MY PRINCESS 11

9 4 0
                                    

Sekarang ini, Nia dan Eykal berada di mall untuk membeli baju, cincin dan macam macam lagi barangan  untuk perkahwinan mereka.

"Kau terima aku mesti sebab ibu dan ayah kau yang paksa kan?" Kata Nia. Dia menoleh sedikit ke arah Eykal yang berada di belakangnya.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Tanya Eykal semula.

"Ye la, mak ayah aku kan kena bunuh dengan musuh keluarga kau. Mesti la ibu dan ayah kau suruh kau kahwin dengan aku sebab rasa bersalah" sayu saja suara gadis itu.

"Lagipun, aku dah tak ada siapa siapa lagi dah" sambung Nia.

Eykal menundukkan badannya sedikit. Bibirnya berada betul betul di sebelah telinga gadis itu.

"Listen here, honey bee. First, Aku terima kau atas sebab aku sendiri yang nak. Bukannya sebab ibu dan ayah yang paksa. Second, aku ada aku. Aku akan cuba buka hati aku untuk kau" bisik lelaki itu perlahan.

Tubuh Nia membeku. Dia mahu membalas tetapi suaranya tidak mahu keluar.

Senyuman sinis diukir saat melihat ke arah gadis itu. Tak menunggu lama, dia terus menarik tangan Nia yang berlapik hoodie kelabunya itu masuk ke dalam satu butik pakaian pengantin.

Nia yang baru saja tersedar itu cuba menarik kembali tangannya namun usaha dia hanya sia sia kerana Eykal menggengam erat tangan itu.

KLAK

Puan Nadine yang sedang berbual dengan pekerjanya terus memandang ke arah pintu butiknya.

Satu senyuman terukir di bibirnya tatkala melihat Eykal dan Nia masuk ke dalam butiknya. Dia mendekati pasangan itu.

"El, Nia" tegur Puan Nadine. Nia bersalaman dengan ibu kepada Haikal itu.

"Eykal" sapa satu lagi suara. Eykal tersenyum sedikit ke arah sumber suara itu. Dia bersalaman dengan Ace dan Qashaf.

"Korang datang sini untuk apa?" Soal Eykal.

"Aku datang sini sebab nak belikan apa apa baju atau tudung dekat sini untuk Hazel" balas Ace.

"Kau pula, Qash?"

"Aku saja ja jalan jalan dekat sini lepastu terjumpa Ace. Tu yang aku join sekali dekat sini" Eykal angguk kepala tanda faham.

"Drea macam mana? Dia muntah muntah lagi ke?" Tanya Nia. Ace memandang gadis itu.

Dia geleng. "Tak. Sejak kandungan dia dah masuk 6 bulan, dah tak muntah muntah cuma mengidam je."

"Habis la kau Ace, tak menang tangan la nak jaga lima lima orang anak kau" usik Eykal.

Ace tersenyum sinis. "At least aku dah ada pengalaman. Nanti kalau kau dah ada anak sendiri, kita tengok. Siapa yang boleh jaga anak dengan baik"

Nia menunduk manakala Eykal hanya diam.

'Anak anak?' Kata Nia di dalam hati. Dia pun tidak pasti sehingga bila perkahwinan mereka bertahan.

"Eh dah la, aku kena balik ni. Risau pula tinggal bini aku lama lama dekat rumah tu" kata Ace saat melihat jam ditangan kirinya.

"Terpaling ada bini la ni. Menyampah pula aku tengok leader kita ni" kata Qashaf. Eykal tertawa kecil. Dah biasa.

"Aku pun nak balik juga la. Nak pergi cafe Kayden" pamit Qashaf.

"Ha ye la. Jaga diri masing masing ye. Ace, jaga Drea baik baik. Apa apa bagitahu mummy Ace atau sesiapa je" pesan Puan Nadine.

"Baik aunty"

To be continue..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now