chapter 26

9 2 0
                                    

"tak guna!" fail di atas meja dibaling ke dinding. rasa geram dan marah menyelubungi dirinya.

"ma-maaf b-bos, aku gagal dalam misi kali ni..." Zai tertunduk di lantai. dia tahu memang akan kena marah.

"bagitahu aku apa yang jadi!" tengkingnya lagi.

"ba-baik bos, semalam seseorang terbunuh. majlis kacau bilau oleh kerana itu. aku tak dapat laksanakan apa yang bos minta sebab semua tetamu dah disuruh balik oleh keluarga Ryan." Ryan tu ayah Hazel.

"jadi, ada orang lain yang sabotaj majlis semalam? sampai apa yang aku rancang pun gagal?!!! tak guna!" dia menggenggam erat buku lima nya.

"ra-rasanya macam tu lah bos."

"sial! kalau nak hancur plan aku boleh hari lain tak?!" dia berbicara seolah-olah berada di depan orang yang membuat rancangannya kali ini gagal.

tiba-tiba muncul di ingatan Zai tentang sesuatu.

"b-bos-"

"apaaa?!"

"semalam... aku nampak seseorang yang mencurigakan. aku tak kenal sebab dia pakai topeng. sebelum kejadian pembunuhan itu dialah yang berada di belakang taman, tempat kejadian berlaku. jadi, a-aku rasa benda ni ada kaitan dengan orang itu."

"kau rasa dia siapa?"

"tak tahu bos..."

"bodoh! asal kau tak intip dia semalam?!"

"a-aku-"

"dah lah. malas aku nak fikir pasal benda ni. jangan risau, kalau bukan hari ini, hari lain pun masih ada."

"kau boleh pergi keluar sekarang!"

Zai pun segera berlalu keluar dari ruangan itu.

Dia sempat mengeluh di luar ruangan.

"apalah nasib aku, 10 tahun aku bekerja dengan dia. tapi dia still tak percayakan aku. teruk sangat ke aku ni?"

-

Kereta Zul sudah terpacak di depan banglo milik Hazel dan Aaron. Zul segera keluar dari kereta. kemudian teringat Hazel masih di dalam kereta.

"arh nanti lah aku bawa kau masuk." Zul masuk ke dalam, Hazel ditinggalkan di dalam kereta miliknya.

Dia mengetuk pintu berkali-kali, namun tidak dijawab.

"Aaron! Aaron! ini aku Zul!" teriaknya dari luar. tapi tiada sahutan dari dalam. tanpa berfikir panjang dia terus menerjah masuk ke dalam rumah tersebut.

Zul mencari seluruh bilik rumah itu tapi tetap tidak menjumpai Aaron. Dia juga memanggil nama Aaron berkali-kali.

"Aaron!"

satu bilik sahaja yang tinggal dan masih belum dibuka. dia berjalan perlahan menuju ke pintu tersebut. tombol pintu diputar perlahan menggunakan jari kanan nya dan jari kiri memegang sepucuk pistol. mana tahu ada orang lain.

klak, pintu dibuka.

"Aaron? kau kat mana?" kemudian dia menoleh ke sisi, Aaron sedang meronta-ronta melepaskan diri kerana dirinya diikat tangan dan kaki, mulutnya diikat menggunakan kain.

"Aaron!" Zul lalu cepat-cepat membuka ikatan pada Aaron.

"kau okay tak?"

"kau nampak aku okay tak?!"

"oh, apahal kau boleh terikat sampai macam ni?"

"mana aku tahu!"

"aik? tak tahu?"

UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅Where stories live. Discover now