"hish asal kepala aku ni masih sakit? berapa banyak aku minum semalam?" Hazel soal diri sendiri. dia masuk ke dalam biliknya lalu membaringkan dirinya di atas katil empuk itu. Hazel termenung sambil memandang ke siling biliknya. tiba-tiba sesuatu terlintas di fikirannya.
"jap." Hazel yang tadi berbaring kini sudah angkat dari posisinya tadi.
"semalam aku keluar dengan Aaron, lepas je aku jumpa dia, dia ajak aku minum, then dia bawa aku menari, lepas tu aku menarilah sebab nak buang semua masalah kat dalam otak aku ni."
"lepas tu? Lepas tu apa jadi?" sambungnya.
"aku bangun je lepas tu.... omg!" baru Hazel teringat yang dia pernah berada di sebuah bilik yang sangat asing baginya.
dia mencapai telefon di sebelahnya lalu mendail nombor seseorang. disebabkan hujung minggu jadi dia boleh je nak pergi mana-mana dia suka.
-
beberapa jam kemudian...
"aih mana Aaron ni? dia ingat aku tak ada kerja lain ke kena tunggu dia." rungut Hazel.
"Hazel." panggil seseorang.
"baru sampai kau eh. ingatkan tak jadi datang."
"ala kau yang datang awal. salah aku pula."
"ha yela tu. ni aku nak jumpa dengan kau ni sebab nak tanya sesuatu."
"tanyalah." dengan muka selamba Aaron berkata.
"apa jadi kat aku semalam? and kenapa aku bangun je, aku baring kat katil tanpa seurat benang-" Hazel memang main cakap je.
"Hazel, aku tak tahu lah. semalam aku cari kau tapi tak jumpa. aku baru teringat aku ada hal. aku cau dulu. bye." Aaron berlalu pergi meninggalkan Hazel yang menunggu jawpan daripadanya.
"eh-"
"dia ni kan memang pelik."
"Hazel?"
"Zul?"
"kau buat apa kat sini?" tanya Zul.
"aku? aku saja je jalan-jalan kat sini."
"oh, btw, aku nak ajak kau minum kat depan tu boleh tak." tanya Zul.
"boleh je asalkan kau belanja." Hazel tersenyum sumbing.
"yelah aku belanja kau. jangan risau." Zul merupakan ketua kelas 6AS2. Hazel dan Zul jarang bertegur sapa semasa di sekolah. kalau di luar mereka agak rapat seperti dah kenal lama.
-
di sekolah...
"kau dah dapat ke?" tanya Khairi.
pertanyaan Khairi tidak dijawab oleh Aaron. Aaron seperti termenung, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya masa tu.
"Aaron." Khairi memegang bahu Aaron. Aaron sedar dari lamunan nya.
"asal kau termenung jauh je dari tadi? ni aku nak tanya kau dah dapat ke?"
"oh yang tu. tak dapat."
"siyeslah? kau give up ke sekarang ni?"
"nampaknya macam tu lah."
"tak pernah kau macam ni."
"dah lah, aku tak nak fikir pasal tu lagi. aku nak pergi dulu. ada hal lah." Aaron meninggalkan kawan-kawan nya yang lain.
"Aaron tunggu lah jap."
"takpalah, biarkan je dia pergi." kata Firash pula.
-
di kelas...

YOU ARE READING
UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅
Mystery / Thriller[COMPLETE] ADA kalanya perkara itu memang disengajakan. jika cinta dan dendam disatukan, adakah boleh berjalan seiringan waktu? alangkah baiknya jika dendam dapat dilupakan jika ada cinta. namun, perkara itu sama ada mustahil atau tidak...