Bab 1

187 12 3
                                    

"JALAN tu pakai mata boleh tak? Orang buta pun tak halang laluan macam kau!"

Amboi! Bukan main lelaki ni mengata.

"Helo, cik abang! Kau tu yang jalan meluru tak tengok orang kiri kanan. Aku pula yang kena marah!" Naaila membidas kata-kata lelaki tadi. Geram betul dengan manusia yang suka menyalahkan orang lain.

"Eh, kau ni! Menjawab pula. Tahu tak aku ni senior tahun akhir?"

"Kesah pula aku kau senior ke tidak? Kalau dah salah tu, mengaku jelah!"

Mata pelajar lelaki itu membulat. Tidak sangka ada orang yang berani menjawab mulutnya. Budak perempuan ni sedar tak siapa di depan dia?

"Fadh, cepatlah! Dah lambat ni nak masuk kelas Prof Hassan."

Dengar saja namanya diseru, Fadh terus meninggalkan gadis itu. Naaila juga tidak menghiraukan lelaki tadi. Senior tapi kurang adab!

Kaki melangkah masuk ke dalam dewan utama. Kelas hari ini adalah kelas Pengajian Malaysia. Subjek sampingan sahaja. Tapi kalau tak lulus, tak boleh bergraduat juga.

Naaila dikenali sebagai pelajar yang lone ranger. Kalau power rangers tu berlima, si Naaila ni pula selalu bersendirian. Sebab tu semua pelajar di situ menggelarnya lone ranger. Naaila tak pernah ada kawan rapat sepanjang tempoh belajarnya. Susah. Naaila pun bukannya jenis yang banyak mulut. Dia selalu berjaga-jaga dan memilih kawan.

Naaila duduk di kerusi baris ketiga dari bawah. Disebabkan barisan di atas sudah hampir penuh, ini sajalah tempat yang ada. Ramai pelajar daripada fakulti lain turut mengambil subjek ini. Sebab itulah dewan kuliah utama penuh.

Masuk saja pensyarah, kuliah dimulakan. Naaila terus bersiap sedia untuk mendengar kuliah itu. Naaila belajar dalam bidang psikologi. Subjek sampingannya adalah subjek Pengajian Malaysia. Naaila sangat suka membaca. Sebab itulah dia sukakan subjek yang berkait dengan sejarah dan apa-apa pelajaran yang memerlukan banyak pembacaan.

"Jadi, siapa boleh ringkaskan apa yang kita belajar kelas lepas?"

Profesor Hassan memandang semua pelajarnya. Naaila terpusing-pusing untuk melihat sekiranya ada yang mahu menjawab soalan pensyarahnya. Disebabkan tiada, Naaila dengan beraninya mengangkat tangan.

"Yes, Naaila. Silakan."

"Kelas lepas, prof ada sebut tentang faktor kebangkitan nasionalisme kaum melayu. Ada tiga sebab iaitu tahap keagamaan, sosioekonomi dan politik. Ketiga-tiga tahap ini juga memperlihatkan tentang perkembangan nasionalime Melayu yang dipengaruhi dan dipimpin oleh tiga golongan utama iaitu golongan Pendidikan Islam, Melayu dan Inggeris."

Habis sahaja penjelasan ringkas yang diberikan oleh Naaila, satu dewan bergema dengan tepukan. Bukan senang ada pelajar nak jawab soalan Profesor Hassan sebab kalau salah sikit je, memang pen marker boleh terbang!

"Good! Jadi, hari ini kita akan sambung tentang kebangkitan nasionalisme kaum Cina dan India."

Kelas kuliah pembelajaran dimulakan. Naaila khusyuk mendengar semua penjelasan yang diterangkan oleh Profesor Hassan. Sesekali, pen marker yang dipegang itu terbang juga pada pelajar yang terlelap sewaktu kelasnya. Hihihi!

.
.
.
.

HABIS saja kelas pagi itu, Naaila mengemaskan barangnya dan mula melangkah keluar. Sedang dia berjalan mahu menuju ke pintu utama, ada suara garau memanggilnya.

"Hoi, katik!"

Panggilan itu tidak dihiraukan. Kemudian, mulalah suara lelaki tadi menjerit seperti pembesar suara.

HUG : THE TRUTH UNTOLDWhere stories live. Discover now