Hazel segera memberhentikan kereta di tempat parking. setelah selesai, dia mencapai beg tangannya di seat belakang dan menutup pintu kereta. dia hampir terlupa mengunci kereta dan suaminya yang masih berada di dalam kereta.
"omg, suami aku!" Hazel membukakan pintu kereta untuk Aaron lalu menarik pergelangan tangannya. wajah Aaron sedikit blur melihat tindakan isterinya yang tergesa-gesa.
"dah jom pergi, jangan duk termenung." Hazel membawa Aaron bersamanya untuk masuk ke dalam restoran mewah yang sudah ditempah oleh mereka untuk perjumpaan keluarga mereka.
Hazel tercungap - cungap ketika sampai di muka pintu. dia melihat sekeliling lalu menghembus nafas lega.
"nasib baik sempat...." keluh nya.
"awak, kita buat apa kat sini?" tanya Aaron yang hanya mengikutinya dari tadi.
"nanti awak tahu lah, jom masuk."
"hm." Aaron memuncungkan mulutnya.
keduanya terus duduk di tempat masing - masing. setelah mereka duduk, orang yang ditunggu-tunggu pun sampai.
"grandpa!!" excited Hazel bertemu dengan datuk kesayangannya. ada lah mata yang melirik apabila melihat kedua datuk dan cucu itu saling berpelukan.
"ceh, acah ii je." cemuh seseorang di dalam hati.
"grandpa sihat tak? cucu granpa ni rindu tau." Hazel masih memeluk datuknya.
"sihat je. Hazel macam mana?" tanya sambil mengusap lembut kepala cucunya.
"Hazel sentiasa sihat. granpa tak payah risau lah."
"kau tak nak jemput atuk kau duduk ke?" kata mak cik saudaranya, Rini Imala dengan sinis.
"granpa." Hazel menjemput datuknya duduk. sempat dia mengerling tajam ke arah Rini yang bermulut pahit tu.
-
"kenapa ayah nak jumpa kita orang malam ni? tetiba je memanggil semua orang." Rini mula bersuara. suaminya, Williams Gerald melihat Rini sedikit biadap langsung menguis bahunya untuk tidak bersuara. "you ni..."
"oh sebenarnya tiada apa ii pun. ayah ni dah tua, nak juga tengok semua anak ii, menantu, dan cucu cicit ayah. bukan apa, kita jarang dapat berkumpul macam ni. jadi, ayah sangat gembira malam ni sebab semua sudi datang."
banyak benda yang dibicarakan antara mereka.
"kalau macam tu, semua dah boleh makan." Archne Drake, merupakan ketua keluarga yang tertua dan isterinya, Fren Nandela yang sudah lama pergi meninggalkannya kerana kanser paru ii di usia muda. sejak isterinya meninggal dia tidak mahu berkahwin lagi. Walaupun Fren Nandela sudah meninggal, isterinya meninggalkan harta yang sangat berharga padanya, iaitu anak ii mereka ; Erica Milando, ibu Hazelend Ryan, Judy Alias, ayah Khai, Rini Imala dan Betty Noulls.
semuanya menikmati makanan yang dihidangkan. tetiba Rini Imala bersuara lagi.
"aku dengar, menantu kau tu hilang ingatan, Erika." katanya lalu menyuap isi daging yang sudah dipanggang itu ke mulutnya.
Erica yang baru sahaja ingin menikmati makanan lalu berhenti. dia memandang ke arah Rini lalu tersenyum paksa.
"ye, ada masalah ke dengan menantu aku?"
"cubalah kau tengok. aku tengok perangai menantu kau tu macam budak kecik. makanan pun tak tahu nak makan." dia ketawa sengih. yang lain melihat tingkah laku Aaron pun ikut ketawa kecil.
Hazel hanya mendengar apa yang dikatakan.
"mulut awak tu lap. comot lah wajah awak makan." katanya kepada Aaron sambil menghulurkan tuala kecil miliknya.

YOU ARE READING
UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅
Mystery / Thriller[COMPLETE] ADA kalanya perkara itu memang disengajakan. jika cinta dan dendam disatukan, adakah boleh berjalan seiringan waktu? alangkah baiknya jika dendam dapat dilupakan jika ada cinta. namun, perkara itu sama ada mustahil atau tidak...