SPECIAL CHAPTER

40 3 0
                                    

Selepas saja selesai majlis pengembumian Rysa, Irfan dan yang terus bergegas ke markas The Devil.

KLAK

Irfan masuk ke dalam satu bilik yang paling hujung di tingkat 3 markas milik mereka ini. Riak wajah beku dipasang.

Anak anak buah The Devil yang melihat hanya mampu meneguk air liur kesat. Jarang jarang Irfan jadi beku.

"Irfan! I minta maaf. Tolong lepaskan I." Kata Humaira dengan wajah yang basah dengan air mata.

Puan Zarina dan Tuan Ryzad turut mengangkat kepalanya memandang ke arah Irfan.

"Irfan! Ayah minta maaf. Jangan buat ayah macam ni." Pinta Tuan Ryzad.

"Maafkan mak, Irfan. Tolong lepaskan mak" ujar Puan Zarina namun Irfan sama sekali tidak menghiraukan mereka bertiga.

Dia memandang ke arah Humaira, Tuan Ryzad dan Puan Zarina yang diikat di pergelangan tangan dan kaki. Wajah dingin Ace dan Zariel yang elok duduk di atas sofa pula dipandang.

"Kau nak kami buat apa dengan diorang bertiga ni?" Tanya Zariel. Irfan bersandar di dinding.

"Buat saja apa yang korang nak. Aku tak akan halang" balas Irfan. Zariel bangun dan mendekati Tuan Ryzad. Ditangannya terdapat sebilah pisau yang selalu dia guna sewaktu ingin membunuh sesiapa.

Dia duduk bercangkung dihadapan lelaki tua itu. Perlahan lahan pisau tadi dilarikan di wajah Tuan Ryzad sebelum turun ke badannya pula.

"Hari tu, kau dah buang Rysa. Lepas tu kau ada datang untuk ambil dia semula semata mata nak jual dia. Bapa jenis apa kau ni hah?" Tanya Zariel. Tuan Ryzad mula gelabah.

"A-aku" tersekat sekat suara lelaki itu.

"Dah, aku malas nak dengar suara kau lagi. Buang masa aku je" Zariel terus menikam peha kanan Tuan Ryzad. Menjerit kuat lelaki itu.

Rambut Tuan Ryzad ditarik kuat sebelum dihentak ke dinding. Pistol yang berada di pinggang dicapai sebelum dua tembakan dilepaskan pada bahu dan dada ayah Rysa itu.

BANG

BANG

Irfan hanya diam sambil memeluk tubuh memandang ke arah mayat ayah mertuanya. Dia bangun dan menepuk bahu Ace.

Ace berpaling ke arahnya. Kening diangkat sebagai balasan.

"Aku ada benda penting nak buat. Kau dengan Zariel buat la apa yang korang berdua nak buat dengan bekas mak tiri aku dan Humaira" kata Irfan. Perkataan 'bekas' ditekan.

Ace mengangguk faham. Irfan melirik sekilas ke arah dua wanita yang masih terikat itu sebelum dia keluar dari bilik itu.

Irfan menaiki motosikal berkuasa tinggi miliknya dan menuju ke rumah Humaira.

"Tuan Muda" sapa anak buah Irfan. Irfan mengangguk sebelum dia memandang ke arah rumah 2 tingkat itu.

Dia mengeluarkan sekotak mancis   sebelum  sebatang mancis dikeluarkan. Mancis itu dinyalakan lalu dibaling ke arah rumah Humaira.

Dia tersenyum sinis saat melihat rumah itu mula terbakar perlahan lahan dengan api yang marak.

**

Irfan yang baru saja selesai membersihkan diri itu terkedu saat melihat gelang tangan yang berada di atas meja kecil di sebelah katil.

Dia mencapai gelang itu. Gelang yang pernah dia hadiahkan pada Rysa sewaktu hari jadi wanita itu.

Matanya memandang pula ke arah anak lelakinya yang lena tidur di atas katil. Kaki berjalan mendekati si kecil.

"Kalau lelaki, saya nak letak nama anak kita Irsyad Haris. Nanti bila dia dah besar mesti hensem macam awak"

"Ayah janji, ayah akan jaga anak ayah dengan baik. Irsyad Haris, anak kesayangan ayah dan ibu" kata Irfan. Dia mencium lama dahi anaknya.

Tangan naik mengusap satu bingkai gambar Rysa yang ada di atas meja kecil itu.

"Terima kasih atas semua kenangan kita bersama. Dalam hati saya hanya ada awak, Maya Rysa. Tenanglah disana, tunggu kami berdua ya?"

TAMAT

Terima kasih sebab sudi baca cerita ni dari awal sampai habis. Kalau nak lagi feel, boleh buka lagu Saat Bahagia by Ippo Hafiz.

Kalau ada apa apa masalah, boleh message saya. Kalau ada yang nak join group telegram saya pun boleh dm tepi.

Say goodbye to Rysa Zachary. Boleh baca next story pula. Itu saja, bye.

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now