MY PRINCESS 19

14 4 0
                                    

"Eykal..." panggil Nia lembut. Eykal mengalihkan pandangan ke tepi. Tangannya berhenti dari bergerak di atas dokumen penting miliknya.

"Yes honey?" Balasnya.

"Sampai bila kita kena jadi suami isteri? You know...kita tak suka each other tapi kita terpaksa untuk berkahwin." Dia memandang ke arah Eykal yang sudah menyandarkan badannya ke kerusi kerjanya sebelum dia menarik nafas dalam.

"Sampai bila kita kena hidup sebagai suami isteri tanpa cinta? Atau lebih tepat sebagai suami isteri atas kertas je" kata Nia lagi. Eykal tersenyum kecil sebelum dia bangun dan berjalan mendekati Nia.

Dia melabuhkan punggung di sebelah Nia di atas sofa. Matanya tunak memandang wajah polos gadis itu.

"Siapa kata kita ni suami isteri tanpa cinta? Siapa kata kita suami isteri atas kertas je?" Nia mendongak sedikit. Dahinya berkerut tidak faham.

"Maksud kau?" Soal Nia hairan. Apa yang dimaksudkan oleh Eykal ni sebenarnya?

Eykal menarik lembut tangan isterinya sebelum satu ciuman dihadiahkan di situ.

"Aku, suka kau. Aku mula jatuh cinta pada kau masa kau jadi isteri aku. Aku tak tau kenapa tapi hanya kau seorang je yang boleh buat jantung aku berdegup kencang macam ni" dia meletakkan tangan Nia di dadanya. Membiarkan gadis itu merasa degupan jantungnya tika ini.

"Kau..suka aku?" Eykal angguk kepala yakin. Nia diam.

"Aku.." Nia tidak dapat menyambung ayatnya itu. Dia tidak tahu bagaimana reaksi yang perlu dia tunjukkan sekarang.

"Nevermind. Aku tahu kau tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Maaf sebab bagi kau terkejut dengan luahan aku ni" kata Eykal.

"Bagi aku masa boleh?" Tanya Nia. Eykal angguk kepala berkali kali.

"Boleh, boleh sangat. Ambil je berapa lama yang kau nak. Aku akan tunggu kau buka hati untuk aku" Nia memeluk tubuh suaminya.

"Terima kasih" ujar Nia.

"Sama sama" Eykal membalas pelukan itu.

"Tapi nanti aku nak ada anak 3 orang tau. 2 lelaki satu perempuan. Lepas tu-"

"TUAN MUDA EYKAL AIRIEL BIN TUAN ZAFRIEL!" marah Nia dengan lantangnya.

"Apa? Betul la. Anak perempuan kita nanti boleh main masak masak dengan kau. Anak lelaki kita pula boleh main bola dengan aku."

Eykal berdesis sakit saat Nia mencubit perutnya. Nia bangun dan menuju ke arah pintu bilik kerja Eykal. Sempat dia menjeling tajam ke arah suaminya itu.

"Honey, nak pergi mana tu?" Tanya Eykal dengan nada yang ditinggikan supaya Nia mendengar.

"Turun bawah. Lapar nak makan nasi!" Laung Nia dari bawah tidak kurang lantangnya.

Eykal menggelengkan kepalanya sebelum dia mengambil telefonnya yang berada di atas meja lalu dia menekan nombor telefon Ace.

Telefon dilekapkan ditelinga.

"Ace"

"Hmm"

"Macam mana? Dah dapat apa yang kita nak tu?" Tanya Eykal. Suaranya mula berubah dingin.

"Dah. Memang betul mak tiri Irfan ada kena mengena dengan ayah Rysa dan Humaira." Balas Ace sambil melihat ke arah skrin laptopnya.

"Apa patut kita buat?"

"Tak perlu buat apa apa lagi. Kalau diaorang dah melampau sangat baru kita masuk campur urusan Irfan"

Eykal bergumam perlahan. Dia mengerling sedikit ke arah pintu bilik. Takut tiba tiba saja Nia berada di sini.

"Irfan dengan Rysa macam mana?"

"Macam tu la. Semalam Riel bagitahu aku yang ayah Rysa nak ambil Rysa semula" Eykal mengerutkan dahinya. Ambil Rysa semula?

"Ambil Rysa semula? Bukan ke dia tak mengaku yang Rysa tu anak dia?" Tanya Eykal hairan.

"Entah la aku pun pelik juga tapi bila aku baca balik maklumat tadi baru aku faham. Rakan bersubahat rupanya" Eykal hanya mengangguk faham walaupun Ace tidak melihat anggukan darinya.

"Abang..." suara Drea kedengaran. Tika itu, suara tangisan Cahaya turut didengari.

"Ye Precious" sahut Ace.

"Ace, kau pergi la layan anak bini kau dulu. Nanti kita call lagi"

"Ha ok. Apa apa kau call je aku"

"Ok. Aku letak dulu" pamit Eykal. Dia termenung seketika sebelum dia bangun dan turun ke bawah.

To be continue..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now