chapter 35

8 1 0
                                    

Tiga bulan kemudian...

Hazel sedang berada di kem tempat pelatihan anak buahnya. ini karna arahan daripada ibunya Erica.

"apa yang aku kena buat kat sini?"

"aik bukan mama kau suruh kau pantau mereka semua ni ke."

"yalah tapi selama ni kan ada yang buat kerja itu. kenapa sekarang suruh aku pula?"

"dia nak kau ambil alih suatu hari nanti kot. kan kau sorang je pewaris dan satu-satunya anak yang dia boleh harapkan."

"aku memang lah nak ni semua tapi sekarang dah give up."

"asal lak kau nak give up??"

"a-aku rasa aku tak dapatlah. tanggungjawab besar ni untuk aku bawa mereka semua ni dengan aku."

"kau tak payah risau lah. aku percayakan kau Hazel."

"thanks Zul... selalu support aku."

"benda kecik. aku akan selalu sokong kau lah."

"kalau macam tu, apa kata tengok pelatihan mereka dan pangkalan senjata di pulau ini. aku dah tak sabar dah ni." sambung Zul lagi.

"jom."

mereka berdua pergi ke tempat pelatihan dan pangkalan senjata rahsia yang terletak di tengah-tengah pulau itu.

"ni ke tempatnya?" tanya Hazel sambil bercekak pinggang.

"ya bos, inilah tempat simpanan senjata gang ER2 (nama kumpulan mafia terbesar keluarga Ryan-ayah Hazel)"

"besar juga tempat ni." Zul agak terpegun.

orang yang memimpin mereka tersebut lalu menunjukkan kepada mereka apa yang ada di dalam yang penuh dengan pelbagai senjata. dia menerangkan satu persatu kepada mereka.

"mama aku letak barang itu juga kat dalam sini ke?" ucap Hazel yang penuh tanda tanya.

lama dia hendak menjawab lalu mula bersuara. "ya bos. tapi puan besar tidak ingin perkara ni diketahui ramai orang."

"kenapa?" ucapnya lagi.

"se-sebab semua barang itu diproses dan dibuat oleh orang-orang kita sendiri. namun..."

"... barang itu tidak dapat dihasilkan tanpa buku rahsia yang mengandungi pelbagai resepi rahsia pembuatan barang tersebut."

"buku rahsia?" soal Zul.

"ya tuan Zul."

"adakah semua pemprosesan ini masih dijalankan?" soal Hazel pula.

"ma-maaf bos, saya hanya boleh memberitahu setakat ini sahaja-"

"aku nak kau bagitahu aku sekarang...!"

"ta-tapi b-bos."

"aku bos kau kan sekarang. kenapa aku tak boleh tahu apa yang korang buat?!" kolar baju lelaki yang sudah berusia itu dipegang.

"sabar Zel..." cengkaman dilepaskan.

"aku nak tahu pasal benda ni. bagitahu aku semua yang kau tahu." perintah Hazel.

"puan besar ingin menghasilkan barang tersebut kerana mempunyai nilai tertinggi di pasaran. dan paling diingini oleh pembeli."

"aku nak tengok semua pemprosesan. bawa aku ke sana."

dia masih ragu-ragu tetapi kerana takut dia hanya dapat menurut sahaja. "ya silakan arah sini." satu pintu besi dibuka dan segala barang yang diperlukan dan pekerja yang sedang mengkaji dan membuat abang tersebut sedang sibuk bekerja. segala jenis dadah yang lain juga ada.

UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅Where stories live. Discover now