MY PRINCESS 13

10 4 0
                                    

"Tuan Muda Eykal Airiel Bin Tuan  Zafriel"

"Saya" balas Eykal tenang. Tangannya mengenggam erat tangan tok kadi.

"Aku nikahkan engkau dengan Nia Darya dengan mas kahwinnya sebuah jet peribadi beserta 10 ribu ringgit dibayar tunai"

Eykal menarik nafas. Rakan rakan dan ahli keluarga mereka hanya diam memandang ke arah jejaka itu.

"Aku terima nikahnya Nia Darya dengan mas kahwinnya sebuah jet peribadi beserta 10 ribu ringgit dibayar tunai" ucap Eykal tenang. Dia tersenyum nipis.

"Sah?"

"Sah!" Balas Qashaf dan Aayash serentak. Tak lupa, Ammar, Faiq dan Hashr turut serta.

"Kau kalau tak buat hal memang tak sah kan, Aayash? Sampai aku kena ikut kau datang sini semata mata untuk pantau kau" kata Aayan geram. Aayash mengangkat bahu tanda tidak peduli.

Ace, Aira, Arsyana dan Aireen pula menggelengkan kepalanya memandang mereka. Bala bala.

Dia terus bangun dan menuju ke arah Drea yang duduk di sebelah Nia selepas selesai membaca doa. Khalish tidak dapat hadir ke majlis hari ini kerana Viera baru saja selamat melahirkan anak anak mereka semalam.

"Daddy, kenapa mummy muntah muntah haritu? Mummy sakit ke?" Tanya Xaivier. Teringat ketika Drea muntah berkali kali beberapa hari lepas.

"Mummy bawa adik, Vier. Biasa la orang mengandung" jelas Ace. Dia mengusap kepala anaknya.

Dalia, Darren dan Xaivier hanya mengangguk kepala walaupun sebenarnya mereka masih lagi tidak faham.

Mereka berjalan masuk ke bawah khemah yang disediakan untuk tetamu menjamu selera.

"Mummy, haritu Ren nampak mummy nangis. Kenapa? Daddy buat mummy nangis eh?" Duga Darren. Ace menjeling anak sulungnya halus. Eh kita pula kena.

"Mummy sakit bawa adik dalam perut la. Mana ada daddy buat mummy" kata Drea.

"Entah, pandai pandai je tuduh kita" kata Ace perlahan. Dia menepuk belakang badan Cahaya yang sedang tertidur di dalam dakapannya.

"Daddy nak pergi ambil nasi ni. Dalia duduk dengan mummy eh" Dalia angguk. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan Drea.

"Meh sini Haz jagakan Cahaya" Drea berura ura mahu mengambil Cahaya dari dukungan suaminya namun Ace menahan.

"Tak apa. Abang boleh jaga Cahaya. Precious duduk sini elok elok dengan Dalia. Darren, Xaivier, ikut daddy" arah Ace.

"Baik daddy" balas dua budak kecil itu. Mereka mengikut langkah ayah mereka.

Dari jauh, Irfan, Rysa, Eykal dan Nia elok memerhatikan keluarga kecil itu. Bukan saja keluarga Ace namun semua ahli The Devil yang sudah berkeluarga.

Bahagia. Itu yang boleh dilihat dari pandangan mereka. Ace yang dahulunya dingin dengan semua perempuan kini selalu tersenyum saat berada dekat dengan isterinya.

Amir pula yang dahulunya menjadi playboy disebabkan hinaan oleh seorang perempuan telah berubah saat bertemu dengan Aira.

Farhan, yang dulunya tidak terfikir untuk berkahwin akhirnya mempunyai keluarga dengan kawan baiknya sendiri.

Kayden yang dingin seperti Ace pula sudah bahagia dengan Aria.

Haikal? Hmmm yang selalu ketawa dan happy go lucky kini sudah mempunyai 2 orang anak bersama dengan adik angkatnya.

"Aku harap kita berempat boleh bertahan dengan apa jua cabaran yang kita hadapi" kata Irfan.

"Ya, macam diorang semua" sambung Eykal.

"By the way Irfan, jangan lupa bagi kami anak buah tau. Kalau boleh tu kalahkan Khalish dan Ace" usik Eykal.

"Jangan risau, satu padang bola pun aku boleh bagi" balas Irfan. Rysa menampar lembut lengan kekar suaminya.

To be continue..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now