chapter 38

11 0 0
                                    

sekarang Erica, Ryan dan Hazel sudah sampai di markas kedua terbesar mereka. keadaan seluruh markas itu hampir musnah. orang bawahan yang bertugas untuk menjaga markas itu juga sudah tumpas.

"kenapa boleh jadi sampai macam ni?" soal Ryan.

"Zel!" Zul dari kejauhan memanggil Hazel. dia segera datang selepas mendengar berita yang baru sahaja disampaikan kepadanya.

"kenapa ni?" soal Zul sebaik saja sudah berdiri di sebelah Hazel. kemudian, dia melihat banyak kemusnahan yang berlaku di markas itu berserta tubuh yang sudah tidak bernyawa berpuluh-puluh orang.

"apa kita kena buat ma?" soal Hazel pula. Erica hanya diam dari tadi. dia menghela nafas. jauh di lubuk hati dia berasa sangat marah, kecewa, sedih dan hairan bagaimana dan siapa yang buat semua ini.

"apa kata kita tengok kat dalam, saya rasa di dalam masih okay." Ryan cuba menyenangkan hati Erica.

mereka semua bersetuju untuk masuk ke dalam markas bagi melihat keadaan di dalam. moga-moga tidak diusik. tapi agak mengecewakan bagi semua, di dalam markas juga habis dikerjakan, berlubang sana-sini.

"haih." keluh Hazel.

melihat wajah kecewa mereka menyebabkan Zul ingin tahu siapa yang berani masuk ke markas mereka. dia lalu menuju ke bilik kamera pengawasan untuk melihat apa yang terjadi.

nasib menyebelahi mereka, kamera pengawasan tidak diusik sama sekali. Zul terus melihat kamera pengawasan sebelum kejadian.

"Zel! sini jap!" panggil Zul. mereka bertiga terus bergegas menuju ke bilik pengawasan tempat Zul berada.

"apa yang kau dapat, Zul?" soal Hazel sambil matanya fokus melihat ke skrin komputer.

"ni, cuba korang tengok ni. mereka serang habis-habisan. aku tak tahu lah apa tujuan mereka."

"kan, semua barang masih lengkap begitu juga senjata, semua lengkap. tidak satu pun yang diambil."

saat Zul sedang mengawal video kamera pengawasan di skrin, Erica terus berkata,

"stop, berhenti kat situ." Zul terus menurut.

"sikit lagi replay." Erica memerhati dengan teliti begitu juga yang lain.

"korang nampak tak apa yang aku nampak?" semua mengangguk.

"ni, lelaki ni mungkin ketua mereka." tunjuk Hazel pada skrin.

"eh jap, cuba zoom sini. lelaki tu tadi." pinta Hazel. lantas Zul mengezoom seperti yang dikatakan oleh Hazel.

"cuba tengok ni, tatu ni."

"tatu ZE!" kata Hazel dan Zul serentak.

"apa benda tu?" soal Ryan pula.

"tatu..." Erica seperti mengingat sesuatu tapi kemudian dia membuang jauh fikirannya sebentar tadi.

"tatu ni pa ma. aku dengan Zul pernah dengar dari orang yang buat kecoh semasa majlis birthday mana hari tu. semasa kitaorang soal yang dikatakan meninggal haritu tapi tak jadi, dia ada sebut pasal tatu ni. ianya merujuk kepada orang yang mempunyai tatu ini."

"jadi?" Ryan masih bingung dengan penjelasan Hazel.

"dia ni suspek utama yang buat kecoh haritu lah. dialah puncanya!" sambung Zul pula.

"tapi... korang dah selidik latar belakang lelaki ini?" soal Ryan lagi.

"dah tapi tak jumpa sebarang data. macam mana nak cari yang ada tatu EZ ni kat dunia yang luas ni. apa-apa benda yang berkaitan dengan dia pun kita tak tahu." jelas Hazel.

UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅Where stories live. Discover now