"macam mana? mana Clarissa?" soal Zul kepada mereka. tapi yang dijawab hanya kepala digelengkan.
"apa jadi?" soalnya lagi.
"dia terjun dari juram. rasanya tiada peluang untuk dia hidup lagi." jelasnya.
"apa?! sial punya perempuan. memang mati tak tenang lah kau." Zul merengus kasar. marah.
"okay kalau macam tu, kamu balik dulu. korang bawa Hazel ke markas."
"macam mana dengan kau-"
"tak perlu risau, aku ada hal nak buat."
"baik." tubuh Hazel lalu dipapah. dia menyuruh lelaki yang memapahnya itu untuk berhenti sebentar.
"Zul... kau nak... gi mana?..." soal Hazel.
"aku nak siasat sesuatu. kau balik dulu, rehat. nanti aku suruh dorang balut luka kau." Zul lalu berlalu pergi.
"eh Zul..." tapi Zul langsung tidak menoleh. entah apa yang difikirkan nya.
-
Hazel kembali ke rumah banglonya. dia lalu mencari kelibat Aaron. namun, tidak dijumpai.
"arg... mana Aaron ni? cepat betul menghilang. aku tinggal sekejap je." dengan luka pada tubuhnya dia masih nak mencari Aaron di sekeliling banglo mereka. tetap tak jumpa.
tiba-tiba, seseorang menjerkahnya dari belakang.
"oi mak kau pink!" latah Hazel.
orang itu hanya ketawa mengekek. Hazel lalu menoleh, matanya kecik besar kecik besar je memandang Aaron yang hampir tersedak ketawa.
"awak!!!" jerit Hazel geram.
"hahahaha, lama saya tak dengar awak melatah." sisa tawa masih tersisa.
"ha ketawa lah lagi, ketawa sampai mampus!"
"ada ke isteri kata macam tu kat suami." sedih pula dia.
"..." tidak tahu hendak berkata apa lagi. Hazel lalu berjalan masuk semula ke dalam.
"eh awak tunggu lah...!" dia menarik pergelangan tangan Hazel dari belakang untuk menoleh ke arahnya.
"apa...?!" Hazel macam tak mahu layan je karenah dia ni.
tiba-tiba je mata Aaron membulat besar ketika dia melihat bahu Hazel dibalut dan habis diperiksa. membulat besar lagi matanya melihat belakang Hazel yang penuh luka dan balutan.
"ni-ni sapa buat awak macam ni...?!" dia dah mula nak naik angin. dingin je pandangannya pada Hazel.
"tak ada pape lah. saya jatuh je." tipu Hazel. memang tak logik lah.
"awak jangan tipu saya Hazel, siapa buat awak luka macam ni?!" kedua bahu Hazel digenggam erat.
"mana Zul?! saya nak minta Zul jelaskan apa jadi!" sambungnya lagi sambil matanya melilau mencari kelibat Zul.
"eh Zul tak ada lah. saya balik sorang je tadi." jelas Hazel.
"habis tu, kenapa awak tak nak jujur dengan saya siapa yang buat awak macam ni?" wajahnya bertambah marah dan sedih melihat keadaan Hazel.
"lebih baik awak tak payah tahu." Hazel melonjak naik ke tangga lalu mengunci dirinya di dalam bilik.
Aaron yang melihat dia segera pergi lalu cepat-cepat mengikutinya dari belakang. baru sahaja hendak memulas tombol pintu, dia kecewa, pintunya dikunci dari dalam oleh Hazel.
"Hazel... awak okay tak?..." katanya dari luar. risau.
"hm..." itu sahaja jawapan Hazel. kerana tidak mahu mengganggu Hazel, Aaron lalu perlahan berlalu pergi. buku lima digenggam erat.
"sorry Aaron, aku tak nak libatkan kau. lebih baik kau tak tahu apa yang aku buat selama ini. cukuplah kau kenal aku sebagai Hazel yang menjadi isteri kau dan seorang yang biasa, innocent dan perempuan yang pernah satu kelas dengan kau dulu even itu hanya lah samaran. aku tak nak kau terkejut lepas tahu kebenaran. jadi, lebih baik benda ni tak sampai ke telinga kau bahawa aku hanyalah anak seorang mafia yang dididik dan dibesarkan oleh mafia dingin seperti mamaku dan mafia penurut seperti papaku." getus hati Hazel. dia duduk di lantai lalu kepalanya disandarkan pada dinding.
