Bab 17

100 3 3
                                    

TANPA sempat memarkirkan kereta di dalam kotak parkir terus kereta diberhentikan di ruangan tepi bahagian ruangan kecemasan sebelum brek tangan ditarik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANPA sempat memarkirkan kereta di dalam kotak parkir terus kereta diberhentikan di ruangan tepi bahagian ruangan kecemasan sebelum brek tangan ditarik. Terus kaki berlari masuk ke bahagian kecemasan di mana zon kuning di mana Aleeya tadi ditempatkan.

Langsir berwarna coklat itu ditarik. Melihat katil di mana Aleeya ditempatkan terus jantungnya berdegup pantas. Matanya terus meliar di seluruh arah. Melihat jururawat yang sedang menjalankan tugasnya terus kakinya melangkah mendekati.
“Cik misi, mana pesakit yang tadi duduk di sini tadi?” soal Iskandar tidak tentu arah.

“Puan Aleeya ke maksud encik?” Soal jururawat itu meminta kepastian.

Laju Iskandar mengangguk. “Ya, betul tu. Mana isteri saya pergi?”

“Puan Aleeya sudah meminta discaj tidak lama selepas lima belas minit encik keluar tadi setelah result darah keluar,” terang jururawat itu lagi.

“Ya Allah budak ini!” Iskandar meraup wajahnya. Sudah dia pesan suruh menunggunya sehingga dia datang kembali. Tetapi, masih berdegil mahu pulang sendiri. Jika dia tahu tadi sudah dia hantar balik dulu sebelum pergi melawat tapak penemuan mangsa mati tadi.

“Tak apalah cik, terima kasih.” Iskandar mengucap terima kasih sebelum berlalu keluar. Nasib tadi dia sudah membuat pembayaran sebelum meninggalkan Aleeya sendiri tadi.

Tanpa berlengah terus kakinya melangkah keluar dari ruangan kecemasan dan kembali ke kereta yang tadi diparkir di kawasan tepi ruangan kecemasan.

Laju keretanya memecut menyelusuri jalan raya. Tangannya laju mencari nama Aleeya yang telah disetkan sebagai nombor yang pertama. Terus butang dail hands free di keretanya ditekan di mana bluetooth telah disambungkan.

Bunyi deringan kedengaran dari dalam talian tetapi, taliannya masih tidak berjaya disambungkan.

“Mana Aleeya ni? Dah sampai rumah ke belum?” Iskandar mula resah apabila panggilan gagal disambungkan walaupun beberapa kali percubaan panggilan dibuat.

Risau hatinya apabila tidak tahu bagaimana situasi isterinya itu. Risau sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya dengan keadaannya yang masih lagi belum pulih sepenuhnya. Sudahlah kes zaman sekarang melibatkan wanita berleluasa.

Tidak mahu Aleeya turut menjadi mangsa. Lagi-lagi dia bekerja di bahagian jenayah. Ramai musuh yang tidak suka akannya menjadikan dia atau orang yang terdekat sebagai target walaupun dia sering menyembunyikan dan melindungi identiti dirinya. Sebab ada beberapa kes melibatkan ahli keluarga polis kerana sebuah dendam.

Laju kereta mitsubishi lancer memasuki ke perkarangan rumah, sebelum menarik brek tangan. Tanpa lengah terus pintu rumah dibuka mencari susuk tubuh isterinya.

Melihat sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas sofa terus Iskandar menarik nafas lega sebelum mengucap rasa syukur. Hampir luluh jantungnya apabila dia kembali ke hospital isterinya telah tiada.
Risau dengan keadaan isterinya berjalan sendirian dengan keadaan seperti itu.

Hati Untuk diaWhere stories live. Discover now