MY PRINCESS 7

11 4 0
                                    

Selepas saja tamat majlis hari jadi Darren dan Dalia, Irfan dan Rysa terus pulang ke rumah mereka.

Sesekali mata Irfan mengerling ke arah isterinya yang sedang termenung melihat ke luar tingkap.

"Awak okay ke sweetheart?" Soalnya. Rysa tersentak. Dia memandang Irfan.

Dia angguk perlahan. " saya okay. Jangan risau la"

Irfan mengusap lembut tangan isterinya. "Saya minta maaf" pintanya.

"Ehh kenapa awk nak kena minta maaf pula?" Tanya Rysa hairan.

"Saya minta maaf bagi pihak ibu tiri saya atas apa yang dia dah cakap dekat awak tadi" kata Irfan.

Dia tahu isterinya terasa akan kata kata yang dilontarkan oleh ibu tirinya sebelum mereka balik tadi.

"Tak apa la. Bukan salah awak pun" Rysa hanya tersenyum nipis walaupun dalam hatinya agak terasa.

"Kau ni memang tak reti nak masak ke? Macam ni ke nak jadi isteri Zachary? Macam tak layak je. Dah la tak reti masak, kebulur suami nanti. Baik bagi Humaira je yang kahwin dengan Zachary, lagi bagus"

Kereta yang dipandu oleh Irfan berhenti di hadapan satu mansion yang besar milik Irfan.

Rysa memusingkan badannya menghadap Irfan. Dia menarik nafas dalam sebelum bertanya.

"Irfan" Irfan mengangkat keningnya sedikit.

"Hmm?"

"Siapa Humaira?" Terkedu Irfan seketika sebelum tersenyum nipis.

"Mak yang cakap dekat awak?" Rysa angguk perlahan.

"Dia anak kepada kawan mak. Saya tak rapat sangat dengan dia, tau tau macam tu je la. Kalau jumpa pun tegur hai je astu blah"

"Humaira tu rapat ke dengan mak awak?"

Irfan mengangguk mengiyakan. "Rapat. Rapat sangat. Tapi saya tak berapa suka dengan perangai Humaira tu sebab dia jenis yang suka mengedik bila nampak saya."

"Lagipun, saya suka awak je" kata Irfan lagi. Rysa tersenyum malu.

Irfan tersenyum senget sebelum dia keluar dari keretanya dan berjalan ke arah pintu di sebelah Rysa.

Rysa keluar dan mengenggam erat tangan Irfan. Mereka masuk ke dalam mansion milik Irfan.

"Saya nak naik mandi dulu" kata Rysa. Kakinya sudah menapak ke arah tangga.

"Mandi sekali jom" ajak Irfan selamba. Membulat mata Rysa.

Baru saja dia ingin membalas, telefon Irfan berdering. Jejaka itu berdecit geram. Dia mengangkat panggilan itu.

"Ha nak apa kacau aku ni?" Tanya Irfan kasar. Rysa perlahan lahan naik ke tingkat atas.

Farhan tergelak. "Nak call pun salah"

"Salah la. Aku nak spend time dengan bini aku pun tak senang tau tak!" Marah Irfan.

Makin galak Farhan ketawa. "Ok ok maaf. Aku call ni sebab nak bagitahu yang lisa hari anniversary Khalish gan Viera. Kita bagi hadiah untuk diorang nak tak?"

"Eh tau pula kau, anniversary diorang lusa" usik Irfan.

"Hehe aku tak tau pun sebenarnya tapi tadi aku dengar Arsyana berbual dengan Naura cakap pasal ni" Irfan bergumam.

"Hm. Nanti aku ajak Rysa pergi beli hadiah untuk diorang. Kau beli la dulu kalau kau nak"

"Ok"

Irfan meletakkan panggilan tersebut sebelum dia berlari naik ke atas. Ingin mendapatkan isterinya.

**

Puan Zarina menjeling tajam ke arah Tuan Irman yang sedang tersenyum sambil berbual bersama Rysa dan Irfan melalui panggilan video.

"Apa yang si Rysa tu ada sampai korang tak kisah pun Irfan nak kahwin dengan dia?" Puan Zarina bertanya selepas Tuan Irman dan Puan Alia meletakkan panggilan.

Tuan Irman mengeluh. "Rysa tu baik, sopan santun, hormat orang tua. Susah nak cari perempuan macam tu sekarang ni"

"Humaira pun ada ciri ciri yang sama juga tapi kenapa you tak terima as bakal menantu kita?" Tanya Puan Zarina.

"I tak terima dia sebagai bakal menantu I sebab Zachary tak suka dia. Tak kan la I nak paksa Zach untuk terima dia?" Tuan Irman terus bangun dan menarik tangan Puan Alia menuju ke bilik tidur mereka.

Puan Zarina berdengus kasar. "Siaplah kau perempuan. Tahu la apa aku nak buat dengan kau"

To be continue..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now