MY PRINCESS 20

14 4 0
                                    

Rysa masuk ke dalam mansion Irfan perlahan lahan. Irfan dibelakangnya hanya diam sambil mengikuti langkah isterinya.

"Irfan..nak makan nasi goreng biasa boleh?" Tanya Rysa sambil mengelipkan kedua dua belah matanya. Dia duduk di atas sofa di ruang tamu.

Irfan tersenyum. Dia memandang ke arah dapur sebelum kembali memandang wajah comel Rysa.

"Boleh Princess. Tunggu sini eh, saya pergi masak" dia mengusap lembut kepala isterinya lalu bangun dan masuk ke dalam dapur.

Rysa mengikuti langkah suaminya perlahan lahan dari belakang. Dia duduk di meja makan sambil memandang ke arah Irfan.

Dia menongkat dagu. Irfan yang sedang mengikat tali apron itu tersenyum manis ke arah isterinya sebelum dia mula memasak.

"Baby..hensemnya ayah.." kata Rysa pada anak di dalam kandungannya itu.

Irfan meletakkan sepinggan nasi goreng biasa bersama satu gelas air susu di hadapan Rysa.

Rysa menadah tangan membaca doa sebelum dia mula menjamu selera. Irfan melutut sebelum dia mengusap lembut perut isterinya.

Matanya dipejam erat tatkala bibirnya melekap pada perut Rysa yang berlapik dengan gaun labuh itu.

Rysa hanya memerhati tindak tanduk suaminya.

Irfan bangun dan duduk di sebelah Rysa. Dia memegang kedua dua belah tangan wanita itu.

"Sweetheart ada nak tanya apa apa dekat saya ke?" Soal Irfan. Rysa berdehem perlahan.

"Awak tak akan kahwin dengan mana mana perempuan selain saya kan?" Irfan tersenyum. Dia menggeleng kepala.

"Tak, saya tak akan kahwin dengan mana mana perempuan selain awak. Cinta dan sayang saya hanya untuk awak" balas Irfan lembut.

"Betul ni?" Irfan angguk kepala yakin.

"Ye sweetheart. Betul" kata Irfan.

Rysa tersenyum manis. Hatinya berasa sedikit tenang tatkala mendengar ayat itu.

"Saya sayang awak, Tuan Muda Irfan Zachary Bin Tuan Irman" kata Rysa. Dia memeluk tubuh suaminya erat.

Irfan membalas pelukan dari isteri kecilnya itu. Dia mengosok belakang tubuh wanita itu.

"Saya sayang awak juga, Maya Rysa Binti Ahmad Ryzad. Sayang sangat sangat"

**

Puan Zarina menelefon seseorang. Dia baru saja keluar dari mahkamah syariah untuk menguruskan hal penceraiannya dan Tuan Irman.

"Kau nak apa?" Tanya perempuan misteri di sebalik corong telefon itu.

"Aku dah uruskan hal penceraian aku. Sekarang ni tinggal diorang berdua je. Apa yang kita nak buat sekarang ni?" Tanya Puan Zarina perlahan.

"Tak perlu buat apa lagi. Kau hanya perlu perhatikan aktiviti harian diorang berdua dan laporkan pada aku. Lepas beberapa minggu, kita akan jalankan plan kita" kata sosok perempuan misteri itu.

Puan Zarina mengangguk faham. "Baik. Aku akan buat apa yang kau kata tu. Asal kan diorang tak dapat cari aku dan diorang tak tahu yang aku terlibat sama dalam hal ni"

"Don't worry, aku akan pastikan diorang semua tak tahu pasal kau dan plan ni. Jangan panik sangat, biasa je" ujar perempuan itu.

"Aku letak dulu" dia meletakkan panggilan tersebut sebelum dia masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin kereta lalu beredar dari situ.

Tanpa dia sedari, ada satu lelaki misteri yang sedang elok memerhatikannya. Lelaki misteri itu tersenyum sinis. Dia dengar semua percakapan Puan Zarina dan perempuan misteri itu.

KRING

Telefonnya yang berdering itu diangkat. Telefon itu dilekapkan di telinga.

"Macam mana? Dapat apa apa maklumat tak?" Tanya lelaki di sebalik panggilan itu.

"Dapat bos. Dia dah plan sesuatu dengan seseorang. Saya tak tahu siapa seseorang tu tapi yang pastinya dia memang ada niat yang buruk dekat Irfan dan Rysa" jelas sosok lelaki misteri itu.

"Bagus. Hantar bukti yang kau ada pada aku sekarang" arah lelaki itu.

"Baik, saya akan hantar semua rakaman dan gambar yang saya ada pada bos"

Lelaki itu bergumam kecil. "Hm. Pastikan plan diorang gagal. Apa apa kau call je aku. Faham?"

"Faham bos"

"Bagus" lelaki misteri itu memasukkan tangannya ke dalam poket seluar lalu dia masuk ke dalam kereta miliknya untuk mengekori Puan Zarina.

To be continue..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now