EPILOG

32 4 0
                                    

Belum sempat mereka membuat apa apa, satu tembakan dilepaskan.

BANG

Tubuh Irfan terkaku. Dia berlari ke arah Rysa. Kepala wanita itu diletakkan di atas pehanya. Tidak dihiraukan suara jeritan anak anak buah Humaira yang sedang bergelut dengan anak buah The Devil.

"Irfan! Hospital, now!" Jerit Eykal yang sedang berlawan.

"R-rysa. Tolong, tolong bertahan.  Saya akan bawa awak pergi hospital," Irfan mengangkat tubuh kecil isterinya ala ala bridal style dan dibawa ke keretanya.

Rysa yang masih lagi separuh sedar itu memegang tangan Irfan. "Maafkan semua salah silap saya sepanjang saya bergelar isteri awak. Terima kasih sebab jaga saya dengan baik"

"Hey, Rysa! Rysa, bangun sweetheart. Jangan macam ni. Saya sayang awak" kata Irfan saat dia melihat mata Rysa sudah tertutup rapat.

Setibanya di hospital, dia terus memanggil doktor dan Rysa dibawa ke bilik rawatan kecemasan.

Yang lain duduk di sebelah Irfan. Amir menepuk bahu Irfan. Dia tahu jejaka itu sedang risau akan keadaan isteri dan anaknya.

"Stay strong Irfan. Kami ada dekat sini untuk kau" kata Amir. Farhan dan Haikal mengangguk setuju.

"Betul! Kita kan kawan baik selamanya" ujar Farhan.

"Kau doa yang baik baik je untuk diorang berdua. Insyaallah isteri dan anak kau tak apa apa" kata Kayden pula.

Baru saja Irfan ingin membalas, pintu wad kecemasan itu telah dibuka dari dalam. Irfan terus bangun.

Dia mendekati doktor perempuan itu. "Doktor? Macam mana dengan isteri dan anak saya?" Doktor itu tersenyum sayu sebelum menggelengkan kepalanya.

"Maafkan kami Tuan Muda. Kami dah berusaha semaksimal mungkin tapi Allah lebih sayangkan isteri Tuan Muda. Kami hanya dapat selamatkan anak sulung Tuan Muda sahaja."

PRANG

Ada yang pecah tapi bukan kaca.

Irfan jatuh terduduk di atas kerusi. Ace memeluk bahu rakannya dari tepi. Di gosok perlahan bahu itu.

Doktor perempuan tadi meminta diri sebelum dia berlalu dari situ.

Ace memeluk tubuh kekar Irfan. Yang lain diam tidak terkata. Masing masing masih lagi tidak percaya dengan berita itu.

Suara tangisan Irfan mula kedengaran dari dalam pelukan Ace.

"Ace. Aku hilang dia. Aku hilang dia, Ace. Aku bukan suami yang baik. Aku tak dapat jaga dia dengan baik" luah Irfan. Ace diam.

"Dulu, kami hampir bercerai sebab mak tiri aku. And sekarang ni, aku hilang dia sebab Humaira? Kenapa mesti dia, Ace? Kenapa Rysa? Kenapa bukan aku yang kena pergi dulu? Kenapa mesti dia yang tinggalkan aku?" Irfan mula menyalahkan dirinya sendiri.

"Sudah, Irfan. Ni semua bukan salah kau. Kau dah jaga dia dengan baik. Ini semua takdir. Dia dah banyak sangat terseksa, biar la dia berehat kali ni," pujuk Ace. Amir duduk disebelah abangnya.

"Haah betul tu. Kau jangan la macam ni. Ingat, kau ada anak tau, kau kena kuat untuk jaga dia walaupun seorang diri" pujuk lelaki itu pula.

Irfan yang sedikit terpujuk itu bangun dari pelukan Ace. Dia mengelap air matanya yang mengalir sebelum memandang ke arah wajah rakan rakannya.

"Terima kasih sebab sentiasa ada dengan aku dari dulu sampai sekarang" ucap Irfan ikhlas.

"Well, we're The Devil. Right?" Kata mereka serentak. Irfan tersenyum kecil. Ya, dia masih ada mereka semua. Dia tidak bersendirian.

To be continue..

I'm not crying but- hikss hikss. It's hurt me.

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now