Petang itu...
"asal Zul tak balik-balik lagi? duh risau aku." Hazel ke kiri ke kanan berjalan.
"aku call tak angkat. dia ni buat apa sebenarnya...?" dipandangnya sekilas telefonnya di atas meja.
Aaron kebetulan turun dari tingkat atas melihat Hazel gelisah.
"awak kenapa ni? gelisah semacam."
"awak...! Zul! Zul belum balik lagi!"
"jadi?" boleh pula dia tanya macam tu.
"jadi, saya risau lah...! macam mana kalau apa-apa jadi kat dia?!"
"dia tahu lah balik nanti. mungkin ada hal penting yang hendak diuruskan."
"yeee awak, tapi sekarang ni dia masih tak balik...! telefon tak angkat, faham tak...?!"
"habis tu, awak nak saya buat apa?" dia mengangkat kening sebelah.
"ish bagitahu awak bukan faham pun." dia lalu menuju ke pintu utama.
"lah... nak pergi mana pula tu?" dia mengikuti Hazel ke pintu utama.
"nak cari Zul lah. awak jaga rumah sebentar!" katanya dari kejauhan.
"ai tapi awak kan masih luka...?" kereta yang dipandu Hazel sudah hilang dalam sekelip mata.
"dia nak cari Zul kat mana?" bingung Aaron dibuatnya.
-
"engkau ni buat aku risau tau tak?!" Hazel berkata sambil membersihkan luka pada lengan Zul.
"kenapa kau risau lak? aku tahu jaga diri lah Zel... auch...!" ditekan Hazel lukanya tadi.
"tahu jaga diri eh?...! ni apa, ni apa sampai terluka macam ni, kata tahu jaga diri. nasib baik kepala tu masih ada."
"biasalah kan kalau ada luka macam ni, macam tak biasa pula kau."
"biasa kepala hotak kau...!"
"ni kau cari aku sampai rumah aku ni, Aaron mana? tak ikut sekali dengan kau?"
"kau suruh aku bawa dia dah kenapa? kau nak aku bocor yang kita ni mafia?..! macam tu? tak menggelupur dia nanti kalau tahu. better jangan libatkan dia."
"oh ye tak ye juga."
"k dah selesai." Hazel dah selesai membalut luka Zul pada lengannya.
"eh kau balik dulu lah. nanti risau pula Aaron kalau kau tak balik. dah malam dah ni."
"kau betul-betul okay kan?" tanya lagi untuk kepastian. risau.
"yee aku okay. tak payah risau sangat lah, aku kuat, kau pun tahu juga." sambil tersenyum bangga.
"banyaklah kau punya kuat. gigit tebuan dah nangis." perli Hazel.
"ma-masa tu memang sakit... mana ada aku nangis....?"
"kau nak aku tunjuk bukti. video dan gambar kau nangis masih aku simpan."
"eh kau ni, tak baik lah simpan aib orang..."
"aib kawan aku takpe. nanti boleh lah aku tunjuk kat anak cucu cicit kau Zul." Hazel lalu tertawa.
"Zel... tapi aku harap kau berpeluang untuk tunjuk..."
"asal lak? kau tak nak kahwin ke? ke kau gay?!"
"gay pala hotak kau Zel. aku ni masih straight lagi lah...!"
"ye lah mana tahu." kata Hazel tanpa rasa bersalah.
"habis tu, asal kau tak nak kahwin lak?"
"kan aku dah jawab haritu."
"ye ye aku tahu."
"btw, aku balik dulu lah." katanya lagi.
"hm."
to be continued

YOU ARE READING
UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅
Mystery / Thriller[COMPLETE] ADA kalanya perkara itu memang disengajakan. jika cinta dan dendam disatukan, adakah boleh berjalan seiringan waktu? alangkah baiknya jika dendam dapat dilupakan jika ada cinta. namun, perkara itu sama ada mustahil atau tidak...