chapter 10

22 0 0
                                    

Dia membawa tubuh Hazel ke dalam sebuah bangunan usang. Hazel yang masih pengsan itu diikat pada kerusi. Pergelangan tangan dan kakinya diikat menggunakan kain. Matanya ditutup oleh orang itu menggunakan kain hitam. Lelaki itu lalu pergi ke luar dan berbalik semula dengan sebaldi air di tangannya. Dia langsung menyimbah Hazel menggunakan air sebaldi itu.

Hazel terus terbangun dengan matanya yang ditutup. Dia tercungap-cungap mencari nafas setelah dijirus dengan sebaldi air.

"wth... kau gila ke?!"

"..." lelaki itu tidak menyahutnya dan hanya tersengih.

"kau asal tutup mata aku ni?! tak nak bagi aku tengok muka kau yang tak seberapa tu kah?" perli Hazel sambil tersenyum sinis. Dia langsung meludah ke lantai.

"aku rasa kau ni pekak? oi! kau laki ke pompuan?!"

"..." tiba-tiba je terdengar audio yang dipasang kuat oleh lelaki itu. Hazel mendengar apa yang disampaikan pada audio tersebut.

"kau ajak aku dengar cerita ke ni??"

audio :

"mama! Papa!"

"anak mama pergi mana tadi? lama dengan papa cari."

"mama papa. betul ke mama dengan papa nak tinggalkan kitaorang??"

"sayang, mana ada mama dengan papa nak tinggalkan anak mamak sendiri."

"tadi-"

"dah jom masuk dalam hari dah nak hujan ni."

"apa sebab kau culik aku?"

"aik? tak ada orang ke?"

Lelaki itu perlahan - lahan menuju ke arah Hazel dengan pisau di tangannya. Bersedia untuk menusuk Hazel yang sedang tidak tahu apa-apa.

"oi kau... kau nak bunuh aku ke?" langkah kaki lelaki itu terhenti. dia agak tercengang kerana Hazel tahu dia ingin membunuhnya.

Niat ingin membunuh Hazel tak jadi. Lelaki itu meninggalkan Hazel sendirian di situ. Dia bergegas masuk ke kereta miliknya. Tangannya bergetar saat itu.

Satu hari telah berlalu.

"mana pergi budak ni?? culik aku lepas tu tinggalkan aku." Hazel cuba untuk melepaskan diri. Setelah lama mencuba, dia akhirnya berjaya membuka ikatan pada pergelangan tangannya. Dia langsung membuka penutup matanya lalu membuka ikatan di kakinya.

"aish lapar betul aku ni. nak makan ramyeon!" Hazel mengusap perutnya. Dia terus berlalu dari bangunan itu llau mencari bas yang ada melintas kawasan itu. Malangnya, tempat itu agak jauh dari bandar. Dia terpaksa berjalan kaki balik ke rumah.

Setelah satu jam berjalan, Hazel melepaskan kasutnya. Dia berjalan kaki ayam kemudian.

"telefon aku hilang, beg hilang, dan aku pun tak tahu aku kat mana sekarang."

"tabah Hazel. kau kena kuat." dia menyemangati dirinya.

perutnya dari tadi berbunyi akibat lapar.

"kau sabar jap ye perut."

dua jam setelah berjalan, dia melihat sekumpulan lelaki menuju ke arahnya dengan wajah yang tersenyum.

"woi awek cantik do!"

"haah lah."

"hi awek cantik? nak pergi mana??" tiga orang lelaki itu tersengih-sengih.

"kau jangan nak dekat eh?!"

Salah seorang lelaki gemuk itu hendak menyentuh tangan Hazel namun Hazel dengan cepat bertindak untuk menepis tangannya.

"jangan sentuh aku lah bodoh. dah lah berbau." Hazel menutup hidungnya.

UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅Where stories live. Discover now