BERGEGAS kakinya melangkah ke tapak di mana mayat mangsa ditemui mati. Dalam keadaan gelap kakinya melangkah melintasi pita kuning polis. Lampu suluh di dalam saku terus dikeluarkan.
“Tuan.” Sarjan Syafiq mendekati Iskandar yang baru sahaja tiba.
“Apa status mangsa?” soal Iskandar serius, seraya tangannya menyuluh mayat mangsa sebelum mencangkung.
Matanya ralit melihat keadaan mangsa yang ditemui mati yang jelas mencurigakan. Lagi-lagi tangannya masih dengan menggenggam erat telefon pintarnya.
“Mangsa yang mati ini adalah suspek Dalila yang kita cari yang dipercayai merupakan dalam sindiket yang memanipulasi mangsa-mangsa dari golongan wanita sehingga terpedaya. Punca kematian adalah disebabkan jerutan pada leher mangsa sehingga tulang tengkuk patah. Ada kemungkinan mangsa dan pembunuh dibunuh bergelut terlebih dahulu sebelum mati.”
Iskandar mengangguk mengerti.
Dengan tangan yang sudah disarungkan dengan sarung tangan getah. Mata ralit memerhati leher mangsa yang mempunyai kesan lebam akibat jerutan yang kuat.Melihat Iskandar turut berada di tapak pembunuhan terus Inspektor Fikri selaku unit jenayah berat melangkah mendekati. “Sebelum mangsa mati kemungkinan mangsa sempat bergelut dengan suspek. Lihat sahaja pada tubuh badan mangsa yang terdapat kesan pergelutan dan pertahankan diri akibat diserang,” terang Inspektor Fikri pula.
"Inspektor Fikri, kes pembunuhan di bawah kau kan?” soal Iskandar yang sedia tahu Inspektor Fikri yang sememangnya mengendali kes pembunuhan seperti ini di bawah unitnya.
“Macam itulah. Kau pula?”
“Mangsa yang mati ini dipercayai adalah suspek yang kami cari. Merupakan orang yang terlibat dalam sindiket scammer dan memperdaya ramai wanita sebelum diculik dan dijual ke seberang,” jelas Iskandar panjang lebar.
“No wonder!" Inspektor Fikri mengangguk mengerti dengan penjelasan Iskandar. Pelik juga apabila melihat lelaki itu menyiasat kes pembunuhan seperti ini jika tiada sebab.
Tangan mangsa yang mati itu diangkat, lampu suluh di tangan terus menyuluh ke arah jari jemari mangsa. Lama Iskandar bertindak sedemikian.
“Kemungkinan besar dari celahan kuku mangsa ada DNA suspek.” Iskandar menyatakan pandangannya.
“I think so too. Apa-apa pun kita kena tunggu dari pihak forensik untuk dapatkan laporan bedah siasat sama ada terdapat DNA suspek atau tidak dari celahan kuku mangsa,” fikir Inspektor Fikri sambil melihat para pegawai forensik yang sibuk menjalankan tugas mereka.
“Kau ada apa-apa klu ke mengenai mangsa, Iskandar?” soal Inspektor Fikri yang menoleh ke arah Iskandar yang masih sibuk meneliti keadaan mangsa.
“Kalau nak di kata klu tak juga. Hanya aku sedang siasat kes Red Dragon tentang jenayah siber yang dia lakukan. Buat masa sekarang ini aku dah berjaya menjejaki ketua Red Dragon tu.”
YOU ARE READING
Hati Untuk dia
RomanceAleeya Arissya gadis biasa yang bekerja sendiri. Tidak pandai bersosial jadi teman lelaki juga dia tidak punya. Dia hanya fokus dengan kerjayanya yang mengusaha kafe dengan titik peluhnya. Hazzar Iskandar lelaki bekerja di bidang pasukan beruniform...