MY PRINCESS 16

14 3 0
                                    

Rysa mengerakkan kepalanya ke kiri dan kanan sambil membaca novel yang berada di tangannya.

Irfan memeluk erat pinggang Rysa yang duduk di atas ribanya sambil mata membaca maklumat yang tertera di skrin ipadnya.

KLAK

Pintu wad yang terbuka dari luar secara tiba tiba itu membuatkan kedua dua mereka mengangkat kepala.

Wajah Puan Zarina dan Humaira menyapa kornea mata Rysa dan Irfan.

Irfan dan Rysa menyalam tangan Puan Zarina dengan sopan sebelum mengambil tempat di sofa yang ada di dalam wad itu.

"Ada apa mak datang sini?" Tanya Irfan.

"Mak datang sini sebab nak minta sesuatu dengan Irfan" Irfan meletakkan tangan kanannya di belakang leher Rysa.

"Minta apa tu? Macam serius ja Irfan tengok" kata jejaka itu.

"Irfan tahu kan yang mak dan ayah akan bercerai tak lama lagi?" Irfan angguk.

Dia agak terkejut dengan apa yang ayahnya maklum tengahari tadi namun dia tahu, ayahnya langsung tidak mencintai ibu tirinya ini.

Puan Zarina menarik nafas panjang. "Jadi, sebelum kami bercerai, mak nak minta Irfan kahwin dengan Humaira"

DANG

Novel yang Rysa pegang terus jatuh ke lantai. Tubuh Irfan menegak.

Ace, Drea, Amir, Aira, Aria dan Kayden diluar terkedu mendengar ayat itu.

"Kenapa mak nak Irfan kahwin dengan dia?" Tanya Irfan tidak puas hati.

"Sebab mak tahu, Humaira boleh jaga Irfan dengan baik. Dia boleh jaga makan minum Irfan. Lagipun kita kenal mak ayah dia, kita tahu asal usul dia" balas Puan Zarina selamba.

Rysa menunduk. Air matanya mula turun dengan laju.

"Irfan tak nak kahwin dengan dia. Irfan tak cinta kan dia langsung" bantah Irfan keras.

"Irfan. S-saya minta maaf. K-kalau macam tu, tak apa la. Saya balik dulu" Humaira keluar dari wad itu dengan wajah yang sembap.

Entah entah tu air mata palsu. Dia ni bukan boleh percaya sangat.

Puan Zarina bangun. Begitu juga Irfan. Hanya Rysa saja yang duduk di sofa.

"Tengok tu, Maira dah kecewa. Ni semua salah kau! Apa yang kau hasut dekat Irfan eh perempuan?" Dia berjalan mendekati Rysa. Tangannya naik mahu menarik tudung yang Rysa pakai namun dihalang oleh Irfan.

"Mak, sudah la. Rysa tak salah apa apa pun. Irfan yang salah, Irfan tak nak kahwin dengan Humaira sebab Irfan tak cintakan dia. Irfan cintakan Rysa, Irfan sayangkan Rysa. Irfan tak mampu nak sayang mana mana perempuan selain dia. Tolong lah faham keadaan Irfan" kata Irfan sayu.

"Tak! Ni semua bukan salah Irfan tapi salah Perempuan ni. Eh perempuan, patutnya hari tu aku bunuh je kau. Senang tak ada la menyusahkan hidup aku" dia ingin meluru ke arah Rysa namun tubuhnya dihalang.

Irfan memejamkan matanya. Hari tu? Maksud nya ibu tirinya ini pernah mendera ataupun memukul isterinya?

"Mak! Cukup. Mak yang nak bercerai dengan ayah tapi kenapa Irfan yang kena? Kenapa Irfan yang kena kahwin dengan Humaira? Masih ramai lagi lelaki dalam dunia ni. Kenapa mesti Irfan?"

"Sebab aku berkenan dengan Humaira tu untuk jadi menantu aku! Bukan perempuan ni!" Nafasnya naik turun.

"Dia isteri Irfan yang sah. Kalau mak tak boleh terima dia sebagai menantu mak, tak apa. Mak boleh balik. Uruskan proses penceraian mak dan ayah" kata Irfan tanpa memandang wajah Puan Zarina. Dia memeluk bahu Rysa.

Puan Zarina mencapai beg tangannya sebelum keluar dari bilik itu.

Irfan duduk di sebelah isterinya. Tubuh kecil itu disauk masuk ke dalam pelukannya. Semakin laju air mata wanita itu jatuh. Irfan turut menangis mengingatkan kata kata dari ibu tirinya itu.

"Sweetheart, saya minta maaf. Saya minta maaf sangat kalau kata kata mak tadi lukakan hati awak" Rysa menggeleng kepalanya.

"Tak. Awak tak salah, saya yang salah. Saya tak jujur dengan awak tentang apa yang berlaku dalam rumah tu waktu awak tak ada. Maafkan saya" pinta Rysa. Irfan mengelap air mata isterinya.

"Saya maafkan. Sekarang awak tidur eh? Dah malam ni, tak elok tidur lambat. Tak baik untuk baby" Rysa angguk faham.

Irfan mendukung tubuh isterinya dan dibaringkan di atas katil wad VIP itu.

Ditepuk tepuk bahu itu perlahan. Air matanya kembali turun tanpa dipinta.

"Saya gagal pertahankan awak. Saya gagal pertahankan rumah tangga kita. Saya suami yang jahat. Saya minta maaf, princess" bisiknya perlahan.

Dia baring dan memeluk erat tubuh kecil itu dari depan. Mata dipejamkan.

Rakan rakan mereka yang lain hanya mengeluh. Drea, Aira dan Aria sudah mahu menitiskan air mata.

"Dah la tu, Rysa yang kena tapi kenapa korang yang nangis ni?" Kata Kayden. Aria menepuk bahu suaminya sedikit kuat.

"Mestilah. Walaupun dia yang kena, kami tetap rasa sakit tu sebab kami perempuan. Kawan baik Rysa pula tu" kata Aira.

"Dalam rumah tangga, mesti la ada ujian. Tapi Allah takkan uji seseorang tu kalau dia tak mampu" kata Ace. Drea sudah tidur di dalam pelukannya.

Aria dan Aira memeluk tubuh suami masing masing. Kayden dam Amir berpandangan dengan Ace sebelum mengeluh.

To be continue..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now