MY PRINCESS 8

12 4 0
                                    

Puan Zarina menelefon seseorang. Dia melihat ke arah dapur terlebih dahulu, takut takut ada sesiapa mendengar percakapannya.

"Kau nak apa?" Satu suara lelaki tua kedengaran.

"Aku nak kau tolong aku." Kata Puan Zarina.

"Penting sangat ke?" Soal lelaki tua itu seperti tidak peduli.

"Penting, sebab dia la, anak tiri aku tak dengar cakap aku supaya kahwin dengan perempuan pilihan aku. Lepas tu semua orang asyik percayakan perempuan tu je"

Lelaki tua itu tersenyum sinis. Dia tahu perempuan mana yang Puan Zarina ini maksudkan.

"Kau nak aku buat apa dekat perempuan yang kau benci sangat tu?" Soalnya.

"Aku nak kau perhatikan rutin harian dia. Apa apa bagitahu aku. Tau la aku nak buat dengan betina tu" Puan Zarina tersenyum sinis.

"Ok" dia memandang ke arah cermin di hadapannya.

"Sikit lagi dan aku akan pastikan kau merana. Jangan harap kau boleh hidup bahagia sampai bila bila"

**

"Happy anniversary Khalish dan Viera. Semoga berbahagia selalu la ye. Kami sentiasa ada dekat sini kalau korang perlukan apa apa bantuan" ucap Farhan. Dia memberikan satu beg kertas kepada Khalish.

Khalish tersenyum dan menyambut. "Terima kasih Han"

"Sama sama"

"Arsyana mana?" Tanya Viera tatkala tidak melihat bayangan Arsyana di dalam cafe ini. Yang ada hanyalah mereka berdua, Farhan, Qashaf dan Eykal.

Mata Farhan beralih pula kepada Viera. "Arsyana tak ikut, dia jaga Faiq dekat rumah"

Viera angguk kepala tanda faham.

"Nanti kalau ada masa, datanglah rumah. Boleh borak lama lama" pelawa Farhan. Khalish mengiyakan.

"Insyaallah, kalau tak ada apa apa halangan kami datang" balas Khalish ringkas sambil tersenyum.

"Oh ya, korang berdua bila nak kahwin?" Eykal dan Qashaf mencebik. Asyik asyik soalan ni je yang keluar. Bosan.

"Hari tu Ace, ni kau pula. Korang ni memang suka tanya bila kami nak kahwin eh? Cuba lah tanya soalan lain" kata Qashaf. Eykal mengangguk setuju.

"Saja je aku tanya. Mana la tau dah ada pilihan hati ke apa" kata kata dari Khalish itu membuatkan Eykal mengeluh berat.

"Kau ni dah kenapa?" Tetiba je mengeluh.

"Mak aku, nak aku kahwin dengan Nia" Qashaf memetik jarinya.

"Ha! Bagus la tu. Aku setuju, kahwin je la. Lagipun Nia tu baik, cuma kasar sikit je" Qashaf menyatakan pendapatnya.

"Yup aku pun rasa benda yang sama tentang Nia tapi asal kau nampak macam tak happy je ni?" Tanya Viera.

"Sebab..musuh aku dah bunuh ibu dia. Disebabkan ibu aku rasa bersalah, dia suruh aku kahwin dengan Nia" jelas Eykal. Yang lain terkejut. Khalish menutup mulutnya.

"Apa maksud kau?" Soal Qashaf inginkan kepastian. Dia tak salah dengar kan tadi?

"Musuh aku bunuh ayah dia sebab musuh aku ingat Nia tu isteri aku" terang Eykal dengan lebih jelas.

"Dah tu, kahwin je la" celah Kayden. Khalish dan Qashaf menjerit kecil.

"Weh. Lain kali bagi la salam dulu" Eykal mencebik. Kayden tertawa kecil. Amir di sebelahnya turut tertawa.

"Ha, kau kahwin je la dengan Nia tu. Aku tak nampak apa apa masalah pun dekat dia"

Eykal termenung seketika sambil memikirkan tentang kata kata Kayden.

Bahunya terasa seperti disentuh. Dia menoleh ke kanan. Kayden memeluk bahunya.

"Kau kahwin je dengan dia. Tapi ingat, jangan naik tangan dekat dia. Jaga dia baik baik walaupun korang hanya berkahwin kerana terpaksa" pesan Kayden sebelum dia bangun dan masuk ke dalam dapur cafenya semula.

Amir, Khalish, Viera dan Qashaf turut beredar dari situ. Meninggalkan Eykal untuk berfikir tanpa gangguan sesiapa.

To be continue..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now