MY PRINCESS 18

12 3 0
                                    

Humaira tersenyum sinis sambil menatap gambar perkahwinan Irfan dan Rysa.

"Akhirnya, kau akan jadi milik aku satu hari nanti. HAHAHAHHA" Dia tergelak sinis. Dia dengar semua perbualan Irfan dan Rysa semasa di hospital tadi.

"Tak sabar nak tengok kau menangis merayu dekat dia waktu dia mati nanti" katanya lagi. Dia membakar gambar perkahwinan itu.

Dia mengusap satu pisau yang berada di atas mejanya. Dirinya tak ubah seperti seorang yang psiko.

"Tunggu ye, aku akan bunuh dia depan mata kau nanti. Lepas tu kita boleh kahwin. Pergi jalan sama sama, makan sama sama. Macam macam la" katanya sendirian.

"Dan kau, aku akan pastikan kau dan anak kau mampus. Aku tak akan biarkan kau hidup tenang di sisi Irfan. Sebab hanya aku saja yang layak berada di sisi dia." Pisau tadi dibaling tepat pada gambar Rysa.

Bunuh Rysa. Kahwin dengan Irfan. Itu adalah rancangannya. Dia terlalu obses dengan Irfan sehingga sanggup membunuh sesiapa pun yang menganggu mereka berdua.

"Kau akan bahagia dengan aku nanti. Jangan risau, jangan risau" bisiknya perlahan. Dia tertawa lagi dan lagi.

**

Amir diam mendengar semua luahan Irfan. Dia memandang pula ke arah Aira disebelahnya.

"Apa patut aku buat ni, Amir? Aira? Aku dah buntu ni. Mak aku asyik asyik paksa aku kahwin dengan Humaira. Yang Rysa pula nak bercerai. Macam mana ni?" Rintih jejaka itu. Amir mengusap belakang badan Irfan.

"Sabar Irfan. Bawa bersabar. Rysa minta cerai tu bukan sebab dia yang nak tapi dia tersepit diantara kau dan mak tiri kau tu. Rysa tu baik orangnya, dia tak nak kau derhaka pada mak kau" kata Aira.

Irfan meraup wajahnya kasar. Dia memejamkan matanya.

"Apa patut aku buat?" Ulangnya lagi.

"Tenangkan diri kau dulu lepas tu fikir apa yang patut kau buat. Tapi nasihat aku, jangan ceraikan Rysa. Dia tengah stress tu sebab tu lah dia main cakap je. Dia tak maksudkan pun" pujuk Amir.

"Dia tu tengah mengandung, Irfan. Emosi tak stabil, memang lah kejap nangis, kejap happy kejap marah. Kau kena banyak bersabar. Jangan pula dia marah kau, kau pun ikut baran sekali" pesan Aira pula.

Amir mengiyakan kata kata isterinya itu. Walaupun dia pernah curang dahulu, tetapi tak ada la sampai nak bercerai bagai.

"Faham, Irfan?" Soal Amir saat Irfan hanya diam.

"Faham" balas jejaka itu perlahan. Baru saja dia ingin menghirup air kopi dihadapannya, Haikal muncul dengan wajah risau.

"Weh weh weh" nafasnya tersangkut sangkut. Amir menaikkan kening hairan.

"Kau ni dah kenapa, Haikal Zikri?" soal Aira pelik.

"Bapa mertua kau datang sini, Fan. Dia dekat atas, dia nak bawa Rysa balik dengan dia" jelas Haikal. Sempat tangannya mengambil secawan air teh milik Amir.

Membulat besar mata Amir.

Irfan bangun dan berlari naik ke atas. Aira, Amir dan Haikal hanya mengikut dari belakang.

Irfan membuka pintu wad Rysa sebelum matanya memandang ke arah Tuan Ryzad yang menarik kasar tangan isterinya.

"Hah datang pun kau. Heh Irfan, kau dengar sini eh. Aku datang sini sebab nak ambil Rysa semula. " kata Tuan Ryzad.

"Kenapa kau nak ambil dia semula? Dia isteri aku" sudah hilang hormat Irfan kepada bapa mertuanya ini.

Dia melihat ke arah isterinya yang sedang menunduk.

"Aku nak ambil dia semula sebab mak kau cakap dengan aku yang kau nak kahwin dengan perempuan lain. Aku tak nak anak aku sakit sebab kau!" Kata Tuan Ryzad dengan marahnya.

Rysa memandang ke arah Irfan. Betul ke apa yang ayah dia cakap ni?

"Kau tak nak anak kau sakit sebab aku? Heh, dah tu sebelum ni kau pukul dia sebab dia tak ikut cakap kau, kau tak kisah pula. Aku kahwin dengan siapa, berapa banyak isteri yang aku ada sekalipun kau tak perlu ambil tahu. Kau sendiri pernah cakap dengan aku yang Rysa bukan lagi anak kandung kau" hembur Irfan. Tuan Ryzad menarik nafas panjang.

"Ke kau nak dia semula sebab kau nak suruh dia kahwin dengan lelaki pilihan kau tu?" Tanya Irfan. Terkaku tubuh tua itu.

"Macam mana kau tahu?" Irfan mengukir senyuman sinis.

"I have my own way. Tapi mulai hari ni, aku tak nak kau jumpa isteri aku lagi" Tuan Ryzad melepaskan rangkulan di tangan kiri Rysa sebelum dia keluar dari situ.

Haikal, Amir dan Aira pula hanya duduk di luar. Ingin memberikan waktu untuk mereka berdua.

To be continue..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now