Michelle berdiri di hadapan rumah Erin. Kebetulan dia mahu pergi kerja, dia singgah seketika di rumah Erin namun kelihatan rumahnya seperti tiada orang. Michelle goncangkan pagar malah suruh pemandu peribadi dia masuk ke dalam pun masih tiada orang. Kosong. Keretanya juga tiada.
Michelle tergaru-garu kepala. Dia terima banyak transaksi pukul 12 tengah malam semalam. RM100,000 seminit sehingga buatkan bank call dia tanya fasal transaksi. Apa yang Erin buat dengan duit tu?
Michelle telefon nombor Erin. Berkali-kali dia cuba telefon Erin. Panggil ke-3 barulah ada jawapan.
"Erin, you dekat mana? I missed you."
"Michelle. I'm outside. I dekat...luar."
"I'll wait at home. You balik bila?" Michelle tak marah fasal duit. Dia memang tak marah fasal apa pun. Dia sangat sayangkan Erin sampai dia nak buat apa pun dia takut akan lukakan Erin.
"Tak balik."
"Huh?"
"I dah keluarkan RM2.2juta dari dalam bank you, Michelle. Semuanya masuk ke dalam bank I. Sikit-sikit I masukkan and sekarang I tengah buat transaction terakhir iaitu RM800,000. I nak cukupkan RM3juta."
"Erin, jangan macamni. Kalau you nak beli, you beli. I boleh transfer dekat you kalau you nak jadi jutawan sangat."
"Michelle."
"Ya?"
"Kita putus."
"What?"
"Kad ni you block kalau you nak tapi Michelle, selagi you tak block kad tu selagi tu I guna."
"Erin."
"...maaf sebab tak dapat nak bersama you, Michelle. Bye."
"Erin, Erin! Bagi I jumpa you dulu! Erin!"
Talian ditamatkan. Air mata Michelle mengalir sangat laju. Disaat dia sudah mula jatuh cinta, Erin buat begini kepadanya. Kenapa? Apa lagi yang tak cukup? Semua telah Michelle sediakan.
"Fuck." Tak guna menangis. Michelle kena buat tindakan. Michelle masuk ke dalam kereta dan hempas pintu. "Bring me to Ariana."
"Tapi bos, bos ada meeting-"
"ARIANA!"
"Baik bos."
******************
Michelle berdiri dihadapan Ariana dengan muka muram. Ariana yang ketika itu sedang sikat rambut terkejut nampak Michelle tiba-tiba muncul depan dia."Michelle, are you okay?"
Michelle mencebik. Dia duduk melutut di hadapan Ariana sambil menangis teresak-esak. Dia cuma mahu lepaskan rasa sakit dan kecewa di dada. Dia dah bagi Erin segalanya tapi Erin khianat dia macamtu.
"Michelle- Michelle, omo." Ariana duduk melutut juga dan tarik Michelle ke dalam pelukan. "Michelle, are you okay?"
Jarang Michelle nak menangis domba macamni. Ariana gosok belakang tubuh Michelle. Walaupun mereka berdua sama umur, tapi Ariana layan Michelle macam adik.
"Erin...Erin lari dengan kad kredit I... please tell me...dia...ada bagitahu you apa-apa ke...? Please...?"
"No, dia tak bagitahu I apa pun tapi- kejap. Dia lari?"
"Yes...."
"With your credit card?"
"Wow, I'm impressed." Terkejut Ariana bila diberitahu begitu. Erin pun memang dikenali dengan otaknya yang bijak walaupun dia dulu hanya bekerja sebagai maid.
"Impressed what? Dia khianat I macamtu je and took my credit card! Her next target is RM800,000!"
"That's...urm..."
"You belajar IT, Ariana. Please, jejak nombor dia. Jejak phone dia. I kena jumpa dia buat kali terakhir jika benar dia mahu berpisah. Duit tu ambillah. I tak kisah. She needs to live but I need her to kiss me one last time. Please~" Sampai macamtu sekali Michelle merayu. Michelle jika sudah mula jatuh cinta memang bergegar dunia. Semua orang tahu dia cintakan orang itu dan memang rugi untuk sesiapa yang menolak atau mengkhianati cinta Michelle.
"Alright. I'll try. I cuba jejak dia." Ariana tidak mahu lihat Michelle menangis sedih begini. Dia juga rasa seperti mahu menangis lihat Michelle. Buat masa sekarang dia harus membantu Michelle.
Erin.
Erin, where are you?
YOU ARE READING
The Royals: Watson ✔️
RomanceMichelle De'Watson terima saja apabila Ariana tidak memilihnya. Daripada Ariana jugalah dia belajar bahawa cinta itu boleh hadir namun dia masih belum jumpa empunya diri untuk bersamanya. Disebabkan ibunya sangat berharap agar Michelle bercinta den...