chapter 31

8 1 0
                                    

Hazel yang sedang memasak nasi goreng di dapur perasan ada seseorang masuk.

"teruk juga kau tumbuk si Aaron tu." kata Zul yang melangkah masuk sambil menggelengkan kepalanya dan matanya masih pada Aaron.

"ya ampun kau Zul! jangan kau pula aku tumbuk lepas ni." Hazel sedikit terkejut. entah datang dari mana si Zul ni.

"kau jangan." Zul tersenyum sengih.

"btw, kau masak apa tu?" tanya Zul lagi.

"masak nasi goreng lah mangkuk. kau tak nampak ke buat ii tak nampak."

"hm. tanya je pun." Zul lalu duduk di kerusi meja dapur dan menuangkan air kosong ke dalam gelas yang sudah tersedia di atas meja.

"nah makan." Hazel meletakkan sepinggan nasi goreng yang sudah siap dihidang.

"kau biar betul."

"try ah." jelingan tajam diberikan.

"okay aku cuba." sesuap nasi goreng dimasukkan ke dalam mulut. ditelan perlahan dengan wajah cemberut.

"sedap tak aku masak?" tanya Hazel dengan wajah yakin nya itu.

langkah kaki Zul lantas menuju ke sinki. sisa nasi goreng di mulut dibilas dengan air.

"sedap ke tak?" Hazel mengerutkan dahinya.

"terlebih dah ni Zel. kau bagi aku budu masin ke apa."

"aik? tak sedap eh." kebetulan Aaron masuk ke dalam rumah setelah lama duduk di luar.

"Aaron, sini jap." panggil Hazel. Aaron langsung menurut.

Hazel lalu mencedok nasi goreng untuknya.

"cuba rasa nasi goreng ni."

"hm." Aaron masih menahan mata lebam dia sebenarnya.

"better jangan makan Aaron. menyesal kau nanti."

sesudu nasi disuap ke mulut.

"sedap tak aku masak?"

"... sedap." Aaron tersenyum gembira dapat mencicipi masak isteri untuk pertama kalinya walaupun rasanya agak mengerikan.

"kann, habis tu asal Zul tak puji pun."

"ha ye sedap. sedap sangat. Hehe." Zul nak jaga perasaan seorang kawan.

"kalau macam tu, habiskan lah."

"er tak yah lah, aku dah kenyang, dah makan tadi." Zul menolak dengan sopan.

"Aaron, kau makan aku punya eh. aku gerak dulu. bye~"

"er-" mulut Aaron penuh dengan nasi goreng masakan Hazel. perih nak telan tapi tetap tersenyum.

"dia masukkan garam sekilo ke apa, kalau seumur hidup aku makan masakan bini aku ni, habis lah..." luahan hati yang hanya boleh didengari oleh Aaron, sang suami.

"ha makan makan."

-

"Javis, mana dokumen yang aku minta semalam?" mata Hazel tak lepas dari laptop di depannya. air kopi diteguk.

"ni cik Hazel." Javis datang membawa dokumen yang diminta.

"semua maklumat ada dalam ni?"

"ya semuanya. ada apa ii lagi ke cik Hazel."

"ada."

"ye?"

"mama aku ada datang tak ke sini?"

"setakat ni tak ada."

UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅Where stories live. Discover now