MY PRINCESS 1

116 5 0
                                    

"Irfan? Rysa?" Tegur satu suara dari arah belakang. Irfan dan Rysa menoleh.

Terbuntang mata mereka berdua. Farhan dan Arsyana!

Arsyana dan Rysa berpelukan manakala Farhan dan Irfan hanya bersalaman.

"Korang buat apa dekat sini? Berdua ja?" Tanya Irfan. Dia sehabis baik cuba mengekalkan riak wajah tenang.

"Haah kami berdua je. Kami datang sini sebab nak beli hadiah untuk Darren dan Dalia. Esok birthday diorang kan" balas Farhan.

"Korang pula buat apa dekat sini?" Tanya Arsyana.

"Kami pun datang sini sebab nak beli hadiah untuk anak anak Ace juga" ringkas balasan Rysa. Dia tersenyum manis.

Pasangan dihadapan mereka ini mengangguk.

"Kalau macam tu, tak apa lah. Kami pergi dulu. Nak pergi beli barang kerja aku sikit" pamit Farhan.

"Ha ya lah. Nanti apa apa kita sembang dalam group" Irfan bersalaman sekali lagi dengan Farhan.

"Bye Rysa! Jumpa lagi"

"Bye Arsyana!" Rysa membalas lambaian dari kawan baiknya itu.

Setelah kelibat Farhan dan Arsyana hilang dari pandangan, Rysa kembali memandang Irfan yang turut memandangnya.

"Tak apa ke kalau kita terus menerus rahsiakan hal ni dari diorang? Diorang tak syak apa apa ke?" Tanya Rysa. Irfan mengangkat bahu.

"Tak apa kot. Saya tak rasa diorang ada syak apa apa pasal kita" balasnya tenang.

Rysa mengulingkan bebola matanya ke atas sebelum menggelengkan kepala. Yakinnya.

"Suka hati awak lah, Irfan. Saya nak pergi shopping dulu, bye!" Dia berjalan menuju ke arah satu kedai berjenama iaitu Chanel meninggalkan Irfan yang terpinga pinga dibelakang.

Kelam kabut jejaka itu mahu mengejar Rysa. "Eh Rysa! Tunggu lah. Jangan tinggal saya"

"Welk! Tak kisah" Rysa berpaling dan menjelirkan lidahnya sebelum dia berlari. Irfan mengejar langkah gadis itu.

Mereka berdua berkejaran di dalam shopping mall itu. Dah macam bapak diorang punya mall je.

**

Farhan dan Arsyana tiba dihadapan rumah Khalish. Farhan mengetuk pintu.

"Assalamualaikum. Khalish oh Khalish"

"Waalaikumussalam" Khalish muncul bersama Keysha yang tertidur di dalam dukungan.

"Masuk lah, Viera ada dekat dapur tu" mereka berdua masuk ke dalam rumah. Arsyana melangkah ke arah dapur untuk berjumpa dengan Viera.

Farhan dan Khalish pula berbual di ruang tamu.

"Weh, tadi kan aku terserempak dengan Irfan dan Rysa. Diorang nampak gembira la" beritahu Farhan.

"Kau nampak diorang berdua dekat mana?" Soal Khalish. Keysha di baringkan di atas sofa.

"Dekat mall tadi. Masa tu aku dengan Arsyana baru je lepas habis beli hadiah untuk Darren dan Dalia" jelas jejaka itu lagi.

"Irfan dengan Rysa...ada sembunyikan apa apa dari kita ke?"

"Aku pun ada rasa macm tu juga. Tapi takkan la yang diorang tu suami isteri?" Teka Farhan.

"Aishhh, tak ada la sampai macam tu sekali. Lagipun, Irfan tak pernah cakap pun yang dia dah kahwin ke bertunang ke ada girlfriend ke. Diorang kawan je tu" bantah Khalish.

"Kalau sekadar kawan tu tak apa la. Tapi kalau lebih dari kawan, aku sokong 100% sebab dua dua nampak sepadan. Macam cincin dengan permata" puji Farhan.

"Aku pun sokong juga tapi takpe, kita tunggu je la time birthday anak anak Ace tu nanti. Masa tu kita tanya dia" Farhan mengangguk mengiyakan.

"Bagus juga idea kau tu eh"

"Tengok orang lah" Kata Khalish bangga. Farhan membalikkan bebola matanya ke atas. Menyampah aku dengan dia ni.

"Wuekk wuekk.." Keysha menangis. Khalish menunduk ke arah anaknya. Terdiam Keysha saat melihat wajah kacak ayahnya.

"Kau tak bawa Faiq sekali ke?" Farhan geleng.

"Tak, aku tinggal dekat mummy. Sebab mummy nak main dengan Faiq katanya" Khalish angguk.

"Faham" balas Khalish ringkas.

To be continue..

Hi, semua. Ini adalah story ketiga saya. Tolong baca LOVE SERIES 1 dan LOVE SERIES 2 terlebih dahulu kalau tak nak confuse sebab ni sambungan dari dua cerita tu dan juga merupakan last story untuk LOVE SERIES. Itu saja yang saya nak cakap, bye.

Happy reading!

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now