelle. Wajah Michelle yang sedang makan dia tenung lama sebelum satu soalan terpacul di kepala.

"Michelle."

"Yes?"

"Kenapa you suka I?"

The Royals: Watson ✔️Where stories live. Discover now