Bab 18

67 5 0
                                    

“BAGAIMANA dengan status siasatan kamu dengan organisasi sindiket Red Dragon, Iskandar? Ada apa-apa perkembangan terbaru?” soal ACP Wahab yang selaku Asisten Komisioner Polis kali ini juga turut serta mesyuarat mereka untuk mengetahui status perke...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“BAGAIMANA dengan status siasatan kamu dengan organisasi sindiket Red Dragon, Iskandar? Ada apa-apa perkembangan terbaru?” soal ACP Wahab yang selaku Asisten Komisioner Polis kali ini juga turut serta mesyuarat mereka untuk mengetahui status perkembangan siasatan jabatan jenayah siber yang melibatkan jenayah berat itu.

“Info yang kami dapat dari sumber yang dipercayai ada seorang wanita awal 40an yang bekerja di bawah naungan sindiket Red Dragon adalah merupakan ibu ayam atau dikenali sebagai wanita yang menawarkan kerja pada para wanita dengan memperdaya mangsanya. Namun, belum sempat kami jejaki dan siasat mangsa. Mangsa itu ditemui mati dibunuh. Dipercayai mangsa mati dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di dalam plastik hitam di dalam belukar,” jelas Iskandar.

“Punca kematian wanita itu memang seperti dijangkakan adalah disebabkan jerutan pada leher mangsa sehingga tulang tengkuk patah. Namun, begitu ada faktor lain menjadi punca. Terdapat juga kesan patah pada tulang selangka kiri dan tulang lengan menjadi faktor wanita itu mengalami kecederaan yang serius sebelum mati.” Tambah Iskandar lagi, seraya tangannya menunjukkan ke arah slide menggunakan pointer keadaan mangsa yang mati dibunuh.

“Menurut laporan bedah siasat yang baru kami terima dari jabatan patologi forensik. Ada DNA yang tertinggal pada celahan kuku mangsa. Mangsa yang mati itu sempat bergelut dengan suspek. Dengan mempertahankan dirinya daripada dijerut. Mangsa cuba melawan suspek dan mempertahankan diri dari dijerut dengan tanpa sengaja mencakar tangan suspek semasa kejadian.”

“Ada sesiapa yang boleh dijadikan suspek?” soal ASP Mohd Taib pula.

“Buat masa ini, tiada suspek yang boleh kami buatkan ujian DNA,” ucap Iskandar serba salah apabila siasatannya kembali ke jalan buntu.

“Tetapi, kami kali ini kami telah berjaya menyiasat lokasi kegiatan haram Red Dragon. Bagaimana pun masih belum pasti apa kegiatan haram yang dijalankan di kawasan tersebut. Buat masa ini hanya perjudian haram sahaja yang dapat disimpulkan.”

“Disebabkan kita agak sukar untuk menyiasat melalui data laman web haram, saya selaku ketua yang menyiasat kes Red Dragon ini. Saya sendiri akan turun padang merisik dan menjadi mata-mata mencari kegiatan haram apa yang Red Dragon jalankan di kawasan tersebut sebelum menyelinap masuk sebagai pelanggan mereka. Dengan itu juga saya akan cuba jejaki leader yang dikenali sebagai Red kepada organisasi tersebut untuk memberkas suspek.”

“Untuk pegawai yang lain, saya mahu mereka bersedia di luar kawasan sehingga saya memberi hint pada mereka untuk menerjah masuk kawasan.” Tambah Iskandar.

“Okay good job, Iskandar.” ACP Wahab mengangguk setuju dengan perancangan Iskandar yang telah disusunnya.

“Jika semua sudah sedia, plan yang dirancang Inspektor Iskandar boleh dilaksanakan segera. Saya tak mahu berlengah lagi.”

“Baik Tuan!” Semua menjawab dan menurut arahan ACP Wahab.

“Saya tinggalkan misi kali ini pada Inspektor Iskandar dan di bawah pemantauan ASP Mohd Taib.”

MELIHAT Aleeya yang bersiap lebih awak dari biasa membuatkan Iskandar berkerut pelik. Jam di dinding di kerling baru 6.35 pagi. ‘Aku salah tengok jam ke?’
“Awalnya awak bersiap nak ke kafe? Baru pukul 6.00 pagi,” soal Iskandar pelik.

“Oh.... hari ni saya nak pergi kafe awal, nak siapkan tempahan kek dari pelanggan. Kalau lewat takut tak sempat. Lagi-lagi kalau clash dengan yang lain.”
Wajah Aleeya yang sedang menikmati sarapan pagi diperhati Iskandar. Lama dia berbuat sedemikian.
Aleeya yang baru tersedar dia sedang diperhati terus memandang Iskandar penuh tanda tanya. ‘Make up aku comot ke? Atau ada sos dekat muka aku ni?’ Perlahan tangannya menyentuh di ruang mulutnya. Kut-kut ada yang tercomot.

