chapter 37

12 1 0
                                    

satu baldi yang dipenuhi air dituangkan pada Hazel yang pengsan. Hazel tercungap-cungap ketika air itu mengenai mukanya.

"huk... huk... huk..." dia tersedak air.

"puas pengsan?" suara lelaki didengar sangat familiar di telinga Hazel. tapi dia tidak mahu berfikir banyak.

lelaki itu melangkah setapak demi setapak ke arahnya. sementara itu Hazel masih memandang ke bawah lantai. dia memusingkan kepalanya untuk membuang air yang masuk ke telinganya.

kemudian, sang lelaki itu berhenti tepat di depan Hazel. pandangan Hazel masih belum memandang padanya. ketika itu juga lelaki itu mengangkat dagu Hazel untuk melihat kepada dirinya.

Hazel mengerutkan dahinya. dia keliru, adakah ini benar-benar terjadi atau cuma mimpi.

"suprise?" senyuman sinis itu mengerikan

"Lukman?" tanya Hazel untuk kepastian.

"yes, it's me, Lukman! why Hazel? macam tak percaya?" dia ketawa kecil.

"yeah, tapi kenapa kau culik aku?"

"ooh, mungkin sebab aku selalu buli kau semasa sekolah dulu, kan? tapi aku dah minta maaf dan kita kan dah jadi kawan. tak payah nak culik macam ni kalau kau tak maafkan aku..." sempat Hazel tersenyum.

"apa? kau ingat lawak? lucu?"

"mana ada aku ketawa..." Hazel mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"hey look at me! aku tengah bercakap dengan kau ni." bengang Lukman dibuatnya.

"yeee, aku tengok kau lah ni."

"kau jangan main-main Hazel. nyawa kau kat tangan aku sekarang." kolar baju Hazel ditarik kasar sebelum dilepaskan.

"hey relaks ah. aku tak lari mana-mana pun. tangan kaki aku, kau dah ikat."

"kau tak takut hah?!"

"asal pula aku kena takut? aku dah biasalah."

"tak takut? kau tak takut?" tanya Lukman berkali-kali, dia dah geram dah sekarang ni.

"haah aku tak takut pun. dah lah bagitahu aku cepat apa masalah aku dengan kau. aku dah lah belum makan dari pagi tadi, kena culik pula lepas tu..." rungut Hazel.

"heh kau tak akan ke mana-mana lah hari ni."

"seriuslah kau? bukannya ada benda yang menyeronokkan pun kat bilik ni, kosong je."

"diam."

"..." Hazel terus diam.

"aku akan bagitahu kau sebab aku culik kau. sebelum tu kau kena diam." Hazel membuat jari 'OK'.

"aku culik kau sebab masalah family kau dengan family aku dulu. kau tahu tak mama dengan papa kesayangan kau tu memang tak punya hati perut langsung!"

"kenapa pula dengan mama papa aku?-"

"diam...!"

"mama dengan papa kau bun*h parents aku!"

"jadi, apa kaitan-" belum sempat berkata-kata.

"kaitannya kau tu anak diaorang, darah daging mereka. hutang darah kena dibalas dengan darah kan?" Lukman tersenyum psycho.

"jadi, aku akan ambil nyawa kau, lepas tu aku hantar may*t kau hari ini juga." dia terus membuka peti yang dipenuhi dengan pelbagai barang penyiksaan.

"kau nak buat apa ni Lukman? benda boleh bincang kan?... lagipun... bukan aku yang bersalah... mama dengan papa aku... kenapa aku pula yang kau nak bun*h."

UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang