chapter 27

6 1 0
                                    

"korang semua ni dah kenapa?"

"b-bos." terketar-ketir dia hendak bercakap.

"ha aku, kenapa? dah dah jangan tunduk kat aku, angkat kepala korang tu. aku nak juga tengok dulu wajah korang." perlahan-lahan mereka mengangkat muka selepas memandang ke antara satu sama lain.

"ni aku datang, macam ni korang sambut aku??"

"ha-habis t-tu ma-macam mana bos?"

"eh jangan panggil aku bos, bos korang tu mama aku bukan aku."

"ta-tapi-"

"tak ada tapi-tapi. aku tak nak korang takut sampai menggeletar jumpa aku macam ni. aku tak makan orang lah."

"btw, mana ketua korang?"

"ha sa-saya." ketua mereka, Javis cepat-cepat angkat tangan sambil berlari menuju ke Hazel.

"kau, kau ketua kat sini?"

"haah bos."

"jangan panggil aku bos lah, panggil je Cik Hazel. aku bukan bos korang. korang pun bukan anak buah aku."

"ye cik Hazel."

"ha bagus."

"mama suruh aku ke sini pepagi buta orang tua tu dah call aku suruh turun sini. dia ada tinggal apa-apa pesan tak?" wajah orang di sekeliling nya cemberut tatkala mendengar ucapan Hazel yang agak tidak masuk akal, boleh pula dia kata mama dia 'orang tua'.

"a-ada, ni cik Hazel." Javis memberinya sekeping fail.

"oh? dalam ni?" Javis hanya mengangguk.

"okay kalau macam tu, mana bilik aku?"

"ikut saya cik Hazel." Javis memberi laluan kepada Hazel untuk mengikutinya.

Javis membuka pintu untuk Hazel. Ruangan itu agak besar, banyak juga barang dan fail yang tersimpan di bilik tersebut. banyak gambar yang bergantungan di dinding. satu frame gambar menarik perhatiannya.

"eh ni siapa?" Hazel menunjuk ke gambar orang itu.

Gambar tersebut menampakkan ibunya yang sedang berjabat tangan  dengan seorang lelaki, sperti orang terhormat. diikuti juga gambar ayah Hazel di samping ibunya dan yang lain mungkin terdiri daripada ahli keluarga lelaki yang sedang berjabat tangan dengan ibunya.

"oh itu orang yang bekerjasama dengan bos Erica dalam satu projek yang tidak diketahui banyak orang, hanya segelintir sahaja yang tahu kewujudan projek itu dulu."

"oh, rekod projek tu masih disimpan tak?"

"masih, bos Erica simpan dalam peti besi miliknya di rumah. hanya dia yang menyimpan kunci peti tersebut."

"semua rekod penting disimpan oleh bos Erica di peti miliknya itu."

"mencurigakan."

"oh lupa tanya, nama kau siapa?"

"nama saya Javis."

"Javis, aku nak kau kemas bilik ni sebelum esok. fail ni aku bawa balik. esok aku datang sini balik, pastikan dah bersih bilik ni, faham?"

"okay cik Hazel."

"kalau macam tu, aku cau dulu lah."

"baik cik Hazel."

Hazel keluar bersama Javis dari bilik yang dikhaskan untuknya itu. tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

"siapa pula call aku ni?" tanpa berfikir panjang, Hazel menjawab panggilan telefon tersebut tapi ditahan oleh Javis.

UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅Where stories live. Discover now