chapter 39

7 1 0
                                    

keadaan di markas itu masih berselerak. hanya sebahagian sahaja yang sudah dibersihkan.

"dah sampai." kata Aaron.

"ouh thanks bro." ucap sebaik sahaja turun dari kereta bersama Hazel.

Hazel terus masuk ke dalam kerana tidak mahu membuang masa. kerana itu sahaja petunjuk yang ditinggalkan.

"eh tunggu Zel! kau Aaron tunggu sini." pinta Zul sebelum berlari bagi mendapatkan Hazel yang sudah masuk.

mata Hazel melilau mencari bingkai gambar yang hendak dicarinya. kemudian, dia tersenyum puas apabila melihat bingkai gambar itu masih tergantung rapi. dia terus menuju ke arah tersebut.

"Zul, kita dah jumpa. bawa sini benda yang kita perlukan." pinta Hazel.

"ha okay.." Zul lalu membuka beg yang dibawanya tadi.

"kita cuma perlu dapatkan cap jari dia je kan." ucap Hazel.

"haah." jawab Zul. dia lalu memberikan benda yang diperlukan untuk mendapatkan cap jari tersebut.

Hazel terus melakukan apa yang patut. namun, setelah beberapa saat dia berjaya mendapatkan kesan tapak jari itu, terjadi gempa di bangunan tersebut.

"apa benda tu?!" Zul mulai cemas. tanah bergoncang.

"kau dengar tak bunyi letupan?" soal Hazel yang juga panik.

"takkan ada orang yang nak letupkan tempat ni pula?!"

"aku rasa macam tu. cepat! kita kena keluar dari sini sebelum terhempap kat sini." Hazel lalu menarik tangan Zul untuk keluar dengan segera sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

nasib baik mereka sempat keluar. setengah daripada bangunan markas itu telah runtuh. dan perkara itu masih mencurigakan.

"kenapa mama tak beritahu apa-apa kalau mereka akan runtuhkan bangunan ni?" Hazel tiba-tiba berasa ada sesuatu yang tidak kena.

"entah, mungkin puan lupa kot." teka Zul.

"hm maybe. tapi kita dah berjaya dapatkan apa yang kita nak." Hazel tersenyum puas.

"baguslah kalau macam tu. mari kita balik sekarang." ucap Zul.

mereka lalu menuju ke kereta milik Aaron.

"korang dah dapat apa yang korang cari?" soal Aaron dari dalam kereta.

"da-" kata-kata Zul dipotong oleh Hazel.

"tak dapat, tetiba je bangunan tu bergegar. tu yang tak sempat. tapi tak apa, mungkin akan ada lagi petunjuk yang lain." jelas Hazel.

ketika dalam perjalanan, mereka bertiga senyap dan sepi. tiada satu orang pun yang mengeluarkan suara. akhirnya, mereka telah sampai. Hazel dan Zul terus turun dari kereta dan menuju ke ruangan rahsia mereka.

"kenapa kau tak nak Aaron tahu?" soal Zul ketika mereka sudah masuk ke ruangan itu.

"kau gila, aku tak nak dia tahu lah. buat apa nak libatkan dia." jelas Hazel.

"ooh baiklah. bagi aku tu." pinta Zul. dia segera memeriksa cap jari yang ditinggalkan oleh lelaki misteri itu sebagai petunjuk.

selang beberapa minit kemudian, telefon Hazel berdering. begitu juga dengan Zul.

"helo?"

kata mereka serentak. selepas itu wajah mereka seperti mendapat khabar buruk bagi keduanya. panggilan tamat.

"Zel!"

"Zul!" serentak lagi.

"kau cakap dulu." kata Hazel padanya.

UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅Where stories live. Discover now