MY PRINCESS 17

11 4 0
                                    

Eykal memandang ke arah laut yang berada di hadapannya sebelum pandangannya dialihkan kepada sosok tubuh Nia yang sedang termenung jauh di sebelahnya.

Sekarang mereka berada di Terengganu untuk berbulan madu. Semuanya atas rancangan Haikal dan Amir.

Yang merancang mereka berdua tapi yang kena bayar Ace.

"Kenapa ni? Hm?" Soalnya. Nia memandang ke arah Eykal. Tiada langsung senyuman dibibirnya.

"Rysa dan Irfan" hanya dua nama itu yang disebut. Eykal angguk. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Nia.

Sudah pasti kerana masalah yang dihadapi oleh pasangan itu.

"Kau jangan la risau pasal diorang. Tahu la Irfan tu selesaikan masalah rumah tangga diorang." Gelaran sebagai kawan baik Irfan bukanlah satu tiket untuk mereka masuk campur dalam rumah tangga Irfan.

Ace pernah berpesan sesuatu kepada mereka satu ketika dahulu.

"Tak kira apa jadi sekalipun, aku tak nak mana mana ahli The Devil yang masuk campur urusan rumah tangga ahli yang lain. Kecuali keadaan memang dah teruk. Waktu tu baru kita terpaksa masuk campur." 

Itu la pesanan yang Eykal ingat sehingga ke hari ini. Nia mengeluh. Apa yang dikatakan oleh suaminya itu semua betul.

Kakinya menguis guis pasir. Eykal memegang tangan Nia.

"Dah, jangan risau. Jom pergi makan nak? Kau mesti lapar kan" ajak Eykal. Mata Nia bersinar, dia bangun dan mengikut langkah suaminya.

"Nak makan mee goreng boleh?" Tanya Nia teruja.

"Boleh honey.." Nia melompat sedikit. Eykal memeluk pinggang kecil itu dari tepi.

**

Irfan diam memikirkan tentang hal rumah tangganya. Tangannya membelai rambut panjang Rysa yang sedang lena.

"Irfan.." panggil Rysa. Irfan tersentak. Dia menunduk sedikit.

"Ye? Perlukan apa apa ke?" Soalnya prihatin. Rysa menggeleng kepala.

"Saya dah fikir pasal perkahwinan kita" Irfan terdiam.

"Maksud awak? Kenapa dengan perkahwinan kita?" Rysa memegang tangan suaminya.

"Ceraikan saya" jantung Irfan terasa seperti berhenti berdegup.

"K-kenapa awak cakap macam tu? Awak dah tak sayang ke?" Tanya Irfan sayu.

"Saya sayang awak tapi saya tak jadi punca awak dan mak bergaduh. Walaupun dia hanya mak tiri awak, saya tak nak awak hilang hormat pada dia. Jadi.."

"Ceraikan saya, Irfan. Lepas tu awak boleh berkahwin dengan Humaira macam yang mak awak nak" sambungnya lagi. Rysa menunduk.

Irfan menggeleng kepalanya berkali kali. Dia menarik semula tangannya yang digenggam oleh Rysa tadi.

"T-tak. Tak! Saya tak kan ceraikan awak, Rysa. Saya tak kisah lah mak saya nak saya kahwin dengan siapa pun yang penting saya hanya nak awak. Saya tak nak hilang wanita yang saya sayang" kata Irfan.

"Tapi saya.."

"Tolong, Rysa. Saya merayu dekat awak, jangan minta cerai. Saya tak nak hilang awak. Saya sayang awak sangat sangat" rayu Irfan. Air matanya sudah mengalir.

"Kalau saya ceraikan awak dan kahwin dengan Humaira sekalipun, saya tak akan bahagia sebab sumber kebahagiaan dan kekuatan saya ada pada awak" kali ini, Rysa pula yang diam sambil membiarkan Irfan meluahkan semua perasaannya.

"Saya tak akan lepaskan awak walau apa pun yang jadi. Awak akan tetap jadi isteri saya hingga akhir hayat saya. Hanya awak saja yang boleh jadi isteri saya" tubuh Rysa dipeluk erat. Dia menangis teresak esak dibahu wanita kesayangannya itu.

To be continue..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now