"mana pula Aaron ni pergi? duh dari tadi aku cari tak jumpa." Zul bermonolog sendiri di halaman rumah nya untuk mencari Aaron dari tadi tidak kelihatan.
panjang sungguh umur Aaron, baru je sebut nama terus muncul.
"Zul! aku kat sini!"
Zul melihat ke arah suara itu.
"Aaron..." dia terus menuju ke Aaron dan melihat Hafiz sedang bersamanya dari tadi.
"Hafiz, kau bawa dia ni pergi mana tadi? buat aku risau je korang ni."
"eh Zul, jangan risau lah. aku bawa dia keliling kampung tadi sambut hari raya."
"haah, Zul tak payah risau. Aaron pergi ikut Hafiz keliling kampung dan kutip duit raya hehe."
"hm ye. btw Hafiz, aku nak gerak balik dulu ni. jumpa lagi nanti." bahu Hafiz ditepuk sekilas.
"dah nak balik ke? aku ingatkan kau nak bermalam kata rumah mak ayah kau dulu. betul ke ni nak balik? dah malam ni."
"ye aku kena balik lah Hafiz. aku ada kerja nak kena settle kan lepas ni."
"ai cuti pun ada kerja ke?" Hafiz kau tak tahu kawan kau ni geng mafia. memang tiap hari lah ada kerja, nak uruskan orang ii nya lagi, yang penting ni jaga suami bos dia ni, si Aaron. better tak payah tahu lah si Zul ni.
"biasa lah tu. kerja lebih gaji pun lebih." katanya sambil mengangkat kening, sengihnya.
"okay lah. korang balik ni jaga diri. hati ii." pesan Hafiz.
Zul hanya menangguk.
-
keadaan dalam kereta sunyi sepi. hanya ditemani dengan jalan raya yang sunyi sepi juga menuju ke vila milik Hazel.
"Zul."
"hm?" matanya masih fokus ke pemanduannya.
"kau caya tak kalau aku cakap aku tak hilang ingatan."
krekk.
"apa?" brek terus ditekan. terkejut kot.
"eh kau ni!"
"kau biar betul."
"kau tak percaya, ha sekarang cuba tengok aku. orang hilang ingatan macam ni ke?" lama juga Zul tenung Aaron. macam tak percaya.
"bwaahahaha." tersembur Zul ketawa.
"asal kau ketawa pula? kau berhenti ketawa sekarang sebelum aku tendang kau japgi."
"okay okay. sorry haha." masih tersisa tawa Zul.
"kalau aku cuba fikirkan macam betul tapi ingat balik apa jadi. macam tipu je kau hilang ingatan."
"habis tu? asal lak kau ketawa?!"
"sumpah kelakar sepanjang kau perangai macam budak II lepas kejadian hari tu hahaha."
"ketawa lah, ketawa sampai mampus." Aaron be like bombastic side eyes.
"kau dah beritahu Hazel ke belum?"
"belum."
"habis tu? kau tak nak bagitahu dia pula."
"tak lah juga. aku cuma tak nak dia tahu aku pura ii je selama ni. kau ada cara tak nak suruh dia percaya yang aku betul ii dah sembuh?"
keduanya saling memandang antar satu sama lain. Zul terus tersenyum senget dengan idea yang sedang berlagu di otak cerdas miliknya itu.
-
Hazel yang baru lima hari di luar negara segera menempah tiket untuk balik ke tempat asalnya setelah mendapat berita bahawa Aaron jatuh tergelincir di bilik mandi sehingga menyebabkan dirinya tak sedarkan diri setelah itu.

YOU ARE READING
UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅
Mystery / Thriller[COMPLETE] ADA kalanya perkara itu memang disengajakan. jika cinta dan dendam disatukan, adakah boleh berjalan seiringan waktu? alangkah baiknya jika dendam dapat dilupakan jika ada cinta. namun, perkara itu sama ada mustahil atau tidak...