‘Aik! Tak ada pun.’

“Awak ada apa-apa nak cakap dengan saya ke?” soal Aleeya setelah lama memerhatikan Iskandar yang sejak tadi memandang ke arahnya.

Perlahan Iskandar mengangguk. “Ada.”
“Ada?” Berkerut dahi Aleeya.

“Leeya, mulai hari ni saya ada kerja luar. Jadi untuk jangka masa ini saya tak pulang ke rumah. Saya tak pasti sampai bila. Awak okey kan?” soal Iskandar serba salah. Selama tiga bulan perkahwinan mereka inilah pertama kali dia meninggalkan Aleeya. Selama ini dia tidak pernah tidak pulang. Sesibuk mana pun dia akan pulang walaupun lewat.

“Kalau dah kerja awak saya okey ajelah. Sudah memang tugas awak kepada negara.” Aleeya berkata tenang.

“Kalau awak rasa tak selesa tinggal sendiri saya hantar pergi rumah mama atau ibu. Nak tak?”

Laju Aleeya menggeleng. “Tak apalah, saya okey aje tinggal sendiri. Lagipun lebih selesa nak buat kerja saya,” akui Aleeya. Lagipula dia sememangnya sudah terbiasa tinggal sendiri dan berdikari sejak dari zaman universiti lagi.

Iskandar menghela nafas berat. Berat hati mahu meninggalkan Aleeya keseorangan. Memang Aleeya kata okey. Tapi, masalahnya dia yang tak okey!
“Kalau awak bertukar fikiran nak pergi rumah ibu atau mama pergi aje. Saya izinkan. Tetapi, pastikan... hanya dua rumah itu saja. Bukan rumah orang lain.” Iskandar berkata tegas.

“Baik…” Aleeya mengangguk lagi.

“Kalau awak nak pergi kafe awal pastikan rumah berkunci rapat terlebih dahulu. Kalau boleh jangan keluar rumah waktu masih gelap. Kalau pulang kafe lewat malam pastikan berteman. Jangan sorang-sorang. Sekarang ni banyak kes melibatkan wanita.” Iskandar berpesan lagi.

“Jangan risaulah, saya pandai jaga diri.” Aleeya menggeleng dengan sikap overprotective Iskandar itu kadangkala. Sikapnya itu bagai mahu pergi tidak kembali dia punya pesanan penajanya.

“Saya tahu awak pandai jaga diri. Tetapi, kalau sesuatu buruk nak berlaku tak kira pada waktu dan tempat. Lagi-lagi awak tu di bawah tanggungjawab saya sekarang. Di mana saya harus menjaga dan melindungi awak sebagai seorang suami.”

Mendengar kata-kata Iskandar yang diucapkan membuatkan Aleeya tersenyum seulas.

‘Saya berharap benar yang awak akan sentiasa menjaga dan melindungi saya, Iskandar jika waktu itu telah tiba.’ Aleeya berkata dalam hati.

“Ingat tak pesanan saya ni? Dia senyum-senyum pula.” Iskandar mula tugas membebelnya.
“Ya saya ingat.”

“Jika ada sebarang kecemasan terus hubungi balai di mana tempat saya bertugas. Awak boleh cari saya di mana saya berada walaupun tak dapat hubungi saya.”

“Baik Encik Inspektor. Arahan tuan telah saya terima.” Sempat Aleeya berseloroh sambil mengangkat dabik.
Iskandar tersenyum kecil, lalu menggeleng. Orang punya risau keadaannya ketika ditinggalkan sendirian. Dia boleh tenang dan gembira sahaja. Nampak sangat suka dia tiada di rumah.

“Saya gerak dulu.” Iskandar sudah menghulurkan tangan pada Aleeya. Huluran Iskandar terus disambut sebelum belakang tangan itu dicium.

“Hati-hati, selamat bertugas.” Aleeya berbisik perlahan.

Iskandar tidak menjawab hanya ubun-ubun Aleeya diusap lembut sebelum melangkah pergi.

20102024

Hari yang dijanjikan telah tiba. Kali lepas sis ada kata nak bagi ebook percuma untuk siri lekap story ni kan? Kan? Kan?
This is my last gift for all readers and my last story here.
Semoga kita bertemu kembali😊
Assalamualaikum

Boleh ke ruangan profile sis sementara tawaran masih dibuka
*Sila isi goggle form di ruangan profile

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hati Untuk diaWhere stories live. Discover now