MY PRINCESS 10

10 3 0
                                    

Eykal memandang ke arah ibu dan ayahnya, Puan Ainina dan Tuan Zafriel yang berada dihadapannya ketika ini. Nia juga berada di sebelah ibunya.

Selepas saja mereka balik dari majlis tadi, dia mengajak kedua orang tuanya untuk berbincang tentang satu perkara.

"El setuju" Tuan Zafriel, Nia dan Puan Ainina terkedu. Eykal menundukkan kepalanya.

El. Nama panggilannya sejak kecil dari nama Airiel. Hanya ahli keluarganya saja yang memangilnya dengan nama itu.

"Apa yang El cakap tadi?" Soal Puan Ainina inginkan kepastian. Betul kan apa yang dia dengar tadi?

"El setuju nak kahwin dengan Nia" ulang Eykal semula.

"Alhamdulillah" Tuan Zafriel mengucap syukur.

"Minggu depan kamu berdua kahwin" putus Puan Ainina.

Nia terkaku. Sejujurnya, dia masih lagi belum bersedia untuk berkahwin dengan sesiapa.

Eykal tersenyum tawar. Dia angguk perlahan sebelum dia bangun dan naik ke biliknya.

Nia tahu, Eykal juga masih belum bersedia untuk berkahwin atau dia sudah mempunyai pilihan hati.

Namun dia hanya boleh berdoa untuk kebahagiaan mereka berdua.

**

"Ha Irfan, Rysa. Sini" ajak Tuan Irman. Rysa mengambil tempat di sebelah Puan Alia manakala Irfan pula duduk disebelah isterinya.

"Rysa, ini Humaira anak kawan papa. Humaira, ini Rysa menantu uncle" kata Tuan Irman walaupun sebenar dalam hatinya sudah mahu menggelegak saat mengetahui bahawa isteri keduanya ini membawa Humaira ke rumah mereka.

Rysa bersalaman dengan gadis yang bernama Humaira itu. Humaira menilik pakaian Rysa dari atas ke bawah.

Tudung bawal labuh, abaya berwarna coklat muda dan memakai handsock.

Jadi ini lah isteri kepada Irfan? Not bad.

"Nama I Humaira but you boleh panggil I Maira je" senyuman 'manis' terukir.

"Hai, saya Rysa" balas Rysa soapn tanpa ada sedikitpun rasa curiga.

"Princess, jom naik atas. Saya penat lah"

Irfan terus mengajak isterinya naik ke atas kerana dia tahu akan niat sebenar Humaira datang ke rumahnya.

"Ok" Rysa menurut. Dia bangun dan memeluk lengan kekar Irfan sambil berjalan naik ke atas.

Humaira terus memasamkan wajahnya selepas pasangan itu hilang dari pandangan.

**

"Princess, esok saya nak kena pergi Jerman dengan Amir, Eykal dan Kayden. Awak duduk sini elok elok ya" beritahu Irfan.

Rysa hanya mengangguk faham. Dia memegang erat tangan Irfan.

"Awak pergi sana berapa lama?" Soal gadis itu.

"4 hari je" balas Irfan.

"Awak jaga diri tau dekat sana. Jangan pandang perempuan lain pula. Saya suruh Ace bunuh awak karang" usik Rysa walaupun dia tahu yang Irfan tidak takut langsung dengan Ace.

Itu pun dia tahu sebab Drea yang cerita.

Irfan mencebik. "Eleh. Saya tak takut dengan Ace la, princess" katanya bangga. Dadanya ditepuk tepuk perlahan.

Rysa menjulingkan bebola matanya ke atas. Tiba tiba ada satu persoalan yang timbul di otaknya.

"Kenapa awak ajak saya kahwin terus? Kenapa kita tak couple dulu?" Irfan tersenyum nipis.

"Buat apa couple kalau boleh kahwin? Saya nak halalkan awak bukannya nak ajak awak buat maksiat. Dosa saya dah terlalu banyak dah. Saya tak nak tambah dosa lagi" jelas Irfan.

Rysa mengiyakan. Betul juga tu.

"Then, kenapa awak selalu panggil saya princess?" Sejak kali pertama mereka kenal satu sama lain, Irfan suka memanggilnya princess ataupun sweetheart.

"Because you're beautiful just like a princess. My princess."

Tersenyum manis gadis itu tatkala mendengar ayat dari suaminya ini.

To be continue..

VOTE AND COMMENTS

RYSA ZACHARY Where stories live. Discover now