MY PRINCESS 3

18 4 0
                                    

Ace melangkah mendekati Irfan yang duduk di tepi kolam di The Devil Mansion sambil melayan karenah Cahaya.

Dia perasan, Irfan banyak termenung dari sebelum ini dan jejaka itu juga beberapa kali mengerling ke arah Rysa sewaktu majlis hari jadi Darren dan Dalia tadi.

Farhan pula ada menceritakan kepada Ace tentang apa yang jadi kepadanya di mall semalam.

Ace melabuhkan punggung di sebelah jejaka itu. Dia menyentuh bahu Irfan. Tersentak jejaka itu.

Dia berpaling ke tepi. "Eh, Ace. Terkejut aku ingat kan siapa tadi"

Tergeleng kepala Ace. "Kau ada apa apa nak cerita dekat aku ke?"

Dahi Irfan berkerut. Dia menggeleng kepala menafikan.

"Tak ada apa apa. Kenapa?" soal Irfan. Dia mengangkat tubuh kecil Cahaya untuk duduk di atas ribanya. Bahu si kecil itu ditepuk perlahan.

"Apa hubungan kau dengan Rysa? Aku perasan tadi banyak kali kau usya usya dia. Kau suka dia eh?" Usik Ace.

Irfan tersenyum senget. "Kalau suka pun, tak ada masalah sebab dia dah jadi isteri aku yang sah dah"

"What?!" Sergah Farhan dari arah belakang. Irfan dan Ace mengurut dada mereka yang berdegup kencang akibat terkejut.

"Woi! Terkejut aku tau tak. Kau ni memang tak guna lah, Farhan" marah Irfan.

Cahaya yang tadinya nyenyak tidur di atas riba Irfan mula menangis dan merengek. Ace mengambil anaknya dari pangkuan Irfan sebelum ditepuk tepuk perlahan.

Perlahan lahan, mata Cahaya mula terpejam menandakan yang dia sudah kembali ke alam mimpi.

Tak menunggu lama, tangan Ace terus naik memukul kuat belakang kepala Irfan dan Farhan. Mendesis sakit kedua dua jejaka itu.

"Korang dua ni kalau nak bergaduh sekalipun jangan lah sampai anak aku terjaga!" Kata Ace garang.

"Sorry Ace" kata Farhan. Ace memang dingin tapi dia jadi 10 kali lagi dingin bila dia dah ada anak dengan isteri.

"Haah, sorry" kata Irfan pula. Ace mengurut pelipisnya.

"Nevermind. Back to the story, sejak bila kau suka dekat Rysa ni Irfan?" soal Ace.

"Sejak majlis perkahwinan Amir dan Aira."

"Kenapa kau tak bagitahu kami yang kau dah kahwin selama ni? Kami semua fikir yang kau single lagi tau tak" tanya Farhan.

Irfan mengeluh. "First, sebab aku tahu yang ramai lagi musuh kita cuba nak dapatkan isteri kita. Second, Rysa masih lagi belum bersedia. And lastly, sebab mak tiri aku tak suka kan Rysa." Jelas jejaka bermata kelabu itu.

Ace dan Farhan mengangguk.

"Macam mana korang boleh kahwin?" Irfan diam sebelum membuka suara.

"Macam ni ceritanya..."

Flashback.

Irfan berjalan perlahan mengekori Rysa dari majlis perkahwinan Amir dan Aira sehingga lah ke sini.

Langkah Irfan terhenti apabila melihat tubuh kecil itu berjalan masuk ke dalam satu rumah yang sederhana besar.

"Rumah dia ke ni?" soal Irfan sendirian. Dia berlindung disebalik pokok besar yang ada di situ.

Seketika, dia terdengar satu suara garau dan suara seorang perempuan.

Irfan menarik kepala hoodie yang dia pakai untuk menutup kepalanya sebelum dia berjalan mendekati rumah itu.

Dia memanjat pintu pagar itu perlahan lahan tanpa ada yang menyedari lalu dia bersandar di dinding luar rumah itu.

Dia mendekatkan telinganya dengan tingkap. Segala perbualan mereka didengari.

"Aku nak kau kahwin dengan dia je. Apa yang susah sangat kau nak ikut cakap aku ni hah!" Bentak lelaki tua itu.

"Maya tak nak ayah. Maya tak suka kan dia. Maya tak nak kahwin dengan dia" balas Rysa. Irfan terdiam.

"Ohh kau tak nak eh..tak apa. Tahu la apa aku nak buat dengan kau ni" lelaki tua tadi menyeret tubuh kecil Rysa naik ke atas.

"Ayahhhhh. Sakit ayahh" Irfan terus berdiri tegak saat mendengar suara rintihan Rysa.

Lelaki tua itu meneruskan perbuatannya tanpa menghiraukan Rysa.

Apabila Irfan tidak lagi mendengar suara rintihan gadis itu, dia memanjat dinding luar rumah dan berhenti pada satu tingkap yang terbuka sedikit.

Matanya memerhatikan sekeliling bilik itu. Tiba tiba saja suara tangisan Rysa kembali kendengaran.

Irfan masuk ke dalam bilik Rysa secara perlahan lahan.

TAP

Terdiam Rysa apabila mendengar bunyi tapak kaki dari arah tingkap biliknya. Dia mengesot ke belakang dan semakin ke belakang apabila ada satu sosok tubuh lelaki yang berjalan mendekatinya.

Terhenti tindakannya saat dia mengenali sosok tubuh itu.

"Irfan?"

Irfan melutut di sebelah Rysa. Tajam matanya melihat luka luka yang ada ditangan, muka dan kaki gadis itu.

"Apa kau buat dekat sini?" Tanya Rysa apabila Irfan hanya diam.

"Apa dah jadi sebenarnya ni? Kenapa di tangan dan kaki kau banyak luka?" Soalnya perlahan.

"Aku..aku kena paksa untuk kahwin dengan lelaki yang aku sendiri tak kenal. Ayah aku cakap, aku kena kahwin dengan dia tak kira apa yang berlaku sekalipun sebab ayah aku ada hutang dengan keluarga lelaki tu" jelas Rysa.

"Tapi aku tak nak dan ya. Ayah aku pukul aku banyak kali disebabkan aku bantah keputusan dia" sambungnya lagi. Dia diam.

Jeda seketika.

"Kita kena pergi" kata Irfan selepas hampir 5 minit berdiam diri.

"Apa?" Tanya Rysa yang masih lagi terkejut.

"Kita kena pergi dari sini. Semakin lama kau tinggal dekat sini, semakin banyak luka yang kau akan dapat" ulang Irfan.

"Tapi, kalau kita pergi dari sini pun. Aku nak tinggal mana? Ni je rumah yang aku ada" Rysa mengeluh.

"Stay dekat rumah parents aku. Don't worry, aku akan uruskan hal ayah kau" kata Irfan.

"Takkan lah sampai bila bila aku kena duduk dekat rumah kau? Nanti apa pula orang kata" Tanya gadis itu lagi.

"Kalau macam tu, kita kahwin. Aku akan jaga kau as husband and wife." Melopong mulut Rysa. Macam ni je dia ajak kahwin?

To be continue..

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now