chapter 09

21 1 0
                                    

setelah lama berdiri di situ. hati Hazel tergerak hendak balik. tapi, matanya tak lepas memandang kubur mereka bertiga, dia tetap melangkah kaki walaupun berat hari hendak meninggalkan. melihat itu, Aaron langsung menarik wajah Hazel agar tidak lagi menoleh ke belakang lalu meneruskan langkah mereka.

barulah air mata yang ditahan Hazel dari tadi mengalir membasahi pipinya. Aaron memegang bahu Hazel sambil memayungkannya.

kemudian, mereka masuk ke dalam kereta. sesekali Aaron memandang ke arah Hazel yang menangis sambil memandang ke luar cermin kereta. melihat hujan semakin lebat, dengan segera Aaron menutup cermin kereta tapi ditahan oleh Hazel.

"Hazel." dengan serta merta Aaron memberhentikan kereta lalu menarik lengan Hazel.

Hazel hanya menurut, dia memandang kosong suasana di depannya. kemudian, Aaron menghidupkan semula enjin keretanya. Hazel melihat cermin kereta ditutup oleh Aaron, setelah naik ke atas sepenuhnya. Hazel mencoret sesuatu pada cermin kereta tersebut sambil tersenyum sedih.

tidak lama kemudian, mereka pun sampai di rumah. Aaron memandang ke arah Hazel yang sedang lena dibuai mimpi. Aaron melihat ke kaki Hazel yang dibalut akibat terkena kaca semalam. Tanpa berfikir panjang Aaron keluar dari perut kereta lalu mengangkat Hazel bridal style. dia tidak mahu mengacau tidur Hazel. dia membawa Hazel sampai ke bilik lalau diletakkan perlahan di atas katil. dia lalu menyelimuti Hazel menggunakan selimut.

Kemudian, Aaron mengambil tuala lalu masuk ke bilik air untuk mandi. selesai je mandi, Aaron keluar dari bilik mandi, alangkah terkejutnya dia melihat Hazel sudah bangun dengan muka dan rambut serabai Hazel akibat baru bangun tidur rasa nak gugur jantung dia.

"awak dah okay? apa kata awak mandi dulu, lepas tu kita makan malam sama-sama." kata Aaron kepada Hazel sambil mengelap rambutnya yang basah menggunakan tuala.

"hm." singkat sahaja jawapan Hazel. dia lalu bangun dan mengambil tuala terus masuk ke dalam bilik mandi. terdengar bunyi air paip yang mengalir.

Dua bulan kemudian, pagi itu Hazel dan Aaron pergi ke sekolah seperti biasa. ketika sedang dalam perjalanan, tali kasut Hazel terbuka lagi.

"Luk-" belum sempat Hazel menyebut namanya, Lukman sudah bersedia berkhidmat untuknya.

memang sudah menjadi kebiasaan bagi Lukman. Entah kenapa dia tidak membantah sekalipun.

Hazel sedang duduk di dalam kelas dengan pensil di mulutnya. Hatinya tidak tenteram ketika memikirkan nasib kawan-kawannya. Dia masih tidak puas hati dengan pembunuh yang tidak diketahui itu. Tempat kejadian ada cctv tapi kenapa cctv tu macam sengaja ditutup oleh seseorang. Pembunuh tu ada kabel ke? Tak boleh jadi ni. ni mesti cari siapa orang itu.

Hazel tiba-tiba angkat dari tempat duduknya lalu meletakkan pensil yang berada di mulutnya sebentar tadi di sanggul rambutnya. Aaron yang berada di sebelahnya sedikit terkejut ketika Hazel tetiba berdiri.

"haish." Hazel berkata sebelum dia melangkah keluar dari kelas itu.

"Hazel, pergi mana?" panggilan Aaron tidak dihiraukan.

Hazel terus menuju ke tandas, dia tidak buang air kecil tidak juga buang air besar. Sebaliknya, dia menutup pintu tandas dan menguncinya dari dalam dengan meletakkan papan tanda *bahaya, lantai basah*. Dia naik ke atas sinki lalu kakinya tergantung.

Kemudian, dia menyeluk koceknya. dia mengeluarkan telefon dari koceknya. Dia buka skrin lalu mendail nama seseorang. Sementara itu, dia menyeluk koceknya lagi lalu menjumpai gula-gula batang, terus dikupasnya lalu dimakan.

"hishh, mana dia ni?!" Hazel sedikit ​bengang ketika panggilannya tidak terjawab. Dia mencuba sekali lagi. Tidak dapat juga.

"Tak boleh ni, kena cari cara lain juga." kemudian, dia mengeluarkan satu kad yang berwarna hitam serta sedikit warna keemasan pada kad tersebut. Dia terus tersenyum sinis.

"awak pergi mana tadi, Hazel? kenapa lama sangat awak keluar kelas tadi? nasib baik tak ada cikgu masuk." Aaron menanya Hazel sopan bertubi-tubi.

"bisinglah, saya ada hal tadi. tak payah sibuk eh." Hazel masuk ke dalam kereta yang dibawa oleh pemandunya.

"Bye." Hazel berkata kepada Aaron sebelum bergerak balik ke rumah dengan senyuman yang agak lain dari sebelumnya. Macam ada sesuatu yang hendak dilakukan oleh Hazel. Hati Aaron tidak berasa nyaman. Kenapa dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Berhenti. Aku turun kat sini."

"tapi-"

"jangan risau, aku ada urusan. kalau Aaron tanya, cakap aku ada urusan je. tak perlu risau." kata Hazel sebelum menapak keluar dari kereta.

"o-okay."

Pemandu Hazel terus meninggalkan Hazel di situ. Hazel menunggu bas di perhentian bas. Tidak lama kemudian, bas yang hendak dinaikinya sampai.

Entah mengapa seperti ada sesornag yang memerhati dan mengikuti Hazel dari sekolah tadi. Hazel tidak tahu apa yang terjadi dia hanya fokus terhadap perkara yang hendak dia lakukan. Dia duduk di kerusi bas lalu memakai earphone serta memasang lagu yang dipilih di playlistnya.

Ketika sudah sampai di destinasi, Hazel turun. Bas pun telah berlalu. Hanya dia yang berhenti di perhentian bas tersebut. Kawasan sekitar agak sunyi. Hazel meneruskan perjalanan menuju ke suatu tempat. Dia memakai hoodie seperti tidak ingin dilihat oleh orang lain. Dia mula mendail nama seseorang dan langkah kakinya mulai cepat apabila dia menyedari ada yang mengikutinya.

"shit, hello kau kat mana? aku rasa seseorang ikut aku. kita tukar ranc-" mulut Hazel ditekup oleh seseorang menggunakan tuala yang ada ubat bius. Hazel tidak sempat bertindak dan dirinya sudah jatuh pengsan disebabkan dibius.

Telefonnya jatuh ke lantai."Hello? Hello? Hazel???​ Haz-" orang itu memijak-mijak telefon Hazel hingga pecah. Tidak puas hati dengan itu, dia mencucuk telefon tersebut menggunakan pisau. Tubuh lemah Hazel diseretnya masuk ke dalam kereta. Pergelangan tangan dan kaki Hazel diikat dengan ketat. Lalu mulutnya diselutip. Orang itu meletakkan Hazel di tempat belakang, kemudian dia duduk di tempat pemandu lalu menghidupkan enjin. Orang itu tersenyum sinis. Mungkin berasa bangga kerana sudah menculik Hazel. Beg Hazel yang dibawanya tadi dibuang ke dalam tong sampah.

to be continued



UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅Where stories live. Discover now