chapter 04

38 2 0
                                    

Hazel baru sahaja keluar dari kereta. Aaron pula sibuk mengeluarkan bagasi mereka di bonet kereta.

"besar juga rumah ni." Hazel pergi mengelilingi sekitar rumah tanpa membantu Aaron yang mengangkut 5 beg bagasi miliknya serta satu beg bagasi Aaron sendiri.

"aih dia ni, memang tak tahu tolong aku ke apa." Aaron mengangkat satu persatu beg bagasi.

"sepatutnya aku upah je pekerja tadi. nanti lah aku cari." monolog Aaron.

Hazel masih melihat sekeliling rumah. dia ada melihat kolam ikan di belakang rumah mereka. dia masuk ke dalam rumah, ada kolam renang juga di tingkat rumah yang paling atas.

"hm not bad." Hazel mengangguk-angguk kan kepalanya, dia puas hati dengan rumah yang dibeli oleh mama dan papa nya untuk mereka sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Hazel masuk ke satu persatu bilik yang ada sehingga lah dia jumpa bilik mereka.

"wah!" Hazel terpegun dengan bilik itu. dia duduk di atas katil yang empuk itu lalu menepuk-nepuknya. kemudian, dia membaringkan dirinya sebentar. bilik itu sangat cantik. semua ada. tiba-tiba pintu dibuka oleh seseorang. sudah tentu Aaron, dia berpeluh kerana mengangkat barang dari bawah hingga ke bilik mereka. peluh yang meneritik pada dahinya dilap.

"oh." Hazel hanya mengangkat kepalanya sahaja untuk melihat Aaron sambil tersenyum lalu menikmati semula katil yang empuk itu.

"Hazel, cuba ambil barang awak ni." tapi Hazel tidak mengendahkannya. Hazel sudah syok bermain telefonnya, scroll tiktok.

Aaron meletakkan barang Hazel di luar, dia hanya membawa masuk barangnya sahaja.

Beberapa minit kemudian, Hazel angkat dari katil menuju ke luar. Baru sahaja keluar, dia melihat begnya masih di luar.

"auch." Hazel terlanggar begnya sendiri.

"hek eleh, aku minta tolong sikit je pun." Hazel cuba mengangkat begnya, hanya satu beg yang diangkat, Hazel sudah merasa beg itu yang menariknya.

"asal beg aku ni berat sangat?" monolog Hazel. dia cuba sekali lagi mengangkat beg nya itu tapi tetap tak terangkat beg itu. dia tidak tahu pula beg dia seberat itu, kat rumah tadi, yang memasukkan semua begnya ialah pembantu kat rumah mereka. Hazel cuba berkali-kali, kemudian dia mendengar suara orang mentertawakannya.

"ha hahahhaha hahahahahah." Aaron ketawa melihat Hazel tidak dapat mengangkat begnya sendiri.

"bukannya nak tolong orang. ketawa lah ketawa sampai pagi esok pun boleh juga." Hazel pasrah mengangkat begnya. tapi akhirnya, memang Aaron lah yang mengangkat begnya.

Keesokan harinya

Hazel baru sahaja selesai mengikat tali kasut. beg sekolah yang disandarkan pada dinding terus diambil begitu juga failnya. ketika sedang menuju ke halaman rumah baru dia teringat sesuatu.

"alamak, driver aku tak ada lah. habis macam mana aku nak pergi sekolah ni?"

pet pet. Aaron membunyikan hon kereta miliknya dua kali.

"oh mak kau!" latah Hazel.

"cepatlah masuk kalau tak nak lewat pergi sekolah." kata Aaron yang berada di tempat pemandu.

"aku? masuk? dengan kau?"

"haah lah. habis tu siapa lagi."

"kau lupa ke kau dah kahwin? ingat aku nak lah bagitau semua orang kat sekolah tu yang kau 'pujaan gadis', kahwin dengan aku?" Hazel berkata sambil menunjuk ke dirinya dan Aaron. memang dah jadi kebiasaan mereka sejak mereka berkahwin 2 hari yang lalu kalau bergaduh atau tak mahu kalah terus tukar 'aku kau'.

UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅Where stories live. Discover now