"rindu wei aku dengan kau!" Zul terus memeluk erat sahabat lamanya itu, Khai.
"aku pun rindu kau juga." pelukan dibalas pelukan.
"aku pula, kau tak rindu eh?" celah Hazel.
Khai melihat ke Hazel. "mestilah rindu kau juga Zel! meh sini peluk dulu." Khai mendepakan tangannya untuk memeluk Hazel.
"eleh." Hazel langsung melompat memeluk Khai. "ark! kau berat lah sekarang Zel!" Hazel menepuk belakang Khai sedikit kasar. "wuishh."
"kau cakap apa tadi huh?" Hazel masih lagi digendong oleh Khai.
"sorry, haha." Khai menurunkan Hazel.
"kau cakap aku berat? kan?" Hazel memandang sinis dengan Khai lalu diikuti dengan tawa mereka bertiga.
"saje je tadi. tapi asal kau ringan eh sekarang? kau makan sikit je ke lepas dah kahwin?" tanya Khai tanpa segan.
"bukan aku memang kurus meh." puji diri sendiri.
"dia ni memang tak kuat makan. nak diet katanya. sampai bila pun aku tak tahu." balas Zul.
"oh."
"eh Khai, asal tetiba lak muncul kat sekolah kita orang?" tanya Zul.
"aku sekolah kat sini lah."
"siyeslah?!" kata keduanya serentak.
"haah. tapi bulan depan semester terakhir korang kan?"
"yee do." sahut Hazel.
"habis tu?"
"aku serentak dengan korang lah keluar nanti." Hazel dan Zul memandangnya dengan hairan.
"kau ingat ni sekolah bapak kau ke keluar masuk sekolah??" tanya Hazel sambil memandang sinis Khai.
"memang lah bukan sekolah bapak aku tapi empunya sekolah ni juga datuk aku. datuk kau Zel oi."
"hmph. ceh. ye lah tu."
"fakta bukan dusta."
"dah dah korang jangan nak berdebat pasal siapa punya sekolah ni."
kringgg!
"dah habis dah waktu rehat. jom masuk kelas." ajak Zul.
"before that, malam ni kita jumpa kat tempat aku, macam mana?" Khai mengangkat bulu kening sebelah dengan senyumannya yang mencurigakan si Hazel dan Zul.
"tempat kau?" tanya Zul untuk kepastian.
"haah. tempat aku."
"hm okay." sahut Hazel tanpa berfikir panjang.
"aku okay juga kalau Hazel okay."
"k jumpa malam ni. cau dulu ar." kata Khai sebelum berbalik pergi.
-
"kita ni tak salah alamat ke Zul?" tanya Hazel yang ragu-ragu masuk ke tempat yang dikatakan oleh Khai.
"kalau tengok kat nama yang Khai send kat whatsapp, inilah tempatnya."
"giler do si Khai. dia bina tempat macam ni untuk apa?" soal Hazel sambil membuka topi keledar di kepalanya lalu mengatur rambutnya sedikit.
"aku pun rasa macam tu juga. jom masuk. Khai dah tunggu kat dalam." ajak Zul.
Mereka pun masuk ke kelab milik Khai, "K Night CLUB". Di dalam kelab tersebut pelbagai manusia. Agak rancak di dalam dengan adanya penari tiang, dj club dan banyak lagi lah.
Keduanya berjalan melalui kerumunan ramak orang di kelab tersebut. dari kejauhan mereka melihat Khai sedang rancak menari bersama seorang perempuan.
"wei Khai!"

YOU ARE READING
UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅
Mystery / Thriller[COMPLETE] ADA kalanya perkara itu memang disengajakan. jika cinta dan dendam disatukan, adakah boleh berjalan seiringan waktu? alangkah baiknya jika dendam dapat dilupakan jika ada cinta. namun, perkara itu sama ada mustahil atau tidak...