MY PRINCESS 21

12 4 0
                                    

Amir tersenyum sinis. Dia meletakkan telefon pintarnya ke atas meja lalu dia memandang ke arah keenam enam ahli The Devil termasuk Khalish yang berada di dalam bilik rahsia itu.

Irfan dan Farhan berada di rumah menemani Rysa dan Arsyana manakala Ace pula sudah balik ke Spain bersama keluarga kecilnya beberapa minggu lepas.

"Macam mana?" Tanya Khalish. Amir mengambil tempat di sebelah Eykal.

"Dia memang ada plan sesuatu untuk hancurkan rumah tangga Rysa dan Irfan." Kata Amir.

"Plan apa?" Tanya Haikal. Amir mengangkat bahunya.

"Kau rasa kita patut bagitahu perkara ni pada Irfan tak?" Soal Kayden pula.

"Aku rasa kena sebab ini melibatkan keselamatan dia dan Rysa. Kauorang pun tau kan yang Humaira tu ada masalah mental" Qashaf menyatakan pendapatnya.

Selepas saja Ace mencari maklumat tentang Humaira, mereka mendapati bahawa gadis itu sebenarnya mempunyai masalah mental.

"Betul juga tu" kata Haikal. Amir menelefon Irfan. Yang lain diam.

"Hello?"

"Assalamualaikum." Sedas balasan diberikan oleh Irfan. Amir memegang dadanya. Auchh sentap kita.

"Waalaikumussalam. Irfan" balas Amir.

"Ha, nak apa call aku ni?" Amir menjulingkan bebola matanya ke atas. Ni mesti tengah bermanja kasih dengan Rysa ni.

"Aku kacau kau dengan Rysa ke?" Tanya Amir menyampah.

"Kau rasa?" Soalan dibalas soalan. Ringan saja tangan Amir rasa nak menampar orang. Nasib baiklah Irfan tak ada dekat depan mata dia sekarang.

"Aku nak cakap pasal keselamatan kau dengan Rysa" kata Amir.

Wajah Irfan berubah ketat. Dia bangun dari baringnya. Rysa hanya melihat sisi wajah ketat suaminya.

"Kenapa?" Amir menelan air liur yang terasa kesat.

Jarang jarang Irfan yang tenang ni nak jadi dingin.

"Zarina" satu baris nama yang membuatkan Irfan melepaskan nafas panjang.

"Dia buat hal lagi?" Amir bergumam.

"Dia ada plan something. Kitaorang tak pasti plan apa tapi yang pastinya plan tu akan menganggu rumah tangga kau" celah Qashaf.

"Teruskan cari maklumat pasal plan dia. Apa apa bagitahu aku" kata Irfan.

"Baik" balas mereka serentak. Amir meletakkan panggilan.

**

Rysa memandang ke arah suaminya.

"Kenapa tu? Ada masalah ke?" Soal Rysa. Irfan menggelengkan kepalanya seraya tersenyum.

"Tak ada apa apa lah. Tahu lah, saya nak buat apa" balas Irfan lembut. Dia baring di atas sofa. Kepalanya diletakkan di atas riba isterinya.

Rysa mengurut lembut kepala suaminya. Irfan menutup mata. Tangan kanannya menarik tangan kiri Rysa lalu dibawa ke bibir dan satu ciuman dihadiahkan di situ.

"Saya sayang awak" luah Irfan. Rysa tersenyum. Hampir setiap hari ayat itu meniti dari bibir Irfan tanpa jemu.

"Saya sayang awak juga." Balas Rysa.

"Irfan" panggil wanita itu. Irfan bergumam perlahan tanpa membuka matanya.

"Kalau suatu hari nanti saya pergi tinggalkan awak, awak akan rindukan saya tak?" Tanya Rysa secara tiba tiba. Irfan membuka matanya semula.

Dia bangun dan memandang tepat ke arah dalam anak mata Rysa.

"Kenapa awak tanya macam tu? Awak nak tinggalkan saya ke? Awak dah tak sayang saya ke?" Soal Irfan bertubi tubi. Air mata bertakung di kelopak matanya. Rysa menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Bukan macam tu. Saya cuma tanya saja. Saya tak akan tinggalkan awak, awak kan suami saya." Kata Rysa. Irfan mencebikkan bibirnya sebelum dia bangun dan berjalan naik ke atas.

"Dah la tipu"

"Eh eh Irfan!" Kelam kabut Rysa berlari mengejar langkah jejaka itu.

To be continue..

Jangan lupa vote dan comment. Tinggal lagi beberapa chapter je, lepas tu say goodbye to Rysa Zachary..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now