chapter 24

10 3 0
                                    

"angkut tubuh ni keluar." arah Hazel pada anak buahnya.

"Zel, kau ok tak ni?" Zul cuba memeriksa Hazel, mana tahu ada luka ke apa.

"ok apa nya bos kau tu. nak cederakan diri sendiri lagi..." kata Aaron sinis.

"k-kau..."

"eh Zel asal sampai macam tu? ni nasib baik pemb*nuh upahan tu tak dapat ragut nyawa kau."

"aku ok lah. btw, aku masih tak tahu siapa yang dia target sebenarnya. jadi, Zul, aku nak kau siasat benda ni."

"ok bos!" Zul memberi tabik hormat.

"jangan nak melebih-lebih eh. buat apa yang aku suruh sampai selesai. kalau kau tak jumpa siapa dalang di sebalik perkara ni, aku kubur kau bersama dengan mayat pembunuh tadi." kata Hazel dengan nada serius.

"er ja-jangan. baiklah! aku janji perkara ni selesai dalam minggu ni."

"satu lagi, korang berdua memang tak ada apa-apa ke nak beritahu aku?"

"be-beritahu apa bos?" terketar-ketir Zul dibuatnya.

"korang tipu aku kan?!" terbeliak besar mata Hazel kerana geram diperdaya begini. dia dah tahu sebenarnya Aaron berpura-pura hilang ingatan selama ini. cuma dia tak pasti tapi selepas dia mendengar perbualan Zul dan Aaron semalam baru dia tahu. dia mendengar perbualan mereka melalui rakaman suara di kereta Zul. sengaja dia letak pelacak di kereta Zul agar dia tahu Zul hendak bawa Aaron ke mana. tapi tak sangka pula dia mengetahui benda tersebut.

"oh jadi bos letak pelacak lat kereta aku? apa ni bos, tak baiklah-"

"kau diam."

"ye ye aku minta maaf. ni semua idea Aaron." Zul menunjuk pada Aaron yang sedang duduk di atas katil.

"aku?" Aaron menelan air liur, takut diterkam Hazel hidup-hidup.

"dua-dua sama lah!"

"hehe, awak maafkan kitaorang kan?" Aaron cuba memujuk Hazel agar tidak marah.

"hm..."

"macam tu je dia maafkan si Aaron... aku aku ni?" kata Zul dengan nada berbisik. berasa tak adil pula kalau Hazel maafkan Aaron sahaja.

"aku boleh dengar lah Zul."

"ye aku maafkan korang berdua tapi..."

"tapi apa!?" kata mereka serentak.

-

"kau ada dapat apa-apa info tak?"

"belum lagi. aku tengah cuba ni." Aaron sedang sibuk menaip sesuatu di papan keyboard.

rupa-rupanya, Hazel suruh orang siasat kejadian semalam untuk maafkan mereka.

"kau cari apa kat situ?"

"aku nak tengok cctv semalam. mungkin ada dalang di sebalik kejadian semalam." matanya masih fokus pada skrin komputer.

"aku tahu lah ada orang yang upah pembunuh itu. sekarang ni kita kena cari tahu macam mana nak cari orang yang sebenarnya di balik semua ni." ulas Zul.

"eh Zul, tengok ni!" Aaron menarik baju Zul untuk sama-sama melihat ke skrin komputer. dia menunjukkan apa yang dijumpai nya.

"apa?"

"kau tengok dia pergi mana?" Aaron menunjuk skrin itu.

"tu... tu depan apartment Jes!"

"bingo!"

"jadi, yang jadi semalam ada kaitan dengan Jes? orang bos sendiri?"

"hm." Aaron menangguk.

"jadi... sekarang macam mana??"

UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅Where stories live. Discover now