DENGAN langkah longlai kakinya melangkah masuk ke dalam rumahnya. Suasana rumah yang gelap gelita bagai tidak berpenghuni itu diperhati dengan rasa sangsi.
“Leeya keluar tak beritahu aku ke? Eh, tak mungkin! Kereta Proton X50 dia tu ada aje dekat garaj. Tak akan dia keluar tak memandu pula malam-malam macam ni.” Iskandar bermonolog sendiri.
Lantas kakinya mengatur langkah mendaki anak tangga. Walaupun keletihan namun tetap dia gagahi. Kalau dulu jika dia terlalu banyak perlu disiasat dan kerja yang harus dia buat sehingga lewat memang taklah dia nak pulang ke rumah. Tetapi, semenjak ada Aleeya tidak mungkin dia membiarkan Aleeya sendirian di rumah. Tak sampai hati pula.
Bilik tidur dikuak perlahan, seraya matanya meliar mencari kelibat Aleeya. Namun, bilik itu jelas tidak berpenghuni dengan cadar katil yang masih kemas tanpa disentuh.
‘Mana pula budak ni?’ Iskandar sudah tidak senang apabila tidak melihat kelibat Aleeya selewat itu.
Telefon pintar disaku terus raih sebelum nombor telefon isterinya didail.Bunyi getaran dari telefon pintar membuatkan mata Iskandar melingas mencari punca bunyi. Matanya terhenti di atas meja solek. Lantas kakinya mengatur langkah mendekati. Telefon pintar yang masih bernyala dengan notifikasi misscalled di screen saver itu diamati.
“Telefon ada. Orang tak ada.” Iskandar mengomel perlahan. Hatinya mula tidak enak. Ada sesuatu yang buruk berlaku pada Aleeya ke?
Iskandar terus melangkah keluar bilik. Namun, langkahnya mahu menuruni tangga terus mati apabila ada cahaya dari bilik kerjanya. Kakinya yang tadi mahu menuruni tangga terus bertukar arah dan memusing tombol pintu bilik kerja.
Susuk tubuh Aleeya dari belakang membuatkan Iskandar melepaskan nafas hela. “Ya Allah budak ini!” Kepala diurut perlahan.
‘Punyalah aku risau. Dia elok main game dekat komputer tu. Patutlah beria nak pasang komputer dia hari tu.’
“Noob argh dia tu! Siapa punya tim tu Zac?” Aleeya berteriak kuat. Langsung tidak menyedari kewujudan Iskandar yang berpeluk tubuh seraya bersandar di birai pintu dan memerhatikannnya dari belakang.
Melihat Aleeya yang ligat menekan-nekan papan keyboard dan tertikus dengan pantas membuatkan Iskandar tersenyum sedikit. Tidak sangka Aleeya main PUBG macam ni. Tidak pernah terlintas dari fikirannya yang Aleeya seorang yang suka dengan permainan online macam ini. Alangkah dia pun tidak main game. Masa budak-budak sekolah adalah.
“Jangan risau. Sandwich aje tu.” Ligat Aleeya menembak targetnya sebelum musuh jatuh.
Terus jari dipetik. “See! Sandwich.” Aleeya berkata bangga.
Iskandar tercengang sendiri. Ada dua yang mengejutkan dia. Pertama melihat kelakuan Aleeya ketika bermain game. Langsung bukan wanita yang dia kenali selama ini. Kedua melihat gaya Aleeya mengalahkan lawannya. Nampak sangat Aleeya adalah pro player.
YOU ARE READING
Hati Untuk dia
RomanceAleeya Arissya gadis biasa yang bekerja sendiri. Tidak pandai bersosial jadi teman lelaki juga dia tidak punya. Dia hanya fokus dengan kerjayanya yang mengusaha kafe dengan titik peluhnya. Hazzar Iskandar lelaki bekerja di bidang pasukan beruniform...