MY PRINCESS 5

12 4 0
                                    

Selepas beberapa bulan mereka berdua bertunang, Hari ini adalah hari yang paling ditunggu tunggu oleh Irfan. Hari ini dia akan menjadi seorang suami kepada perempuan yang dia cintai dalam diam selama ni.

"Irfan" jejaka itu menoleh ke belakang. Tuan Irman dan Tuan Elvis mendekati Irfan.

Tuan Irman menepuk bahu anaknya. "Lepas ni, Zach akan jadi seorang suami. Tanggungjawab Zach makin besar. Ayah nak Zach jaga Rysa dengan baik. Apa apa jadi pun, berbincang dulu. Jangan bertindak melulu. Lindungi dia"

Irfan memeluk tubuh ayahnya. Tuan Elvis hanya melihat ke arah anak beranak itu sambil bersandar di tepi dinding.

"Terima kasih ayah, sebab dah jaga Zach waktu Zach kecil sampai la sekarang. Zach janji, Zach akan jaga dia dengan baik. Zach tak akan hampakan harapan ayah" kata Irfan. Tuan Elvis pula menyampuk.

"Pertahankan rumah tangga korang dengan sebaiknya. Fikir dulu sebelum buat keputusan" nasihat Tuan Elvis pula.

Irfan hanya mengangguk.

"Dah, Jom turun bawah." Mereka bertiga turun ke bawah bersama sama.

Irfan duduk di hadapan Tuan Ryzad, ayah kepada Rysa.

Bukan main mengamuk lagi lelaki tua itu bila dapat tahu yang Rysa dari rumah. Tapi bila Irfan mengaku dia yang bawa Rysa pergi. Pergh, kemain lelaki ni bagi restu bagai. Tak payah minta.

Nampak sangat dia ada muslihat tersendiri.

"Semua dah ada?" soal Tuan Ziyad. Irfan angguk.

"Boleh lah mulakan sekarang"

Irfan menggengam tangan bakal ayah mertuanya.

"Tuan Muda Irfan Zachary Bin Tuan Irman"

"Saya" tenang saja suara jejaka itu.

"Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku Maya Rysa Binti Ahmad Ryzad dengan mas kahwinnya sebuah pulau peribadi dan RM 1 juta ringgit dibayar tunai"

Irfan menarik nafas panjang. Rysa hanya melirik ke arah bakal suaminya dari belakang.

"Aku terima nikahnya Maya Rysa Binti Ahmad Ryzad dengan mas kahwinnya sebuah pulau peribadi dan RM 1 juta ringgit dibayar tunai"

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah" Irfan menarik nafas lega. Kini, dia sudah menjadi seorang suami kepada Maya Rysa.

Selepas selesai bacaan doa, Irfan  bangun dan berjalan ke arah Rysa di belakang.

"Assalamualaikum Princess"

End Flashback.

"Berdasarkan apa yang kau cerita, aku rasa memang betul la mak tiri kau tu tak suka kan Rysa" kata Farhan.

"Haah, yang bapa mertua kau tu pula macam ada agenda lain" kata Ace.

"Entah la aku pun tak tau nak kata apa pasal tu. Tapi, korang jangan bagitahu hal ni dekat sapa sapa tau. Kita tiga je yang tau" Ace dan Farhan mengangguk.

"Bila kau nak bagitahu diorang semua tentang status kau?" Tanya Farhan.

"Minggu depan. Masa hari jadi Rysa" balas Irfan ringkas. Dua jejaka di sebelahnya mengangguk faham.

Ace bangun bersama Cahaya di dalam dakapannya. Dia menepuk bahu Irfan.

"Apa apa pun. Selamat pengantin baru. Maaf kalau aku lambat" ucapnya sebelum berlalu dari situ.

"Selamat pengantin baru juga dari aku" kata Farhan. Irfan mengiyakan.

"Jom kita masuk dalam, makan kek nak?" Mereka berdua masuk ke dalam rumah dan menuju ke arah Arsyana, Rysa dan Drea yang sedang berbual.

Irfan duduk di sebelah Rysa manakala Farhan pula duduk di sebelah Arsyana. Ace memang sudah duduk di sebelah isterinya sejak tadi.

"Irfan" kening sebelah dinaikkan sebagai balasan.

"Nanti bagi anak anak kami kawan ramai ramai tau" Drea angguk setuju. Rysa menunduk malu dengan ayat Arsyana.

Irfan tersenyum nipis apabila melihat wajah merah isterinya.

"Insyaallah. Tunggu je" balasnya.

"Vier tak sabar nak ada kawan baru" kata Xaivier yang duduk di atas riba Drea.

"Yang lain tu tak cukup ke?" Tanya Farhan. Xaivier geleng.

"Memang la cukup tapi kebanyakan dingin macam Darren. Yang tak dingin pun perempuan je" Darren menjeling adik lelakinya tajam.

Siapa lagi yang dikatakan dingin oleh Xaivier? Mestilah Darren, Arden, Ayden dan Adian.

"Tak boleh nak kata apa la, Vier. Sebab perangai diorang menurun dari bapak diorang. Macam Darren ni la" kata Irfan.

"Apa uncle Irfan ni?" Ujar Darren tidak puas hati.

"Apa? Betul la. Nasib baik Vier ni ikut sikit perangai mummy korang. Kalau tak, memang dingin je la korang berdua 24 jam" bidas Irfan lagi.

Ace menggeleng kepala. Macam macam hal la.

"Korang duduk sini terus ke?" Tanya Farhan kepada abang dan kakak iparnya.

Drea geleng. "Tak, kami stay sini 2 minggu je. Lepas tu kami balik sana balik."

"Alaaa sekejapnya. Vier tak puas lagi main dengan yang lain" kata Xaivier.

"Haah, Ren pun sama" Ace mengeluh.

"Fine. Kita stay sini selama sebulan. Lepas tu, balik sana" Darren dan Xaivier melompat keriangan.

"Thanks daddy, thanks mummy" ucap mereka sebelum berlari ke arah rakan rakan yang lain.

Ace tersenyum manis. Dia memeluk bahu isterinya. Drea menyandarkan kepalanya di bahu suaminya.

Farhan, Arsyana, Irfan dan Rysa turut memandang ke arah anak anak mereka yang sedang bermain bersama.

Tenang je rasa.

To be continue..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now